Monday, May 3, 2010

Hari minggu

Patutnya hari minggu, hari untuk berehat tapi hari minggu saya....fuhhh...penat.penat tapi seronok!

Bermula awal pagi ditinggalkan oleh en suami.Ditinggalkan? Sekejap je.Ada mesyuarat.Mula tunggang terbalik menguruskan dua anak kecil.hehhehe..dengar macam teruk sangatkan.hik3.

Mandi awal-awal pagi sebelum solat subuh untuk mengelakkan masalah untuk mandi ketika en suami tiada di rumah.Kalau tak....kena mandi dengan hero heroin tu sekali.en suami cukup berbaik hati.membelikan sarapan untuk santapan kami anak beranak.

pukul 830 adik dah tido.tinggal kakak je.jam 900 kakak tido.(itupun kena paksa.saya kata cicak nak ambik dia.ekekke..ada ke patut) lepas tu mula kemas rumah apa yang sempat.nak masak untuk tengah hari macam awal lagi.

jam 1100 adik dah bangun.Kakak pulak jam 1200.harapan nak buat lunch berkecai.ceh!alasan.hik3.tertunggu en suami balik.lamanya bentang akaun?jam 1230 en suami call suruh kami anak beranak bersiap.Going to TESCO AS!!!

Memang berjalan sakan kami anak beranak.menghabis keringat dan juga wang ringgit.ehehee...

jam 2000 baru sampai rumah.abis solat maghrib berehat la sebentar.tapi anak-anak cergas.yerla...dah pakat pam tido dalam keta.huhuuhuh...ibu nak tido takut.memang dari dulu kalau en suami drive saya cukup takut nak tido.konon sebagai peneman la.tapi kalau dah tak tahan,terlelap gak.kekekek...
masih boleh tersenyum lagi.hehehhe..alaaa..depan kamera

setia membawa kami ke mana sahaja.walaupun penat

tertido dipangkuan ibu

gaya orang yang mengatuk sangat tapi tahan tido(gambar kabur.alasan-kereta bergerak + kamera hp.hik3)


Belajar berkongsi

Bila ada dua permata hati memang susah nak ajar dia org tentang berkongsi barang.Permulaan memang susah.Lama-lama anak-anak akan memahaminya

Setiap kali apa yang kakak makan tentu adik nak jugak.Apa yang kakak pegang, adik nak jugak.So, saya akan bagi sorang satu supaya tak da yang tersisih.Berkongsi kalau barang tu cuma ada satu.Berebut ibu?hehhehee...ibu hanya satu.xda dua ok.
rasa sikit biskut oreo kakak

berkongsi kucing kakak.cerita tentang kucing Aqilah ni, nanti saya story dalam entry akan datang ok.

Monday, April 26, 2010

Hari-hari CeRiA

Hari-hari ceria dengan anak-anak  - walaupun kadang-kadang menguji kesabaran ibu


Hari-hari ceria dengan en suami - walaupun kadang-kadang buat kita merajuk (boleh ke marajuk lagi.hik3)




Hari-hari ceria dengan kawan-kawan di opis  - walaupun kadang-kadang tension dengan keja yang menimbun dan karenah client yang macam-macam ragam


Kalau boleh nak tiap-tiap hari ceria.Tiap-tiap hari tersenyum.Mcam en suami, ada masalah pun boleh tetap tersenyum.TABIK la.hik3.sebab tu la dia sentiasa nampak muda.hehehe...statement membodek ni


huhuhu...nanti tengah hari mula la rindu bangat dengan anak-anak.
RINDU pada Aqilah yang sentiasa buat ibu tersenyum dan ketawa.
RINDU pada Aqif yang bam bam

Bowling@Kangar

Kangar dah ada tempat nak main bowling.huhuhuuh...setelah menunggu sekian lamanya.Rasa-rasa saya sejak saya ambik diploma dekat uitm Arau tahun 2004.Cuba kalian kira dah berapa lama projek ni tertangguh.

Bila siap je,kami seisi keluarga Hisham&Co perlis menyerbu pusat bowling ni.Pegi time rehat la.Makan tapaw makan kat dalam opis.hik3

ada gaya ke?

gaya seorang juara

ingat kami pandai posing je ke?main pun pandai tau

with my sweetheart

sib baik xnampak result tu.kalau x.....hehehhe....malu la nak habaq sapa yang menang dan sapa yang kalah.huhuhuhu....

Nota: boleh tahan la tempat baru ni.kasut je yg baru.Yang lain semua second hand punya barang.tmpt cashier pun blm siap sepenuhnya.scrin cuma ada kat atas.kat bawah xda.sebab tu gambar kabur.tak boleh nak zoom(kamera hp)
Kalau just nak fun,boleh la main kat sini tapi kalau nak kepuasan lebih baik main kat jitra. Kiranya ada la tempat2 untuk student Uitm,Unimap dan seangkatan boleh lepas boring kat sini. Daripada takda,kira ok la kan

Solid food Aqif

Dah lama nak cerita keterujaan saya nak buat moi untuk aqif. Masa Aqilah dulu jarang buat moi sebab aqilah tak suka makan moi.nasi lembik makan la.Untuk aqif saya cuba dulu.Alhamdulillah,Aqif makan.kata orang, nak mengajar anak makan kena banyak bersabar

Saya nak berkongsi bagaimana saya sediakan moi untuk Aqif

Bahan: carrot,epal hijau, ubi kentang, buah kurma dan beras

Beras perlu dibasuh dan dikeringkan dulu sebelum diblend sampai halus.Orang dulu-dulu keringkan kat bawah mataharikan.tapi saya keringkan kat dalam kuali je.hik3

Beras yang telah diblend.boleh tahan sampai seminggu


Carrot, epal hijau, ubi kentang dan kurma perlu direbus terlebih dahulu tapi jangan rebus sekali tau. Asing-asing. Lepas tu baru boleh blend satu persatu. Air rebusan jangan buang.Blend sekali dengan bahan rebusan.

Setelah diblend boleh la disimpan dalam bekas ais kuib. Simpan dalam peti ais yang atas sekali.Simpan dalam bekas ais kuib senang sikit.bila nak masak, just keluarkan dalam peti ais je.

Tadaaaa....moi telah siap dimasak.cukup semua.yummy...

Nota:Teruja Aqif makan moi ni.sama macam ibu yang teruja nak menyediakannya

Sama tapi tak serupa

Dah nama adik beradik mesti ada persamaan kan.tapi kawan-kawan cuba tengak gambar-gambar ni.Sama tapi tak serupa :)


Gaya Aqif tido


Gaya kakak Aqilah tido















Ada sama tak?(kena tido jauh-jauh.kalau tak kaki kakak naik kat kepala adik.huhhu...yang ditengah?tentula ibu :)

Thursday, April 22, 2010

KPLI @ DPLI ?

Tahun lepas saya ada memohon utk jadi cikgu kpli @ dpli. masa tu pun apply curi2.xbagitau en suami. Tapi bila kita dah biasa xpernah sorok apa2 dari en suami,mula raya bersalah.bagitau jgk la tp ms tu en suami krg bersetuju.muncung mula la pnjg.hik3.

Tapi slps dapat berita yang saya mengandg,en suami trs berubah fikiran.terus benarkan saya apply mana2 kerja di sektor kerajaan atau bdn berkanun.swasta saya krg berminat sbb gaji mybe lebih krg kat sini.lagipun kena tukar enviroment.

Alhamdulillah,mungkin rezeki anak, saya dapat mtest utk dpli dan seterusnya interview.walaupun saya tau pemohon yang mengandung tak mungkin dapat dpli. saya sejukan hati.takpa, ambil pengalaman.

Tahun ini saya pohon lagi.walaupun hati ni berat nak meninggalkan anak2 kalau dapat.(perasan sebentar kalau2 dpt.hik3) masa tu mula fikir mcm2.
boleh ke saya berjauhan dgn anak2?(berjauhan dgn abah nyer ok lg)
boleh ke saya study dgn aman?
cekal ke hati saya?
kalau kementerian benarkan anak2 tinggal sekali,saya la orang yang paling gembira :) huhuuh...mimpi dulu
tetapi kali ni kedua2nya saya gagal.Adoi...frust saya.bukan rezeki saya lagi.selain dari akaun dan audit saya lebih berminat nak jadi pendidik.saya nak didik anak2 bangsa kita termasuk anak2 saya sekali.

Moga2 ada sinar baru untuk saya dan anak-anak.AMIN...