Thursday, July 29, 2010

Air dicincang tak akan putus

Istilah ni memang sesuai untuk dua beradik ni.Aqilah dan Aqif. Bahkan kepada sesiapa sajakan.

Kadang-kadang nak tergelak gak tengok gelagat dua beradik ni.Sekarang baru kecik dah mcm2 perangai.dah besar nanti camne ye.Harap2 saling sayang menyayangi.

Bila time gaduh2,macam2 kakak buat kat adik.Kalau dah geram sangat tu sampi digigit tangan adik tu.Adik pun keluar la siren kecemasan.hahhahah.....Semua kes berebut mainan atau berebut ibu.hik3.

Tapi kadang2 salah adik jugak.kakak dok diam adik saja2 pi tarik rambut kakak.mau nyer kakak xmarah.Masa mainan tu tak da sapa nak main, bagi kat adik taknak lak main.Tapi bila kakak ambik main, adik sibuk2 nak berebut sampai tarik2 baju kakak.mulut pun mula bising.don't 'notti' ye dik.

Saya suka tengok bila kedua2 nya baik.bila adik takda depan mata kakak,asyik sebut adik je.bangun tido nak peluk cium adik.Bila mood baik bagi mainan kakak kat adik. Bila adik nak tido dalam buaian,kakak gempaq mcm2 supaya adik tido.pukul pintu la,kata cicak nak ambik adik la.hahahha...tiru ibu ler tu masa nak tidokan kakak.


Pernah sekali kakak ambilkan nasi letak dalam mangkuk.letak kuah sup.ibu ingatkan kakak yang nak makan tapi kakak terus duduk depan adik.suapkan adik makan.kakak bertanggungjawab ni.adik xmau makan pun kakak paksa makan.hahahhaa...sayang kakak.

Doa ibu semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Hormat pada yang lebih tua.Saling sayang menyayangi antara satu sama lain.


Wednesday, July 28, 2010

Selamba,,,,,,

Dari dulu sampai sekarang bila nak ambil gambar Aqilah,gini la rupanya.suruh senyum tapi inilah reaksi muka dia.Selamba....


Barney tetap dihati.(Padahal ibu nyer yg beriya2 nak beli baju ni.10ringgit je kat pasar mlm) hahahhaa......

But i'm still cute.Right? hik3

Adik Aqif

Dah lama tak update citer tentang Aqif.dah 9bulan anak ibu ni.sekejap je masa berlalu.....

Dah lama tak update citer tentang Aqif ni bukan apa.Bulan lepas adalah bulan yang membuatkan ibu risau tentang adik.Ibu mana yang tak risaukan anaknya ye tak? Masa umur 8bulan adik masih belum boleh menyulur.nak meniarap lama pun adik tak larat tapi adik dah boleh duduk.syabas Aqif.

Alhamdulillah selepas berjumpa dengan pakar kanak2,doktor kata ini perkara biasa.Setiap perkembangan kanak2 tak sama.Yang best nyer....masa umur adik 7bulan,adik dah boleh sebut ibu walaupun 'bu' je yg keluar.dan adik boleh sebut abah dan milk dengan jelas.Satu perkembangan yang positf!!

Sekarang adik dah menyulur sikit2 dan boleh guling banyak2 kali sampai jatuh tilam dan sambung tido kat lantai.Aqif..Aqif...

Rasanya berat adik sekarang dah hampir 9kilo.makin mantap!dah tak larat ibu nak dukung sebelah tangan.tambah2 lagi masa abah tak de kat rmh.ibu kena tambahkan lagi kudrat ibu.

Ibu suka tengok adik ketawa,senyum (mula dah angau).tak sabar nak masukkan adik dalam contest baby ceria.hhahhaha...ibu yang lebih.(letih jugak masa fotography kat studio.baru tau ka!!)-gambar tak siap lagi

Bab makan Aqif paling suka.Lambat je suap,mula menjerit.Suka berebut2 makan dengan kakak.Sebab tu badan Aqif SIHAT!





Thursday, July 22, 2010

Ujian demi Ujian

Minggu lepas saya dan suami dilanda kerisauan.3hari berturut2 aqilah mengamuk tak tentu pasal.Jenuh mencari puncanya.Akhirnya hari ahad lps baru kami ketahui.Naik bintik2 merah besar dan berbisa pada seleruh badan Aqilah. Aqilah kena chiken pox!!

Hari Jumaat dah ada 2biji dibelakang badan tapi saya sangka hanya kudis sebab kebetulan Aqilah ada kudis di tangan.Letak krim,biji merah tu mengecut.Aqilah tetap merengek siang dan malam.Menguji kesabarn.

Hari sabtu timbul lagi biji merah.Merengek nyer....Ya Allah...menguji kesabaran saya dan suami.yang peliknya Aqilah tak demam.Sebab tu kami rasa Aqialh tak sakit cuma saya boleh buat andaian Aqilah sekarang manja sangat.nak tau kenapa? Abah dia la yang selalu manjakan dia.hehehehhe....

Hari Ahad timbul lagi banyak biji. Saya dah cemas.nak bawa ke klinik pakar kulit,kat perlis takda.Ada pun hari Ahad tutup.Adoi....camne niiiii.....Fikir punya fikir bawa Aqilah ke hospital.Hari Ahad kena kebahagian kecemasan sebab klinik tak buka.Lagipun saya rasa takkan timbul biji merah kena tahan kat wad kot.Yang best nyer...doktor tu kata Aqilah kena virus campak tapi bukan campak.tak akan berjangkit kat orang lain.hahahhahaa....logik ka.

Lepas balik dari hospital terus ke Alor Star.Hantar dokumen client.Kat dalam kereta,Masya Allah....Aqilah lagi la merengek.menangis je.Abah yang kuta sabar pun dah mula temper.Sampai saya dan suami terfikir nak bawa Aqilah jumpa orang yang pandai ilmu agama.Takut2 Aqilah kena gangguan.Tapi orang tu sakit pulak.Tak jadi jumpa.

Sampai rumah saya perati elok biji2 yang timbul.banyak bukan main.Kat kepala,badan depan belakang,muka,tangan,kat kaki je sikt.Rupa-rupanya campak besar.patutla Aqilah merengek sakan.bisa nak kuar dari badan.Sian kat kakak.Ibu dan Abah minta maaf banyak2 sebab marah2 kakak.Rupa2nya kakak tak sihat.Maaf sayang.

Malam tu baru Aqilah demam.Tapi cuma suam2 tak macam dia kena campak kecik dulu.Demam sampai 40c!

Lepas tu apa lagi kami suami isteri mula pergi cari air penawar untuk campak.belikan sup ayam.nak masak,mak n MIL kata kena pantang.tak boleh masak kat rumah tambah2 lagi yang menggunakan minyak.nasihat orang tua kena ikut.Bagi minum air kelapa. Cari daun bamboo(betul ke yg saya sebut ni.alaaa...daun yg orang India dok guna selalu tu) Alhamdulillah campak aqilah makin keluar dan Aqilah dah tak merengek lagi cuma menangis sekali sekala.Gatal kata dia.Biasa la budak2 nakkan berhatian.

Saya cuma dapat bercuti sehari selebihnya bawa Aqilah ke opis.(mcm la opis jauh sgt.hik3) Saya tak dapat cuti lama2 sebab dulu dah banyak ambik cuti.Alhamdulillah Aqilah ok di opis.kadang-kadang kacau ibu,kadang2 kacau abah.Macam2 kerja kakak buat.masuk dapur dok kung kang dengan kuali dan sudip ibu.pastu panggil 'abah makan'.hahhahaha...kakak masak apa pun tak tau.waktu petang dah ajak abah ambik adik.layan je la.Terpancar wajah kegembiraan Aqilah sebab tak perlu ke Taska.Bila tanya nak pi sekolah tak? dia jawap 'tak mau'.pi rumah maktok nak tak? 'tak mau' jgk.Abis tu nak duduk dgn ibu dan abah.Aqilah senyum.....Waaaaa......

Dah hampir seminggu kakak kena chiken pox.biji2 merah dah pecah dan nak kering.Semoga kakak cepat sembuh dan mudah-mudahan tak berjangkit kat adik ok.Adik STRONGER!!!!!





Tuesday, July 13, 2010

Kenangan terakhir

Saya masih dalam mood sedih

2minggu sebelum abah meninggal,saya tergerak hati nak bw keluarga pergi jalan2.nak bw jauh2 budget tak cukup.Saya rasa cukup la sekadar jln2 pusing penang.Bawa budak p taman rama-rama.

Pada mulanya abah tak mau pi tapi saya ajak gak.bukan selalu.Abah belanja kami makan.Sepatutnya saya yang belanja abah makan.Terkilan saya.Rupa-rupanya inilah kenangan terakhir bersama abah.

Monday, July 12, 2010

13 Sept 1950 - 2 July 2010

AL-FATIHAH

1 Julai 2010 jam 9.30pagi: Saya kol abah.Kami bergurau.Dah menjadi kebiasaan abah bergurau dan saya tak sangka pagi khamis tu adalah hari terakhir saya bercakap dengan abah.Hari terakhir saya bergurau dengan abah.

2 Julai 2010 jam 9pagi: Kak ipar kol bagitau mak suruh balik.Abah sakit.Saya terdiam.Semalam bersembang dengan abah ok je.petang khamis YM dengan abang, abang tak cerita apa2 pun.Saya kol mak tanya keadaan abah sebenarnya.Mak kata abah demam.baru mlm jumaat abah sakit.Badan lemah-lemah.Tak boleh nak bangun. Saya suruh abg bawa abah pi hospital.Saya risau kencing manis abah naik.Tapi abah berkeras tak mau p.Saya minta mak pujuk abah.Akhirnya abah bersetuju.lepas abg solat jumaat nak bawa abah ke hospital.Setiap satu jam saya kol mak tanya keadaan abah.Hati saya risau.Saya terikat dengan situasi. Tak dapat pulang awal. Saya positifkan diri.Selalunya kalau abah kena hujan,demam 2hari. Saya minta mak check kandungan gula dlm darah abah.alat tu tak dapat membaca keputusan.abg kol pakcik di kg tnya mcmmana kerana dia pernah mengalami keadaan yang sama mcm abah.Demam dan badan lemah2.Pakcik kata bagi minum air milo bergula.Alhamdulillah abah nak minum.mkn sepotong kek.Sekurang-kurangnya abah dah ada tenaga.

2 Julai 2010 jam 1.30ptg : saya kol mak lagi.saya bagitau saya balik lps man solat jumaat.Mak kata jgn susah hati.Abah dah mau minum milo.Cuma abah tido je skrg.Dalam hati saya, Alhamdulillah,abah dah nak beransur sht. Tak sabar nak jumpa abah.Mesti abah lagi cepat sembuh bila jumpa Aqilah.(Tokwan sayang kakak tau)

2 Julai 2010 jam 2.15ptg : kak ipar kol bgtau balik skrg.Abah dah mcm tak bernyawa lagi.Ya Allah!Hati saya berdebar2.Saya mohon pada Allah supaya dipanjangkan umur abah.

2 Julai 2010 jam 2.30ptg : Abg kol HP hubby.Hati saya berdebar2.Abah dah pergi meninggal kami buat selama2nya. Tanpa sebarang tanda.Tanpa sebarang pesanan terakhir buat kami.

Sebelum Arwah meninggal,hanya mak yang ada bersama abah.Ketika mak baca Al-Quran, mak pandang Abah.Abah nampak lain.Mak sempat mengajar Abah mengucap sebelum panggil abg naik ke atas.Abah pergi cukup mudah sekali.Manis senyuman abah.Kami redha dengan pemergianmu abah.

Semasa ambil Aqilah di Taska,Aqilah menangis kuat sekali.Mungkin Aqilah dapat rasa yang tokwan dah meninggal.Sepanjang perjalanan air mata cukup mudah mengalir.Saya teringatkan kenangan terakhir dengan abah. 2 minggu sebelum Arwah pergi,mak abah,saya sekeluarga dan abg sekeluarga pergi ke Taman Rama-rama,mkn durian balik pulau dan berkelah di Taman Rimba.Itulah kenangan terakhir dgn abah.Saya teringatkan gurauan abah ms last kol dulu.Teringatkan abah yg suka makan gulai udang yang saya buat.Teringat ketika abah tinggal dengan saya semasa mak mengerjakan umrah. Semuanya dah jadi kenangan.Abah sempat pakai sekali baju batik yg saya dan hubby belikan.

Sebelum abah dikafankan, itulah kali terakhir saya dapat cium abah.sejuk dahi abah.tenang hati saya tengok abah tersenyum.Saya tahan air mata ketika cium arwah.Saya tak boleh lupakan saat itu.Semasa arwah abah dikafankan, saya dukung Aqilah. Tanya tokwan mana.kakak tunjuk tokwan sedang dikafankan.kakak buat bubling mulut sebab tokwan suka buat camtu kat kakak.Suka main dengan kakak. Tapi Aqilah hairan kenapa tokwan tak balas. Saya tersentuh!!!

Abah pergi dengan mudah sekali.Orang kata abah tak mau menyusahkan anak2. Kalau hayat abah masih ada, saya sanggup jaga abah.Sungguh.Abah tak menyusahkan kami. Siapa yang kenal abah, mesti akan berkata, abah suka menolong orang. Semua orang selesa dengan abah. Menolong orang tak kira bangsa walaupun masa tu abah susah.Ikhlas menolong. Alhamdulillah, berkat abah menolong orang, semua orang mendoakan yang baik2 terhadap abah. Abah terbaring dengan senyuman. Allah permudahkan segala urusan.
Saya belajar dari arwah supaya kita sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan. Saya perlu tabah setabah mak. Saya tak lihat langsung airmata mak.Saya kagum dengan semangat mak.Kata mak, sebagai orang Islam, kita ada iman.Redha dengan ketentuanNya. Yang hidup pastikan akan mati.

Buat anak2 ibu, Aqilah dan Aqif.Bila kakak dan adik dah boleh membaca blog ibu ini,ketahuilah, tokwan sangat sayangkan kakak.Dalam seminggu berapa kali tokwan kol nak dengar suara kakak. Buat Aqif, Aqif mewarisi mata dari tokwan.kalau orang kata Aqif hensem macam siapa, macam tokwan tau. Sentiasa sedekahkan Al-Fatihah.Doakan arwah tokwan semoga rohnya dicucuri rahmat.

13Julai 2010 : 12hari sudah berlalu.Sekejap je rasanya.rasa macam baru semalam Abah pergi.kami sentiasa doakan abah. Saya simpan rapi2 kenangan bersama Abah.Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.AMIN.