Thursday, December 30, 2010

Cerita Ahmad Albab

Pernah tengok crita P.Ramlee yang tajuknya Ahmad Albab?Mesti ramai yang pernah tengok kan malah dah berulang kali tengok tetap tak jemu2.

Tiba2 saya teringatkan kisah Ahmad Albab.Banyak pengajaran dan kisahnya banyak terjadi pada zaman sekarang, Yang kaya dipandang tinggi,disanjung2,diberi sepenuh perhatian.Yang miskin pulak dicerca,dipandang rendah,pandang pun sebelah mata.banyak lakonan dari keikhlasan.

Saya sentiasa berdoa agar ditanam sifat2 mahmudah dalam diri saya.Biarpun harta setinggi mana,saya takkan lupa zaman susah saya.Sekarang Allah menduga saya dan keluarga.Mungkin kami banyak melakukan kesilapan.Semoga kami diberi kesabaran yang tinggi.Biarlah kami sesusah mana,kami akan tanggung sendiri tanpa menyusahkan orang sekeliling.InsyaAllah.

Jadi azam saya tahun 2011,saya akan pertingkatkan usaha demi anak2.Akan menggunakan segala kemahiran yang ada.Doa saya moga kami diberi rezeki yang melimpah ruah dan saya berjaya dalam perniagaan.

Bagi yang bersifat meninggi diri,memandang tinggi hanya pada yang berharta,saya doakan moga diberi petunjuk olehNya.Biarpun kami sekeluarga hidup tidak mewah,tapi hidup kami bahagia.Bahagia disamping anak2 walaupun kadang2 tangisan mereka menyakitkan telinga orang.Tapi bagi saya tangisan anak2 saya adalah terapi buat saya,Sehari tak mendengar tangisan anak2,rasa tak lengkap :)

*Agak emo n3 kali ni.Saya minta maaf
*cuti krismas ke Pulau Langkawi(family trip).tunggu next n3 ye.Sabar ye pn Yafizah =)

Tuesday, December 21, 2010

Kelas membaking kek

Bak kata pepatah,menyelam sambil minum air.ish...apa merepek pagi2 ni.Camni,nak crita.Last week blk kg,pastu join kelas membaking kek yg dinajurkan oleh myshopbello.Kelas kat Butterworth.So,dah alang2 blk kg,terus join la kelas ni.memang tak rugi.

Memang dh biasa buat kek tapi selalunya yang kukus sebab tak berani nak bakar.Kalau kukus kek mesti jadi naik elok je.tapi kalau bakar kadang2 naik,kadang2 mendap.heheheh

So,masa kelas ni,puan wani @ wani (kwn sejak kat kolej lagi) hhheehe....dia dgn murah hati nyer menurunkan segala ilmu membaking kek yg dia ada.klu ada yg dia tak turunkan siap ko!hihihih....

Niat dihati nak wat bisnes skt2.hrp2 dpt support dr kwn2.*Saya yang baru bertatih


Gambar di ambil dari blog tuan punya kelas

Thursday, December 16, 2010

Semenjak dua Menjak ni

Bulan ni kakak tak pergi ke tadika sebab ibu rasa bulan ni baik kakak ikut ibu ke office je.lagipun ibu tak banyak kerja sekarang.Memang dah besar anak ibu ni.Dah boleh bawa diri.Kacau ibu ngan abah sikit2 je.Abis waktu kerja pun tak la rasa penat walaupun pada masa yang samakena jaga kakak di opis.

Duduk di opis kakak asyik main pen dan kertas.Kadang2 suruh abah lukis sebab lukisan abah lagi cantik dr ibu.heheheh....Main keyboard.Seperti orang sibuk bekerja.Bila bosan kakak main basikal.Naik atas tengok tv sorang2.Bila nak turun kakak tutup tv siap2.(kan ibu yang ajar,klu dah taknak tgk tv. tutp.CLEVER GIRL!) Bila kakak mengantuk,kakak cari susu,terus baring di soffar.Tengok2 dah tido.Zzzzzzz....

Yang paling ketara perubahan kakak,kakak semakin menyayangi adik!Belum ibu abis keja,kakak dah suruh ambik adik.Bila main sorang2 pun kakak igt adik sampai ambil botol susu adik.Angau sggh kat adik.Bila adik balik,peluk cium adik.Dah tak marah2 adik macam dulu.Dah boleh berkongsi mainan.Kalau adik menangis kakak akan pujuk adik."adik stop,stop" bagi mainan kakak kat adik.memang baik sungguh la.TERHARU IBU!

Dan ibu rasa kakak paling tak sabar nak bergomoi dengan adik dalam bilik.Sebelum nak tido tu maunyer sejam bergomoi sekali dgn ibu dan abah.huhuuhuh.....adik pun tahan apa yg kakak buat.terhibur betul!Bila bangun dari tido siap sapa adik 'adik Aqif....Assalamualaikum....'

Jom layan gambar dua beradik ni

almari ni dah jadi tempat permainan lak

cubaan menggeletek adik


idea kakak.main bawa kereta

dah tak rupa almari
main lun cak plak

berebut nak masuk.hancur luluh hati abah.penat tau abah pasang almari ni.last2 jadi tmpt permainan.Sampai dah tercabut pintu almari.huuhuhuh.....

Monday, December 13, 2010

1 Muharram at Darul Aman Park

Agak2 dah basi tak citer ni.hehhehe....Just nak share dgn kawann2 dan sebagai kenangan kami sekeluarga

Cuti 1 Muharam aritu en suami ajak ke Darul Aman Park.Bawa anak2 jln2 sambil exercise kaki.Memandang cuaca oun elok,mendung2 best gak kan.Jom layan gambar

gambar sekeluarga

Aqif yg excited

Aqilah mula2 nangis tak mau naik.Dah naik bising lak mulut dia tanya itu ini

exercise kaki.Moga2 kaki ku slim macam model.hahahhaa....berangan!

*psssttt....to izah:mesti igt tempat dating u dulu kan (*_-)

Sunday, December 12, 2010

Seperti orang Jepun je

Kisah anak terunaku

Bercakap suara keluar bunyi dh macam orang jepun pegang pedang samurai.hu hu hu,da da da (ibu nak eja pun xreti) sambil kepala terhangguk2.

Kalau nampak binatang lagi best.tu tu tu.huuuu....sambil menjerit2.Jalan masih lesen L.Dah banyak kali jatuh sampai kepala benjol.Ibu tak berani nak lepas adik lagi bila berjalan pakai kasut.Ade je yang tersandung.Takpa,lama2 pasti adik boleh.

Pantang buka baju n seluar,pasti tuju ke bilik air.Pantang nampak makanan terhidang.Pasti dia yg sampai dulu.Dah pandai bergomoi2 dgn kakak.kadang2 dengan ibu dengan abah sekali.Dah faham arahan.

Sayang adik Aqif

Tudung hand made

Saya ke yang buat?tak la my kakak@biras.Memang selesa dipakai.Material laycra korea.Biasanya kat kedai jual sehelai RM35.Kalau buat sendiri lagi murah.

Memerlukan kain khas buat tudung.Just p kedai tudung cakap nak kain utk dibuat tdg.Selalunya kain laycra la.Beli semeter suku boleh dapat 2 helai tudung.Untuk kanak-kanak cuma semeter(blh dpt 2helai).awning boleh bagi kain perca baju kita.Baru matching dgn baju nnt.lagipun Awning tak macam kat kedai.Bila masuk mesin,nak pakai kali kedua dah kemek.dah tak cantik untuk dipakai.Tapi awning ni memang tahan lasak.

Upah jahit 2 helai tudung cuma rm35.Cuba kita kira.2 helai rm35 + RM21(semeter RM16.80.kain plain.yang corak harga lain)=RM56.Kalau beli kat kedai 2helai Rm70.Jimat RM14.

Selesa untuk dipakai.Saiz paras bawah dada.Tudung bentuk biasa ataupun butterfly.

Kalau berminat boleh tinggal komen anda.hehhehee.....Just sharing apa yang boleh menjimatkan kita

*Kos di atas tak termasuk kos penghantaran

Cabutan Bertuah

Jom pakat ramai2 join cabutan bertuah anjuran http://myshopbello.blogspot.com

Blog ni menjual kek,cup cake n coklat yang pastinya sedap dan cantik!Sesuai untuk dimakan seisi keluarga,untuk majlis harijadi juga dibuat hantaran. Bagi sesiapa peminat coklat,pasti jatuh cinta bila merasai coklat dari myshopbello.

Jom kawan2.Mana tau kita ada tuah.GOOD LUCK!

Wednesday, December 8, 2010

Biar hodoh tapi ikhlas

Semalam saya bertungkus lumus siapkan cup cake sempena anniversary kami.bermula jam 1200tgh mlm smpi la 4.30 pagi.menyiapkan cup cake dan biskut jejari oat kesukaan sang suami.Bila yang bukan pro wat kek camni la jadi nyer.Apa2 pun ikhlas dari hati.Penuh dengan kasih dan sayang ketika menyiapkan cup cake ni.

Komen si suami."Terima kasih sayang kerana telah bersusah payah menyiapkan cup cake ni.sedap" Terharu tau.huuhuhuh

cup cake yg omot sgt


seronok tgk aqif mkn

nyum....

makan mcm ni ye

yg paling excited....kakak

sedap x? (-_-)


cup kek untuk Aqilah dan Aqif

sudah comot

Tuesday, December 7, 2010

Happy Anniversary 4 years


3 tahun berkenalan.Setahun bertunang terus buat majlis akad nikah.8 Disember 2006.Bertuah mak dan arwah abah masa tu.Dapat menantu dan cucu kedua sekali gus.hehehhehe

Teringat zaman bercinta dulu.hehehhe....saat perkenalan.Sebenarnya dah lama kenal tapi last semester baru menyulam cinta.hahaha...ayat tak blh blah.Takda tarikh tertentu kami berkenalan sebab suami xpernah proposed pun nak jadikan awek.Dalam tak sedar masing2 menyimpan perasaan.Cuma yang kami ingat first dating kat 'kulat' panggilan kafetaria kolej baru UiTM.Tapi tak ingat tarikh nyer.masuk semester akhir terus bercinta selepas sebulan berinteraksi melalui telefon semasa cuti semester.Kawan2 dah dapat syak hubungan kami sebab selalu sangat 'berdating'.hahahaha...bukan berdating cuma jumpa utk discus hal pelajaran je.(yer ke?) -kalau bawa anak2 ke UiTM Arau tak pulak terkeluar crita kat sini la tempat ibu ngan abah bercinta dulu.hehhehe.saya bagitau kat sini la ibu ngan abah sekolah dulu.yang tu akan dicritakan kemudian.

Banyak suka dan duka sepanjang perkenalan.Yang best nyer saya memberi sepenuh kepercayaan kepada suami ketika itu sebab saya percayakan suami. Ada yang megkritik dan ada juga yang memberi sokongan dengan hubungan kami. Apa2 pun masa tu saya yakin kebolehan suami. No body perfect! Alhamdulillah pilihan saya tepat. Kata orang tua biarlah si suami menyayangi kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab dia akan mengingati kita ke mana saja dia pergi.

4 tahun berlalu.Dikurniakan sepasang anak yang comel dan cerdik.Kehidupan kami tidak la mewah tapi kami cukup bahagia.Semoga kami diberi kebahagiaan dan kasih sayang bertambah erat.Semoga kehidupan kami bertambah baik dan dilimpahkan rezeki yang halal. Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaMu kepada ku.Kau panjangkan umur kami dan sihatkan tubuh badan kami agar kami dapat terus beribadah kepadaMu.

Friday, December 3, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010

Dah lama tak join contest.Last2 minute nak lak join contest yang http://www.harlindahalim.com/ buat.harap2 ade tuah.So belum terlambat bagi kawan nak join.Last date Hari ni sampai pukul 12.00 tgh malam.jom pakat rebut peluang


Kawan-kawan boleh klik sini link entry pertandingan di sini

Rasa-rasanya gambar ni sesuai untuk contest kali ni


Nama : Nur Aqilah binti Zurazman
D.O.B : 1 September 2008 (2tahun 2bulan)
Hobi: Tengok DVD/VCD Barney
Batang gigi sekarang: 18 batang kot.hehehhe

Enjoy the Contest!!