Monday, May 3, 2010

Hari minggu

Patutnya hari minggu, hari untuk berehat tapi hari minggu saya....fuhhh...penat.penat tapi seronok!

Bermula awal pagi ditinggalkan oleh en suami.Ditinggalkan? Sekejap je.Ada mesyuarat.Mula tunggang terbalik menguruskan dua anak kecil.hehhehe..dengar macam teruk sangatkan.hik3.

Mandi awal-awal pagi sebelum solat subuh untuk mengelakkan masalah untuk mandi ketika en suami tiada di rumah.Kalau tak....kena mandi dengan hero heroin tu sekali.en suami cukup berbaik hati.membelikan sarapan untuk santapan kami anak beranak.

pukul 830 adik dah tido.tinggal kakak je.jam 900 kakak tido.(itupun kena paksa.saya kata cicak nak ambik dia.ekekke..ada ke patut) lepas tu mula kemas rumah apa yang sempat.nak masak untuk tengah hari macam awal lagi.

jam 1100 adik dah bangun.Kakak pulak jam 1200.harapan nak buat lunch berkecai.ceh!alasan.hik3.tertunggu en suami balik.lamanya bentang akaun?jam 1230 en suami call suruh kami anak beranak bersiap.Going to TESCO AS!!!

Memang berjalan sakan kami anak beranak.menghabis keringat dan juga wang ringgit.ehehee...

jam 2000 baru sampai rumah.abis solat maghrib berehat la sebentar.tapi anak-anak cergas.yerla...dah pakat pam tido dalam keta.huhuuhuh...ibu nak tido takut.memang dari dulu kalau en suami drive saya cukup takut nak tido.konon sebagai peneman la.tapi kalau dah tak tahan,terlelap gak.kekekek...
masih boleh tersenyum lagi.hehehhe..alaaa..depan kamera

setia membawa kami ke mana sahaja.walaupun penat

tertido dipangkuan ibu

gaya orang yang mengatuk sangat tapi tahan tido(gambar kabur.alasan-kereta bergerak + kamera hp.hik3)


No comments: