Wednesday, March 24, 2010

Tagged dari Eija

Mesti korang pelik tagged dari Eija?saya ke?taklah,sebenarnya tagged dari kwn lama halijah.kebetulan nick name sama.nak kena jawap ni soalan2 dari eija ni :)

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Seorang isteri dan teman baik buat suamiku Zurazman bin Noh.Ibu,teman rapat dan rakan bermain buat anak-anakku Nur Aqilah dan Muhammad Aqif. Serta seorang wanita yang perlu bijak menguruskan rumahtangganya :)


SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Seorang yang boleh berkongsi cerita,bergelak ketawa dan menangis dengan rakan-rakan.

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI
i) kalau boleh dah xmau bagi mak berniaga lagi.Kesian kat mak.dari kami kecik sampai dah berkeluarga,mak masih berniaga.kalau boleh nak mak abah tinggal dengan kami(parent selalunya ssh nak dok lama rmh anak2 sbb dok teringat rumah depa)
ii) mendapat pekerjaan yang lebih elok dan gaji yang setaraf dengan kelulusan.Bukan tak bersyukur dengan pekerjaan sekarang cuma nak memperelok kehidupan skrg.supaya anak-anak hidup dengan lebih selesa tp bukan berlebih-lebihan.
iii) menunaikan haji atau umrah.kalau boleh pergi bersama mak abah
iv) nak kereta MPV (huh...terlebih sudah)
v) nak menjalankan perniagaan.berangan nak berniaga nasi ayam resepi mak saya.sedap tau


SIAPA NAMA PASANGAN ANDA
Zurazman bin Noh a.k.a. man misai .hehehe....
CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN
i) seorang yang tenang (memang suami saya seorang yang tenang dari segala aspek.tak menggelabah kalau ada masalah.tak macam saya.hehehe)
ii) seorang yang sangat rajin membantu saya buat kerja rumah.memang ringan tulang en suami ni
iii) pandai jaga anak-anak.en suami pandai uruskan anak-anak dari segala segi.so mudah la kerja saya kalau nak memasak.anak-anak tak kacau.
iv) pendengar yang setia.sentiasa mendengar cerita,keluhan dan segala mcm la.tanpa jemu walaupun saya ni kuat berleter.hik3
v) suka makan apa saja yang saya masak dan tukang perabis makanan.(selalu mengeluh yang perutnya makin buncit.hik3)
vi) suka buat kami anak-beranak ketawa.walaupun masa tu saya tengah marah sangat
vii) rajin memujuk si isteri yang suka merajuk.hahahha..saya ler tu
*takpe ye eija kasi lebih dari lima :)

BILA TARIKH COUPLE
Tak berapa ingat.heheh..rasa2nya bulan puasa 2003.bulan Disember kot (berkat bulan Ramadan :) )

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Rasanya dah tak mau ingat kenangan pahit dulu.simpan dalam buku kemas2.kalau cerita, takut2 jadi kot lain

LAGU TEMA CINTA ANDA
Tak atau la tajuk lagu ni.tapi lirik dia macam ni :)
'biar cinta terhalang gunung dan lautan.aku tetap memegang janjiku padamu.kita bagai kumbang dan bunga.hatiku pasti, hatimu jua' huhuuhuu...tak ingat dah( ada sapa2 igt lagu ni x)

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Menjadi orang yang lebih berjaya dan lebih matang(en suami suka gelak kuat2.ish..xfaham betul)hehhee

Thursday, March 18, 2010

Sejauh mana 'kreatifnya' anak anda

kreatifkan Nur Aqilah ni :)
Agak2 apa yang Aqilah tulis ni

Wednesday, March 17, 2010

Feminin ke saya ni


Saya jarang sekali beli baju gaun kat Aqilah.Baju ni pun maklong dia yg bagi.Bukan xmau beli yg gaun tp mcm ssh dia nak gerak.nampak mcm xsopan lak. tapi sekali pakai gaun,hmmm...nampak feminin x.hehhehe
*Aqilah ni xpandai berposing.ssh nak ambil gambar dia.kira ok ler tu

Aqilah & Kucing

Aqilah & Kucing xdapat dipisahkan.ewah...ewah..mcm irama dan lagu plak.

Mula2 tu teringin gak nak bela kucing sebab tgk Aqilah suka sgt dgn kucing.Excited yg amat bila tgk kucing.Tapi memikirkan Aqilah yg tak akan duduk diam bila ada kucing,huhhh..batalkan saja niat tu.nanti 24jam dgn kucing.dah xboleh nak control nanti.

Hari tu kat rmh makcik pengasuh,dia diam2 dok dalam sangkar kucing tu.kalau tak dengar suara dia,ada la benda yg dia buat.mcm2 Aqilah ni

Ni kucing yg maktok (pengasuh) bela.Aqilah panggil kucing ni teh dan tompok

boleh dok buh makanan kucing dlm air.dah xtau nak wat apa ler tu

Aqilah yg mcm2 ragam

Monday, March 8, 2010

BERSALIN SECARA CEASARIAN BUKANLAH SESUATU YANG MEMALUKAN

Saya tertarik dgn tajuk blog ni.Penulis blognya ada dlm blog list saya.
Selepas saya membaca entry ni,saya mendapat satu keyakinan diri.buat apa nak malu.Saya nak selamatkan anak saya.

Orang kata ibu yang bersalin c-rean ni banyak dosa.Sebab tu susah nak bersalin normal.

Oh God! MUdahnya buat ANDAIAN

Tapi siapa diaorang nak menilai segala perbuatan kita.Hanya Allah saja yang mngetahui.Pernah saya jumpa ibu yg bersalin secara c-rean.Dia isteri kepada seorang ustaz.3kali c-rean.banyak dosa ke dia?

Jika anda berketinggian 152cm dan hendak melahirkan bayi seberat 4.41kg adalah sesuatu yang amat payah dan jarang-jarang berlaku secara normal…bukaan walaupun mencecah 10cm….anak anda masih berada di paras perut.kalau dah jenis pinggul kecik mmg susah nak lahirkan secara normal walaupun luaran nampak pinggul besar.hheheh

Untuk ,menyelamatkannya hanyalah dengan membelah perut sahaja..heheheh


ataupun paksa juga dia keluar secara normal dan mengambil risiko mendapat anak yang patah bahu!

yang mana pilihan anda?

Jika anak yang dalam perut dah kelemasan, nak tunggu bersalin normal jugak ka atau anda akan menerima berita yg menyedihkan?

RENUNG-RENUNGKAN.......

Sunday, March 7, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

'Selamat, Pengantin Baru...bahagia ke anak cucu' eh!mana leh takat cucu je.sampai akhir hayat le kan.:) Sebenarnya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Baizura&Shah.
Masa gi kenduri Zura xsempat nak ambik gambar.saya dgn Aqif dan En Suami dgn Aqilah.Tapi sempat gak berposing kat pelamin diaorang.hehehe...very beautiful.tangkap gambar guna yg pro punya la.nnti Zura email, saya akan masukkan dlm blog buat tatapan kwn2.
Gambar ni saja yg dpt saya ambil masa kenduri sebelah lelaki

Tapi sebelum pi kenduri En suami bawa p Tesco.Sebabnya...anak2 tak mau tido.Akal budak2.naik kereta,terus je dua2 org tu tido.Sekali dgn ibu pun tido.heheh..En suami pun menjeling.hahhah..jeles ler tu xleh join the club.Seronok je tgk muka Aqilah dan Aqif bila sampai Tesco

Aktiviti penting untuk Aqilah ialah naik 'ata..ata..ata..' (ni bahasa Aqilah la)
Alaa..benda alah yg blh bergerak dan bunyi muzik tu