Monday, April 26, 2010

Solid food Aqif

Dah lama nak cerita keterujaan saya nak buat moi untuk aqif. Masa Aqilah dulu jarang buat moi sebab aqilah tak suka makan moi.nasi lembik makan la.Untuk aqif saya cuba dulu.Alhamdulillah,Aqif makan.kata orang, nak mengajar anak makan kena banyak bersabar

Saya nak berkongsi bagaimana saya sediakan moi untuk Aqif

Bahan: carrot,epal hijau, ubi kentang, buah kurma dan beras

Beras perlu dibasuh dan dikeringkan dulu sebelum diblend sampai halus.Orang dulu-dulu keringkan kat bawah mataharikan.tapi saya keringkan kat dalam kuali je.hik3

Beras yang telah diblend.boleh tahan sampai seminggu


Carrot, epal hijau, ubi kentang dan kurma perlu direbus terlebih dahulu tapi jangan rebus sekali tau. Asing-asing. Lepas tu baru boleh blend satu persatu. Air rebusan jangan buang.Blend sekali dengan bahan rebusan.

Setelah diblend boleh la disimpan dalam bekas ais kuib. Simpan dalam peti ais yang atas sekali.Simpan dalam bekas ais kuib senang sikit.bila nak masak, just keluarkan dalam peti ais je.

Tadaaaa....moi telah siap dimasak.cukup semua.yummy...

Nota:Teruja Aqif makan moi ni.sama macam ibu yang teruja nak menyediakannya

4 comments:

ieja said...

tak penah lagi ku tengok cara2 penyediaan moi cam ni....leh la aku try utk anak kedua nanti...nampak cam sedap ja...

deqja said...

sedap jah.aku pun belajar dr blogger.blh buat stok utk sminggu.sng dan cpt.hari2 blh buat bekal utk Aqif ke rmh pengasuh.

ieja said...

aku dulu buat gak moi untuk dania..la ni tak ada dah...BS yg buatkan...lagi pun dania tak makan sgt la nasi....paling banyak 5 suap ja....

deqja said...

bagusnya BS hg.blh wat moi utk dania.BS anak2 aku xwat moi tp bila anak dah mkn nasi,dia bg la mkn nasi