Monday, December 28, 2009

CanTik Tak


nampak x apa yg ada kat telinga Aqilah. Aqilah dah blh pakai subang.heheh..abah bawa pi tebuk lubang masa ibu tgh pantang.hik3

ada gaya x?

MY DAUGHTER

Dah namanya perempuan tu mesti la ada sifat2 keperempuanan kan.hehehe..betul ke bahasa saya ni. My daughter tu mesti la Nur Aqilah. tak pernah ajar dia pun cara2 pakai lipstik tp bila dapat kat dia mesti terus sapu kat bibir.maybe selalu tgk ibu dia pakai kot.kalau nak bersiap dia n cakap nak ikat rambut, terus dok diam tunggu sampai abis berdandan. Tengok jer la aksi Aqilah ni

"macammana nak pakai ni"


"hmmm..ibu selalu pakai macam ni kan"

Resepi Seri Ayu

Masa n3 SERI AYU lupa lak nak letak resepi utk tatapan kawan2 yang nak mencuba.simple jer.
BAHAN2:
5biji telut (saiz kecil)
300gm gula (1 1/2 cawan)
2 camca teh Ovelet
250 gm tepung gamdum (2 1/2 cawan)
1 camca teh baking powder
250ml santan (1 1/4 cawan)
sedikit pes pandan
kelapa putih secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan kukusan
Pukul telor,gula dan ovelet sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung,baking powder,santan dan pes pandan.
Gaulkan kelapa putih dengan tepung ubi dan sedikit garam
Tekapkan sedikit kelapa dalam acuan
Kukus selama 5minit.
Dah siap,masuk mulut masing2.hehehhe..
SELAMAT MENCUBA....

SERI AYU

Lamanya xupdate blog.Alasan yg glamor 'xda masa'. Tapi memang betul pa.hik3. Lepas ni boleh la rancak balik berblogger ni sbb dh masuk keja
Apa yang SERI AYU tu??...Citer nyer camni.cuti aritu pegi rumah kawan kat Arau.Kak su baru jer buat kuih seri ayu.nampak gebu jer.Sedap.so apa lagi minta resepi la. Tambahan lagi bila suami minta buat.dia suka makan. Untuk suamiku,apa saja sayang sanggup buat.heheheh...air tangan isteri kan pengikat kasih sayang.
So, balik rmh mak baru2 ni terus ler buat. Bukan apa,kat rmh sendiri xda acuan, xda mixer n ramai 'pembantu' nak tolong (anak2 ku)heheh...
Bangun awal pagi bermula la aktiviti saya. Dan hasilnya....Tada.......

posisi dari atas


posisi dari tepi

Amacam? ok x.sedap tau (perasan).hehehe..yang penting mak ngan abah kata sedap.boleh buat jual (abah cerewet bab makan.kalau abah kata sedap kira ok ler tu) Suami sudah semestinya puji memanjang.(kembang saya.hik3) Aqilah pulak sampai makan 2biji.terlupa lak ambik gambar Aqilah masa makan kuih ni

Wednesday, December 9, 2009

KAKAK YANG PENYAYANG

Sebelum adik deliver lg kakak dah tunjuk ciri-ciri seorang kakak.bila ibu tanya adik mana, Aqilah akan tunjuk kat perut ibu.bila srh peluk adik,kakak peluk perut ibu.
Bila adik dah lahir ke dunia ni,lagi la terpancar ciri-ciri seorang kakak.Buktinya? Tengok la gambar2 kakak kat bawah ni


nak baring sebelah adik


ajar adik kira-kira ka


pujuk adik

Tuesday, December 8, 2009

RaGam Anak-aNak

Bila dah ada 2 org anak ni,rasa terhibur hati bila tgk ragam anak2 ni.Saja ibu nak cerita dlm blog ni tentang ragam anak2 ibu supaya nanti bila kakak dan adik aqif dah boleh baca,blh la baca blog ibu. Kenangan kakak dan adik masa kecik :)
Time tido waktu mlm kalau dua2 anak ibu ni xtido,waduh...jenuh ibu.kakak mesti jeles bila tgk ibu dodoikan adik Aqif.mula la menepek sebelah ibu,tendang kaki adik,tarik stoking adik.ishh...kakak ni.kena la ibu dodoi kan kakak dulu.sampai kakak tido.pastu giliran adik pulak.Adik pulak masa tu meraung la. Minta ibu peluk n dodoikan.kesian kat adik.kakak xbg peluang langsung. tp kakak bab main n jaga adik (cara budak2 la) mmg ibu puji. Waktu siang kalau adik nangis kakak srh jgk2 ibu bagi susu ibu kat adik.siap tunjuk kat badan ibu srh bg kat adik.tak pun,kalau susu dalam botol dh ada,kakak yg p ambik dulu (tanpa ibu srh wpun masa tu kakak br umur 1thn3bln.xblh ckp lg) kakak mithali ni.
Kelmarin ibu terpaksa gak hantar kakak kat rmh maktok sbb abah ada keja. lps abah p antaq kakak, adik Aqif nangis jer. Adik buat perangai.hmmm...firasat ibu,maybe adik ni rindu kat kakak kot sbb xda sapa kacau adik arini. betul tak adik Aqif?
Tak sabar nak tgk adik Aqif membesar.Mesti nanti lebih krg mcm kakak sbb beza xjauh.silap2 org kata kembar.Abah pulak tak sabar nak gomoi dengan hero n heroin abah ni.Semoga anak2 ibu membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,cergas dan cerdas,dengar cakap dan hormat pada ibuabah dan org tua serta menjadi org yang berguna dunia dan akhirat.AMIN...

Sunday, December 6, 2009

Wajah-Wajah Lucu n Comel

Kalau nak citer tentang Aqilah ni xcukup satu kertas A4. Seorang yg menghiburkan,lucu, n cute. Tgk la gambar2 lucu ni


dulu suka sgt wat muka busuk.skrg dh xmau tp pantang sapa kentut,dia tutup hidung.heheheh


budak2 la dah tau duit


gelak besar





BeRbaLoi-BaLoi....



Cantik n smart x.hehee...Sebelum ibu abah decide nak beli benda alah ni, pening gak kepala.takut Aqilah xmau duduk.tp bila fikir utk keselamatan kakak, abah beli gak wpun mahal. Pi shopping kat carrefour trs beli. Nasib baik kakak nak duduk Tengok la gambar tu. Selesa dia duduk. Berbaloi abah beli.

Nak buh gak gambar kat bwh ni.nak bg tau yg Aqilah sibuk tgk mainan bila parent dia dok surver baby car seat. Yang bagusnya anak ibu ni, xmengamuk kalu ibu xbeli mainan tu.xksh pun.hmmm...jimat duit ibu.hik3


Sunday, November 29, 2009

KELAHIRAN YG DINANTI

Pertama sekali saya nak berterima kasiih kehadrat Illahi kerana telah memakbulkan doa hambaNya.
1.  Dikurniakan seorang anak lelaki (Alhamdulillah,dah dpt sepasang)
2.  Dipermudahkan jalan untuk bersalin. (sakit nak bersalin masa kat rmh mak.walaupun tak jangka nak bersalin di seberang jaya. Alhamdulillah, ada org yg blh tgkkan Aqilah. Tak la kalut sgt)

Petang 25/10/2009 saya dh mula rasa skt2 pinggang n pinggul tp xla teruk sgt.sangka saya sakit biasa.yea la kan org mengandg mmg la skt pinggang. waktu mlm sakit makin terasa.setiap 10 min. saya masih blm igt nak bersalin lg sbb xmau jadi mcm dulu.sakit skt dh p hospital.pastu kena tahan lak kat wad.2hari pastu baru bersalin.xnak la dok wad lama2.saya bertahan lagi nak tggu turun tanda br p hospital. sangka saya boleh bertahan sampi blk perlis esk pagi sbb xmau bersalin kat seberang jaya.(takut dok dengar mcm2 citer.heehee) tp ni semua kuasa Allah.saya sakit xlama.dari pukul 9.00-12.00 mlm sakit yg teramat tp xturun tanda.disebabkan dh xtahan sakit,pukul 12.00 saya dh ajak hubby p hospital.mlm tu plk hujan lebat. sampi jer wad bersalin, doktor kata dh full.maksudnya jln dh buka sepenuhnya.apa lg kalut la nurse2 tu.heheheh....
Selepas bertarung nyawa selama 4jam, doktor kata result jantung anak saya berdegup cpt.xblh tggu lama lg.takut anak lemas. saya redha wpun terpaksa bersalin secara ceaseran.asalkan anak saya selamat.
Alhamdulillah, tepat jam 4.30a.m 26/10/2009 lahir la seorang putera yang diberi nama MUHAMMAD AQIF.  Alhamdullilah dia selamat tp terpaksa ditempatkan di wad NICU untuk pemantauan doktor. 3hari saya xdpt memegang dia.saya hanya sempat mencium dahi dia slps selamat dia dilahirkan. untuk keselamatan Aqif,ibu redha walaupun hati ibu meronta2 nak memegang Aqif dan menyusukan Aqif. Sebak hati ibu bila abah tunjukkan gambar aqif di wad NICU (masa tu ibu diwad lagi). banyak wayar dibadan Aqif. lps 3hari,abah tanya doktor keadaan Aqif, alhamdulillah lega hati ibu. Aqif disahkan sihat tubuh badan. Syukur Ya Allah. Ujian dari Allah untuk hambaNya.



kat wad NICU selepas dilahirkan



kat wad 1. kena demam kuning.huhuu...cian kat Aqif kena dok bawah lampu biru



hari ke 6.baru dpt kuar wad


umur 2minggu.selepas dicukur rambutnya

Rasa xadil pulakkan kalau gambar kak long Aqilah xda dlm blog ibu kan.dulu ibu xsempat nak buat blog ni utk citer tentang Aqilah. Masa lahirkan Aqilah dulu xda apa2 mslh, Aqilah sihat cuma kena demam kuning je sikit. Ibu sayangkan kedua2 anak ibu.



dengan tok wan


dengan tok


ceria diwaktu pagi


lepas tok cukur rambut

Saturday, November 28, 2009

PENGALAMAN YG BERBEZA

Benarlah kata org,pengalaman mengandung dan melahirkan anak,berbeza setiap seorang.begitulah yang saya alami.Pengalaman mengandungkan aqilah dan aqif mmg berbeza.Anak sulung saya mengalami morning sickness yg trk tp anak kedua x sangat.skt2 jer tp perpanjangan sampi ke 5 bln.Sepanjang mengandgkan aqif saya ckp malas nak buat keja rmh,malas nak msk.Padahal masa mengandungkan aqilah,jenuh suami kena mkn apa yg saya msk.Inilah yg dikatakan pembawa bdk.Maybe rajin sbb dlm prut tu bb girl.bila dlm prt bb boy mula la mls nak wat keja.(kaklong nnt kena rajin tlg ibu ye.adik aqif tlg abah k)
Lagi satu, saya bleeding masa mengandgkan aqif. kndgn 3bln.igtkan dh xda rezeki tp alhamdulillah.Allah Maha Besar.Dia nak bg jugak seorang putera utk saya dan suami.Mungkin ms tu saya byk wat keja brt.dukung anak.ms tu aqilah 7kg.kaklong lak xmau berenggang dgn saya.nak manja puas2 sblm adik kuar kot :)
Bagaimanapun syukur alhamdulillah,kedua2nya selamat dilahirkan ke dunia.Semoga anak2 ibu dan abah menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Kat Kuala Perlis.masa ni teringin nak mkn sotong grg tepung.hmmm..sedap

Friday, November 27, 2009

Ketinggalan...hehehe

Dah lama teringin nak buat blog ni tp xda masa + (xreti sama).hehee.dulu dh wat sekerat tp terhenti sbb bersalin.bila tgh pantang ni dok cuba2 curi masa utk wat blog.ssg rupanyer nak create blog ni.smpi tanya kwn ler nak wat camner.heheheh...malu tul.thank you izah kerana memberi tunjuk ajar.nanti kak ija belanja mkn **** ayam percik k.(hanya saya n izah jer yg tau.favourite kami tu...)
Banyak yg nak diceritakan dlm blog ni utk dikongsi dgn kwn2.tambahan lg br dpt bb.nanti kite citer dlm post yg lain k.

Thursday, October 22, 2009

Salam Permulaan

Salam perkenalan dan permulaan buat semua blogger. Rasanya belum terlambat utk mencipta blog sendiri di alam siber yang serba canggih skrg. Kadang2 rasa agak ketinggalan kalau xmencuba sesuatu yg disediakan secara percuma di sini.Harap kwn2 dpt berkongsi cerita n pengalaman bersama2 di dlm blog yg agak simple ni.Tegur n berilah serba skt nasihat jika ada yg terkurang.