Tuesday, September 21, 2010

Happy Birthday to Me

Happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday to Hasliza Mothar...happy birthday to me....Wahhh...menyanyi untuk diri sendiri.hahhahaa....ade sape2 nak tolong nyanyikan ke :) kalau nak tau berapa banyak umur saya,kira la ada berapa lilin tu.hik3.banyak tu la umur saya.(takut tgk lilin yang banyak sgt.byk tul angka umur sayakan)

Awal2 pagi dah dapat wish n kiss dr my hubby.wah statement berani ni.dalam tak sedar pukul berapa dia wish.thanks abg.Menjadi orang pertama wish utk sayang.Menjadi teman,sahabat,suami dan abah kepada sayang dan dua anak2 kita.Sayang tak kisah walaupun tiada hadiah istimewa tapi ingatan dan kasih sayang abg sudah mencukupi.betul ke ni?betul....ikhlas dari hati

Terima aksih banyak2 kepada kwn yg wish tak kira dengan apa cara sekali pun.samada melalui FB ataupun HP.Semoga doa kalian untuk saya dimakbulkan.doa saya moga Allah memberkati kalian semua.

Apa yang saya hajati:
1) Sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Taala
2) Diberi kesihatan yang baik supaya saya sentiasa dapat beribadat dan menjaga amanah yang Allah kurniakan dengan baik
3) Dimurahkan rezeki
4) Dipanjangkan umur
5) Mendapat pekerjaan yang lebih baik
6) Menjadi manusia atau insan yang lebih baik dari sebelumnya

nota deqja: saya menantikan wish dari seseorang yang ada hbgn rapat dgn saya.adakah dia akan wish utk saya.mustahil dia tak tau sedangkan dalam fb dah tertera my birthday to day.hmmmm....

Monday, September 20, 2010

Aktiviti kakak

Aktiviti Aqilah masa mula2 masuk kereta
start enjin je terus on dvd dia.nak tau dia tgk apa?

See....barney kesayangan dia.sampai kita nak dengar radio kena tunggu sampai dia tido

hiii......i love my mum,dad n my little brother.muaaahhhh...

Aqif yang selalu jadi mangsa

Kesian kat Aqif.Selalu sangat jadi mangsa kakak.Jadi bahan permainan.Kakak ingat Aqif ni anak patung ke.Aqif ni adik kakak tau.Abis bedak disapu ke muka adik.dah jadi macam wayang cina

Suka Sangat

Saya suka tengok gambar ni.Bukan senang Aqilah nak senyum masa ambik gambar.Nampak dia happy sangat dengan kawan2.Aqilah ni suka berkawan dengan orang yang lebih besar dari dia.
dah makin tembam sekarang

senyum simpul bersama saleha(anak jiran) dan farihah(sepupu-anak abg)

cuba meniru aksi kawan2

Renyeh.....

Saya tak tau nak eja mcmmana perkataan renyeh yang sama maksud sengeh.bila cakap blh la.loghat org utara.Aqilah suka sangat sebut perkataan tu sambil buat aksi renyeh.kalau nak tau renyeh Aqilah camne,meh tengok gambar ni

mcmni la gaya org sengeh dlm loghat utara *renyeh
seronok sgt dpt buka lipstik ibu

Komunikasi

Tanpa komunikasi,hubungan akan menjadi semakin rengang.Tak kisah la hubungan suami isteri,adik beradik,saudara mara ataupun kawan2.

Saya sentiasa dan akan sentiasa berkomunikasi dgn anak2 dan mengajar Aqilah dan Aqif sentiasa bergaul mesra.Walaupun bergaduh sikit.Saya cuba terapkan kat Aqilah,walaupun dia lebih tua dari Aqif,dia pun kena hormat pada adik.Dan aqif pun kena hormatkan kakak.saya tak mau bila kakak yang buat salah,Aqif yang minta maaf.Sama2 bermaafan.

Hal ini banyak terjadi pada kehidupan sekarang,banyak adik beradik yang lebih tua tak mau minta maaf pada si adik.last2 si adik yang kena minta maaf walaupun dia tak bersalah.patutkah?hubungan dengan orang luar ckup dijaga tapi sehubungan sesama adik beradik tidak dijaga.Macammana tu?

Fikir-fikirkan....

Corat coret Aidilfitri Episod 2

Raya ke enam saya ke rumah saudara mara sebelah suami di Kedah.Ada seorang baby umurnya 9bulan.kata tok teh cucu dia ada masalah usus.bukan pasal takda lubang dubur tapi masalah nak buang air besar.3atau2 hari sekali kena sedut keluar najis baby tu.bayangkanlah betapa sakitnya baby tu.Dah lama berubat cara moden tapi belum nampak kesan.Akhirnya tok teh ikhtiar cara traditional.tak tau la lagi hasilnya.

Saya cukup sedih dan terharu bila tengok anak tok teh balik kg kuala ketil dengan bas dari kl.mendukung anak sekecil 9bulan. Nak menyusung beg lagi.huhuhu..terharu betul.Ada setengah orang yang ada kereta besar2 pun tak boleh nak balik kg.Tak semua orang cuma segelintir je.Kita ingat,kita dah cukup susah.tak cukup duit nak buat perbelanjaan untuk raya tapi ada yang lebih susah.Berfikir sejenak dan cuba memperbaiki diri.

Renung-renungkan.

Corat coret Aidilfitri Episod 1

Bersemangat nak bercerita hal kami anak beranak semasa Aidilfitri.Tambah2 lagi dah blh transfer gambar dr hp ke laptop.Sebelum raya,berangan nak beli kamera baru kalau dapat bonus tapi belum ada rezeki.Bonus tak dapat,dapat duit raya je.huuhuhuh...Takpe la kan,rezeki jugak tu.Ada ler jugak duit nak kasi duit raya kat budak2.

Saya cerita dulu hal yang manis2.Cerita yang tak best tu tunggu di lain blog.Korang sudi baca tak nanti?hehhehehe....

Yang paling seronok,happy dan seangkatan dengannya, anak-anak la.Aqif mungkin tak faham apa2 lagi tapi Aqilah cukup excited.Tahun lepas dia pun macam adik gak,tak faham apa.ibu sarungkan baju raya,pakai je.Lagipun tahun lepas mak ke umrah.raya kedua baru dapat jumpa mak.Tapi tahun ni beraya tanpa abah.hmmmm...tak mau sedih2.Apa2 pun kenangan arwah tetap dalam ingatn saya dan mungkin juga dlm ingatan Aqilah.

Ramadhan lagi Aqilah dah menerai baju raya.Sekali sarung dah tak mau buka2.waaaa.....kes parah ni.nasib baik nak mandi dia buka jugak.Tema kami tahun ni kaler hijau.Melilau cari baju en suami yang sama kaler dgn kami.huhuhu...naik tension saya.menyusung anak2 dari kedai ke kedai.kalau yang ada sama kaler,saiz lak xde.last2 sampi rmh mak,jumpa baju melayu yang sama kaler dgn kami.baju arwah abah yang saya hadiahkan utk raya tahun lepas.en suami tak kisah.tahun depan,kita beli satu gulung kain,buat baju utk kita anak beranak.tak yah nak pening2 kepala cari merata kedai.biar upah mahal asalkan tak penat badan nak mencari.hik3
semasa menerai baju raya.tudung tak matching sbb blm beli tdg.

Di pagi raya.ikat sanggul dulu.tudung suka tak lekat kat kepala.huuhuh...insyaAllah Aqilah akan faham jugak nnt.Gaya tetap sama.perasan tak.hikk

Baju Aqif, tok ton yang jahitkan.Thanks to mak.Ceria betul Aqif ni

Macam tak kena je.baju hijau, lilit songkok pink.huhuuh....

Gambar sebelum rambut di potong.nasib baik Aqif duduk diam je masa uncle tu uruskan rambut adik

Sebelum ke kubur menziarahi kubur arwah abah,kami sekeluarga bergambar dulu



kadang2 teringin nak bergambar di studio tapi boleh ke anak2 beri kerjasama.tengok je la kat atas tu.ibu ngan abah je yang lebih.:)

Pagi raya pulang ke kg suami.berkumpul adik-beradik di sana.Alhamdulillah,semua ada.mula bergerak beraya kerumah saudara mara.malam balik ke rmh mak sebab esk pagi2 lagi abang dah nak blk ke kl.Saya sanggup tak beraya ke mana dari meninggalkan mak seorang diri melayan tetamu yang datang.Saya tak sanggup tengok mak wat keja sorang2.hmmmm....

sebelum keluar beraya

Raya ke lima kami di khabarkan berita gembira.Ada orang nak sewa rumah kami di Bertam.Alhamdulillah.Keesokannya balik ke rumah MIL.Bersemangat nak belajar rendang dan kuah kacang resepi MIL.Memang sedap.Bila dah jadi favourate suami,saya akan berusaha untuk belajar.Inilah hasilnya

Tahun ni anak-anak pun belajar main bunga api.tak pe ke upload gambar anak2 main bunga api.kena tangkap tak nanti.hhehhehe...Aqilah paling seronok.Kalau main sorang2,dia tak.Sampai dia panggil jiran sebelah rmh mak,ajak main bunga api sama2.lepas tu menyanyi lagu raya.yang dengar cuma selamat je.lepastu abah/ibu yang sambung.huhuhuh...


Aqif seronok memerhati sepupu2 main bunga api.bagi Aqif try pegang blh?

18/9/2010 paling best.Ada tiga rumah terbuka.first dapat jumpa FBI.baru tau adik2 dia kawan satu sek.huhuuh...


Bayangkan berapa kos FBI keluarkan untuk open house dia.duit raya untuk budak2 sorang RM3.order catering utk 1000 org makan.saya sampai pukul 2 dah nak abis menu.cuma tinggal nasi dan lauk daging.Ayam,udang,dalca semua dah abis.tu belum yang menu ringkas2.org dah serbu dari pukul 11.30 walaupun acara bermula 12tgh ari.

Lepas tu bergerak ke rumah kawan sepejabat.Ada majlis pertunangan.Alhamdulillah kenyang.Sedap sangat ayah Zahas masak. Bergerak pulak ke rumah kawan lama. Dah lama sangat tak jumpa.hampir 16 tahun.berdebar2 jugak nak jumpa.takut mengalir air mata.huhuuhuh...malu la wei....

nini masih kecik seperti dulu.macam model dua beranak ni.saya ni je makin bertambah2 isi di segala sudut.huhuhu...

sempat bergambar dengan anne yang sememangnya sepupu dengan nini.manis nyer anne.alangkah bagus nyer saya mendapat senyuman semanis anne.heheheh....anne memang tabah.senyuman sentiasa dibibir.mesti baby yang bakal lahir nnt semanis mama nya.

Disebabkan penat beraya sampai ke petang,terpaksa cancel balik ari sabtu.takut mengantuk sebab en suami kenyang sgt.huhuhu...pagi ahad bari bergerak pulang ke perlis.lepas ni Aqilah sunyi balik la.tak ada kawan2 di rmh.Nanti kita balik kg lagi yer kakak.

Wednesday, September 8, 2010

Macam Kartoon

RINDUNYA.......to my blog.asyik dok baca blog org je.lst week mggu mood letih.nak crita byk tp otak kekeringan idea.

Last week sahur saya dan suami mcm kartoon.Ni semua gara-gara siapkan order kuih btg buruk.nak buat waktu siang masa cuti,anak2 kacau.kalau abah dia tlg jaga pun,pakat dok cari ibu gak.so,terpaksa la buat masa anak2ku dibuai mimpi.buat sampai pukul satu.lepas tu baru tido.kunci jam pukul 4.15.blh plak tutup alarm n sambung tido blk.Pernah sekali terjaga pukul 5.30.melompat la isteri Zurazman ni.menu sahur masa tu telur goreng n kicap.nasib baik ada nasi lebih masa berbuka.hahhaha...nasib baik dapat suami yang tak cerewet bab makanan ni.

Alhamdulillah,ada jugak rezeki utk anak2ku.Buat kawan2 yang dah dapat order,saya memohon seribu kemaafan andainya ada terkurang atau terlebih pada kuih tu.Harap dihalalkan semuanya.Terima kasih kerana membeli.

Doa saya moga dpt khatam Al-Quran untuk arwah abah.tinggal beberapa juz je lagi



SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN