Wednesday, October 27, 2010

Tahun1989

Apa yang nak dikongsikan disini pengalaman saya pada tahun 1989.umur masa tu 7 tahun.Kuatkan ingatan. Masih ingat apa yang terjadi pada masa umur ketika itu.eeeegeee...

Sebelum masuk tahun 1 lagi arwah abah dah syak sesuatu terjadi pada saya bila tengok badan saya kurus dan bila bernafas dada naik turun dengan cepat.Bila abah tanya pada nurse,nurse minta abah bawa saya ke hospital cepat tapi masa tu abah takut.Maybe takut apa2 terjadi pada saya.Syukur alhamdulillah,Allah memberi petujuk.Klinik kesihatan datang ke sekolah untuk memeriksa pelajar dan saya di tahan dari masuk ke kelas semula.Agak hairan kenapa saya tak boleh balik ke kelas.Akhirnya saya diberi surat untuk diserahkan kepada abah.Jujur tau masa tu.Tak buka surat hingga sampai ke rumah.hihihih...

Saya diminta rujuk ke Hospital Bukit Mertajam.Dan kemudiannya rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Hanya abah dan saya kot yang pergi.Mak kena jaga abg sebab abg sekolah.Di situ doktor memberi keterangan berdasar rekod kesihatan saya.Saya di sahkan sakit jantung.Tapi bukan jantung berlubang tetapi saluran darah ke jantung terlampau luas(tak tau bahasa saintific nyer apa).Sebab tu la darah banyak dipam masuk ke jantung menyebabkan jantung saya berdegup dengan cepatnya.Jika dibiarkan begitu lama dan tidak dibedah jantung saya akan berlubang.Nasib dapat dikesan dengan awalkan.So,kami diberi tarikh untuk kembali semula ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan saya akan ditahan di wad.

Saya kembali ke sekolah dan saya critakan pada kawan-kawan yang saya akan di operate.tau apa reaksi depa?Antaranya:"eh as,nanti masa doktor tu nak operate hg,depa pasang tv bagi hg ralit tengok sampai tertido" Geli hati bila teringat balik.Zaman kanak-kanak,main suka suki jer nak cakap apa.Pihak sekolah kutipkan derma untuk saya.Sampai skrg bila jumpa kawan,parent depa mesti kata,"ooooo....yang sakit jantung dulu kan.sekarang dah baik ka?"hehehhee.....saya senyum :)

Saya ditahan di Hospital Besar Kuala Lumpur selama sebulan.Kiranya proses membersihkan saya sbelum dibedah.Cabut gigi,matikan kutu dikepala.ooopppssss.....biasa la kecik2 dulu.heheheh....macam peristiwa aneh di hospital tu.nak masuk bilik air pun takut.Bayangkanlah umur sekecil ku dicritakan crita2 seram.huhuuhu....maunyer tak takut.pernah satu malam ade sorang makcik kurang siuman meninggal dunia.Mak saya pergi ke katilnya dan membaca yassin.tinggal la saya di atas katil terkontang kanting.ishh...ade kena mengena ka?bukan apa nak bgtau yg saya dulu berani.hahhahaha.....

Setelah saya disahkan betul2 sihat tanpa ada sebarang jangkitan kuman di badan,saya dipindahkan ke Hospital Klang untuk pembedahan.Naik ambulans dengan mak.hehehhe...yg tu nak habaq ka?Seminggu di situ,kami di beri tarikh untuk saya dibedah.Saya tak ingat bila tapi yang saya ingat saya dah berada di atas troli.Bersedia ditolak ke bilik pembedahan.Tak nangis ok.Bangga gila.huuhuh..padahal tak tau apa berlalu lepas tu.mak suruh saya baca 3Qul,alfatihah,ayat kursi.Saya ikut je.Mak tak nangis.Yang menangis,arwah makcik jiran sebelah rumah n abg saya.Saya tetap tabah.ehheheh.....Lepas diberi injection di *p....saya ala ala lali.Sampai dibilik menunggu di beri sekali lagi injection di pergelangan tangan.Terus saya tertido tak sedarkan diri.

Bila saya sedar,dah ramai orang di sekeliling saya,Mak,abah,abg.,pakcik,makcik,tok sebelah mak dan abah,semua ada.huhuhuhu...terharu.rasa macam dalam drama lak.heheheh...saya tak tau berapa lama saya di dalam bilik pembedahan.Kata abah hampir SETENGAH HARI!!!fuh!lamanya.kesian doktor2 tu.Besar betul jasa mereka.Dan mereka dikalangan doktor2 pakar.masa tu mana ada lagi IJN.

Lepas sedar suasana menjadi touching.Saya tak boleh mengeluarkan suara.menjadi orang bisu sementara waktu.Saya dahaga lalu tunjukkan isyarat pada mak yg saya nak air.Bergegas mak lari tanya doktor.Boleh ka saya minum.Doktor kata tak boleh.Saya tunjuk plak isyrat nak makan.,Lagi sekali mak berlari tanya doktor.Tak boleh jugak.Saya perlu berpuasa supaya saya tak muntah sebab banyak ubat masuk dalam badan saya.Malam baru boleh makan dan minum.Ya,pada masa tu baru saya tengok mak MENANGIS.......Menangis kegembiraan sebab melihat saya selamat dibedah.Alhamdulillah.Abis ubat bius,saya rasa pedih di belakang.Bagaikan pisau menghiris.sakit.huhuhuh...tak nangis tau.Nak tau saya menangis waktu bila?nanti la....hehehhee...

Hampir sebulan di Hospital Klang membuatkan saya bercita-cita nak jadi doktor.hehehhe...tapi tak kesampaian(tu la awat tak belajar rajin2).Saya selalu tolong nurse.kami diberi excersice supaya boleh berjalan dengan betul sebab tempat yang dibedah menjadi senget.faham ke?macam ni.Tempat bedah tu di belakang sebelah kiri.Jadi,bahu tertarik sedikit sebelah kiri.Latihan ni dibuat supaya kami boleh stabilkan diri.(pasti kawan2 yang kenal saya heran kenapa saya jalan sengit sebelah.Cacat ke saya?nanti saya crita)huhuuh...banyak tul penyakit ku.Ku redha.

Oh ya.Syukur jugak masa tu abah tak perlu membayar kos pembedahan sebab saya sudah bersekolah.Ada seorang pesakit budak cina macam saya jugak cuma yang beza saluran darah dia terlampau sempit.Dia perlu membayar kos pembedahan kerana dia belum bersekolah.Alhamdulillah....Kesian kat abah berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur.Walaupun tiket keretapi free sebab abah staf KTM,tapi penat lelah abah tak dapat saya bayar.Pengorbanan mak lagi tak terhitung banyaknya.Menjaga saya siang dan malam sehingga saya sembuh.huhuuhuh...touching ni.

Balik dari Kuala Lumpur,saya diberi sekian tarikh untuk dibuka jahitan pembedahan.Bukan nya panjang pun.sikit je sebab yang lain diklip.Ha...masa tu baru saya nangis.Tak kena lagi dah bayangkan sakit.huhuhuhu....siap kena marah dengan mak sebab menangis.padahal bukannya sakit pun.

Setelah beberapa kali buat check up di Hospital Kuala Lumpur,saya disahkan sudah sihat.Dah tak perlu buat check up lagi.Dah tak perlu ulang alik ke Kuala Lumpur lagi.Cuma doktor pesan kat abah,jaga permakanan saya dan bila saya mengandung nanti,kena inform kepada hospital.Sebab tu la 2 kali mengandung,saya diminta wat ultrasound untuk memastikan saya betul2 bebas dari sakit jantung.Dulu lepas balik dari Kuala Lumpur,abah selalu suruh saya buka baju tunjukkan jahitan tu dimana pada yg datang menziarah.huuhuhu...malu tau.

Sekian dulu pengalaman saya untuk dikongsi bersama kawan2.hhhehehehe....




Bagai anak itik belajar berenang

Kawan-kawan kata nak masuk kolam renang di Stadium kangar hanya bayar RM1 je.Dah 3tahun di sini baru kami tau.huhuuhuh....Kalau tak dah lama bawa Aqilah mandi kolam.

Hari sabtu Aqilah bising2 nak 'air',.Bukannya nak minum tapi nak main air.So bekalkan baju2 salinan,akhirnya sampai jugak di kolam renang Stadium Kangar.Ceh!macam jauh nyer.5min perjalanan je.ekekeke....Rupanya weekend kanak bawah 12tahun dikenakan bayaran RM2 dan dewasa RM3.Tapi di bawah umur 3 tahun F.O.C yer termasuk omak n opak nyer sebab penjaga.heheheh...best la dengan kita2 sekali berendam.Agak dalam kolam untuk budak2.Bila Aqilah berdiri paras ketiak dia.Mula-2 takut,lama dah berani berjalan di dalam kolam tanpa pegangan ibu/abah.ooooo...eksyen yeeee....

Adik relax je.Muka excited.Abah mengajar anak2 swimming mengalahkan pro padahal sijil kampung je.heheheh...ssori abg.Tak sempat nak snap banyak2 gambar.Masing2 seronok main air.Lagipun masing2 sorang satu pegang anak.Bahaya oooo...dibiarkan sendiri.maunyer omak menjerit bagaikan hesteria klu terjadi apa.

Hari ahad datang lagi.Rasanya tak puas main air dengan anak2.omak nyer yg lebih ke?heheheh...Tapi hari kedua berbekalkan pelampung.Dan abah berenang sepuas2nya.Ibu?tak pandai berenang la.hehehhe...Lepas tu semua anak2 kepenatan.Balik rumah tido terus bersama2 termasuklah diriku sendiri.hihiihih....

Tiap2 malam Aqilah bawa masuk pelampung dalam bilik.huuhuhhu...naik sesak bilik tu.Aksi nyer....ala ala swimming ok.

Ini je yang ada.itupun dah nak balik.Adik pun dah buka baju.

Tuesday, October 26, 2010

Budak baru belajar makan sendiri

Dah lama kami tak merasai angin laut waktu malam sambil makan ikan bakar,sotong goreng tepung....fuuuuhhhh...maveles.sapa nak rasa sotong grg tepung yg sedap,hanya di Kuala Perlis je ade ok

So,malam minggu lepas,selepas melihat keadaan anak2 yg segar bugar selepas puas tido diwaktu ptg,saya dengan tak malunya mengajak en suami makan di Kuala perlis.Budak2 ni kalau dah tido petang,malam jawab nyer 10-11 baru nak tido.

Menu kami simple je.Yer la nak makan 4perut je.2dewasa 2 masih budak2.egeeeee.....ikan gerut bakar,sotong grg tepung,sup sayur.Air limau ais.Alhamdulillah rezeki dari Allah.Kenyang.....


Aqif baru je belajar makan sendiri.Sekarang dia suka sangat buat bunyi2 binatang(goat,tiger,cat,bird),dah tau yg mana ear.Baru melangkah beberapa tapak untuk berjalan tapi masih blm full confident.



Aqilah dah pandai makan dengan tertib.Kadang-kadang dia boleh abiskan sepinggan nasi ksg orang dewasa perempuan.Dia ingat setiap kedai/tempat yang pernah kami kunjungi dan ada apa di kedai tu.Boleh memahami 2 bahasa(malay n english),kadang2 bila kita xfaham apa yg dia cakap,dia akan marah.huhuhuh...jenuh nak translit gak perkataan yg dia sebut.ada yg bunyi jelas.ada yg hujung2 je.Bila tanya nama ibu,abah n adik,yg hujung2 je dia sebut.kira ok ler tu.


Lepas ni boleh la kita makan kat luar lagi ye abang.aaaggaaa..


Masa itu Emas

Nak update blog tapi malas nak upload gambar.HASLIZA!kenapa MALAS ni??????Huhuhuuhhu....

Bila saya kira-2 7 hari dalam seminggu kita ada 168 jam.5 hari anak-2 di rumah pengasuh/tadika.Jumlahnya jam mereka di sana 50jam.Bila balik rumah cuma tinggal 3jam bersama anak-2 sebab masing tido awal.Jadinya 3jam x 5hari cuma 15jam kita dapat bermain dengan anak(tak termasuk waktu tido mereka).Cuti cuma sabtu dan ahad.Kita ada 48jam dengan anak tapi itu belum ditolak berapa lama tido waktu siang/malam,masa untuk kita mengemas rumah,dan sewaktu dengannya.Singkatkan?huhuhuuh

Sebab tu lah kalau boleh sabtu dan ahad saya dan suami nak melekat je dengan anak2.Bermalas2an dengan anak.Saya suka mengemas bersama2 anak(memandangkan Aqilah dah besar.Dah boleh menerima arahan).Tapi akan diselerakkan balik oleh si adik.waaaaa......(kakak dah pandai marahkan adik bila adik selerakkan brg.tp dia xpa lak)

Weekend lepas saya rasa masa spenuhnya dengan aktiviti bersama anak2.2hari pergi mandi kolam.Belajar berenang ala2 anak itik baru belajar.hehehehe....Makan malam bersama-sama sambil menikmati angin pantai.Sungguh saya seronok dan anak-anak semestinya.Biar penat tapi saya rasa masa yang ada di hari sabtu dan ahad tersangatlah berbaloi.

n3 yang seterusnya akan saya crita aktiviti kami.Tunggu mood rajin upload gambar.hihihihi...

Thursday, October 21, 2010

Aqilah di Tadika baru

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah pengalaman pertama saya hantar Aqilah ke tadika.Dari rumah pengasuh ke taska dan akhirnya ke tadika.Pengalaman yang benar-benar mengajar saya dan juga mungkin buat kawan-kawan yang pertama kali meninggalkan anak untuk kembali bekerja.

Dari Aqilah umur 2bulan setengah hingga setahun 10bulan dia tinggal dengan pengasuh.Memang saya bagi 5 star untuk pengasuh.Sayang Aqilah seperti cucu dia sendiri.Bertuah Aqilah.Bertuah jugak saya.ngeeehee.Tapi sepanjang bulan Jun,Aqilah sering merap.Dok tak dok menangis.Kadang2 kesian kat makcik.Mana dengan nak jaga adik lagi, kakak lagi.(Rasanya kebetulan masa tu maybe kakak dah tau arwah tokwan akan pergi selamanya.Budak2kan lebih faham cuma tak pandai nak cakap je lagi.Kita yang dewasa ni je yang tak memahami).

So,saya dan suami decide hantar Aqilah ke taska di mana tempat kawan-kawan saya hantar anak2 mereka.Bila tanya kawan2 semua kata tempat tu bagus.Ditambah lagi bila umur anak mencapai 4 tahun boleh hantar anak ke *SR dan boleh mendapat biasiswa.Yuran pulak murah.Saya pun dengan yakin nak hantar Aqilah ke situ dengan tujuan moga Aqilah pandai berkawan,pandai membaca, dan lain2 seumpamanya.Bila bagitau Aqilah yang dia akan ke sekolah,bukan main excited dia.maybe dia fikir yang sekolah tu menyeronokkan.Kita pun harapkan begitukan.

Hari pertama bila sampai dia ok.Tak nangis pun.Tapi bila ambil dari taska,dia diam seribu bahasa.tanpa bercakap byk,tanpa gelak.tido pun awal.Saya sejukkan hati.maybe hari pertama.Biasa la budak2kan.Saya suka kenal sesuatu tempat dengan first expectation.Bila hari pertama reaksi depa kat saya,saya dah kurang senang.Kurang mesra parent.Pesan kawan saya,jangan terlalu cerewet nanti depa tak cerita sangat hal anak kita.Ok fine.Saya kurang bertanya.Tapi bagi saya,tak salahkan kita cerewet tentang anak kita?

Sebulan Aqilah di sana hantar menangis,masa ambil pun nangis.Saya tak sedap hati.Saya bertanya pada kawan saya masa dia ambil anak dia.Dia selalu ambil awal dari saya.Dia kata aqilah ok.And saya tanya jugak depa kurang mesra.Dia kata depa memang mcm tu awai2.lama2 ok la.Ye ke?Nak jaga anak orang pun kena buat macamtu ke?bisnes macamtu ke?ok fine.Saya bersabar lagi.Maybe Aqilah yang mengada2 lebih.Sebab tu dia nangis.Bulan yang sama jugak kawan saya bagitau hal Aqilah di tadika.Kalau bukan depa cerita,sapa lagi yg bagitau hal aqilah kat kawan saya tu.Bila kita tanya sikit,jawab nyer pun sikit.takut lak nak tanya banyak takut kata kita ni cerewet.Tapi kat orang lain boleh lak cerita banyak?tak faham betul saya. Katanya Aqilah suka menangis.bila dia nak nangis,dia nangis la.dia nak gelak dia gelak la.Sakit jugak hati.Nape kat saya tak cerita.

Bulan ke 2 saya belikan kek besday untuk Aqilah sambut di tadika.Harapan saya moga Aqilah happy.Tapi bila ambil  Aqilah,tak da apa yang diceritakan.Kalau tak tanya,tak cerita la.Macam biasa jugak.Tanya sikit jawab sikit.Takkan buat sistem mendekremasi(betul ke ejaan tu) budak2 yang baik dan budak2 yang suka menangis.Aqilah kalau orang baik dengan dia,dia baik la dengan orang tu.Budak2 mana sama.Abis tu nak semua budak kat situ tak nangis langsung.Beri la ruang kat Aqilah.Saya tau kat taska ramai orang.Apa salahnya untuk budak baru,diberi perhatian lebih sikit supaya mereka akan rasa seronok tinggal disitu.bila dia dah serasi,takpa la.lagi satu yang menghairankan saya,susu 1kg tahan sampai sbln lebih.Tak minum susu ke Aqilah ni?Selalunya 1kg 2minggu je.Bila tanya,dia tak minum susu sangat.Makan pun sikit2 je.hmmm...takpala.Maybe betul kot.

Bulan 3 kawan saya cerita lagi tentang Aqilah di taska.Aik?Dia tau lagi?Terus saya kata,Awat kat kami tak bagitau pun.Dia kata maybe saya orang baru.Depa tak berani nak cerita.ishhh..tak faham betul.bukannya saya nak makan depa pun kalau cerita.Saya cuma nak tau jer.3bulan di situ,3bulan jugak la Aqilah menangis tiap2 pagi.Botol susu yang saya bagi pun seperti tak dicuci dengan bersih.Kejadian demi kejadian membuatkan saya banyak kali berdiskusi dengan suami tentang taska Aqilah.Bincang punya bincang,hujung bulan 9 kami nak hantar ke tadika berhampiran dengan rumah.Faktor utama nak tukar sebab dah tak larat nak berulang jauh.ambil masa 1/2 jam pergi dan balik.Tu belum ambil Aqif lagi.Dan faktor2 yang lain adalah sebab2 di atas.Kami dah tinjau2 tadika baru tu.Harga agak mahal tapi mereka bagi tempoh percubaan seminggu FOC.Penjagaan yang rapi,makanan yang berkhasiat,sistem pembelajaran yg efisen membuatkan kami jatuh cinta dengan tadika ni.Parent dilayan dengan begitu baik.Tak perlu ditanya,semuanya dilaporkan dengan lengkap.Berapa kali minum susu,berapa kali tido,makan apa,semuanya la.Hingga saya kelu untuk bertanya.Akhirnya Aqilah kekal di situ sampai sekarang.Hanya mengambil masa 2minngu untuk serasi.Dia dah tak menangis macam dulu.Boleh berjalan sendiri masuk kat tadika.Malah sentiasa senyum bila ambil dia.Senang hati saya.Badan makin berisi.Teacher dia kata Aqilah kuat makan nasi.Susu sampai 6kali minum.SEE? Beza tak?

Alhamdulillah saya dah jumpa tadika yang serasi dengan Aqilah.Ibu minta maaf sebab hantar kakak ke tempat yang salah.Kalau ibu tau nak jadi macamtu,awal2 lagi ibu tak hantar kakak ke situ.

So pada kawan-kawan yang nak hantar anak2 ke taska,better periksa dengan teliti dulu keadaan taska tu.Dari hari pertama maybe kawan2 dah boleh lihat.jangan fikir yuran murah je.Biar mahal asalkan anak kita dijaga dengan rapi.Kalau boleh carilah taska yang kurang budak.Taska adalah satu bisnes.Memang bukan senang nak jaga anak orang.Tapi kalau nak bisnes maju dan berjaya,mereka perlu la tackle parent dulu dan kemudiannya anak mereka.So buatlah pilihan yang terbaik.

Monday, October 4, 2010

Kuat betul ingatan Aqilah

Saya tak sangka budak sekecil Aqilah kuat betul ingatan dia.Mungkin budak2 bersih dari dosa.So memang bersih segala2nya.

Sebelum Aqilah masuk 2tahun lagi,dia dah ingat jalan mana ke rumah maktok(BS) dan jalan ke taska.Pagi2 bila hantar anak2,Aqilah dah tunjuk ke kiri nak ke rumah maktok.Tak mau ke kanan sebab ke kanan akan ke sekolah dia.Bila lalu highway,dia tau yang jalan tu balik ke rumah tok(rumah mak di seberang jaya). Lepas ni kalau tersesat jalan boleh tanya kakak la kan :)

Bila lalu jalan yang hampir ke The Store atau Aneka,dia dah tau situ ada permainan.Belum nampak bangunan lagi dia dah seronok.

Dengan dia sekarang,kalau berjanji kena tepati.Yerlah,kita selalu tak suka orang yang tak tepati janji tapi dah kalau kita berjanji,kena la tepatikan.

Pernah sekali dia nak main bola macam kat jusco.Kat perlis mana ada tempat permainan macam tu.So saya kata nanti kita balik rumah tok,ibu bawa kakak pi main kat situ.Sekarang kakak tido dulu.Ok.Dia setuju.Baru la dia nak tido.Bangun je esok pagi,terus bawa keluar beg balik kampung.Nak balik rumah tok.Waaaa...haru ni.baru je balik.Kalau dekat xpela.Saya dan suami cuba alihkan perhatian dia.Alhamdulillah,dia memahami.

Aqilah akan ingat di mana sesuatu benda tu di simpan walaupun benda tu ada kat rumah tok dia di Seberang Jaya.Minggu lepas balik rumah mak,Aqilah dah tunjuk tempat tok dia simpan bunga api, lilin dan pemetik api.Walaupun dah 2minggu tak balik.Sekarang kalau nak berjalan ke mana-mana,dia dah tau apa yang perlu dibawa dalam beg dia.Aqilah yang akan isi pampers n kain lampin dalam beg.Dah pandai anak dara ibu ni.Dah boleh bantu ibu.

Sekarang Aqilah dah boleh baca Iqra 1.Walaupun tak banyak,tapi dah tau bila ada tulisan jawi,terus dia baca a'a,a'a a'a baa,baa a'a a'a.Kadang bila ada masa terluang,saya pakaikan dia tudung dan terus ajar dia Iqra'.

Apa yang saya dan suami bualkan depan Aqilah sekarang,perlu berhati-hati.Contohnya bila bersembang tentang rambutan,dia akan terus minta rambutan.Cerita tentang kolam,terus nak kolam.Pendek kata,dah memahami kesemuanya bila kami bersembang.huhuhuhu....takda privasi lagi.

Kadang-kadang apa yang dia lakukan diluar jangkaan saya dan suami.So bila masa dia buat perangai,saya bersabar n sejukkan hati mengatakan menjaga anak yang cerdik,memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab mereka ada seribu satu akal yang mereka akan gunakan.Sebagai ibubapa kami cuba membentuk anak2 supaya menjadi anak yang solehah.Berjaya dunia dan akhirat.

First time @ Pizza Hut bersama anak-anak

Last week hari khamis alhamdulillah,rezeki untuk bulan 9 dah diterima.Syukur, segala penat lelah telah diterima habuan nya.hik3.So,en suami pun mengajak la kami dinner kat Pizza Hut.Dalam hati boleh ke anak2 saya duk diam masa nak makan.Tambah2 lagi petang tu Aqilah mengantuk sangat.(tak tido kat school ler tu)payah betul dia nak tido siang.Tapi cuba jugak la.(Kami jarang makan kat luar.Selalunyer tapaw je)Alhamdulillah,masih under control walaupun mula2 Aqilah wat perangai gak.Macam2 akai dia.Nak letak ais dalam mangkuk sup la.tekan macam2 butang.Tambah pening lagi,order lambat sampai.Aduhai......nasib baik Aqif ok.Memang 5star untuk adik.


Aqif like soup.....

Aksi budak omei makan pizza


Abis setgh mangkuk kat Aqilah je

mengira ais kot


pizza masih panas2 lagi

kalau makan direstoran memerlukan sorang satu memberi perhatian pada anak.



Sayang Aqilah dan Aqif

A Gift

Hadiah ni untuk anak2 ibu dan abah sempena hari lahir kakak dan adik(walaupun besday Aqif lambat lagi 26/10)

Semoga Aqilah dan Aqif menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.Berjaya dunia dan akhirat.Menjadi anak yang soleh dan solehah,sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain dan saling hormat menghormati.

*Pada mulanya nak beli sorang satu kereta kecil tapi bila difikir2 lebih baik beli basikal yang boleh naik dua orang.Adik akan sentiasa bersama kakak dan kakak akan sentiasa menjaga adik.InsyaAllah.