Tuesday, November 9, 2010

Cepat la Sembuh sayang

Dah 4 hari badan Aqif suam2.Merap je.Hidung berair,batuk.Dah berapa kali Aqif muntah.Kesian tengok dia.Setiap kali muntah,akan keluar segala kahak dalam badan dia.bagus jugak.Bagus untuk dia supaya semua kahak akan keluar dan adik dah tak batuk lagi.

Dah 3 klinik ibu pergi.Biasanya kalau jadi macam ni ibu akan bawa adik ke klinik ECPI di Perlis tapi disebabkan banjir,ibu terpaksa cari alternatif lain.Mula balik kg badan adik suam2 je cuma kakak je demam tapi ambil jugak ubat utk adik.Tapi lepas tu adik jadi batuk lak.Terjadi nyer kahak.Demam tak xda.Hari sabtu badan adik panas balik.Pergi pulak ke klinik lain ambil ubat adik.Macam biasa,kalau ubat air memang laju je air mata adik.Sedih ibu tengok.Akhirnya hari Isnin dapat jugak ke klinik ECPI tapi bukan di Perlis.Tapi servis nyer tak seperti di Perlis.Xpa la asalkan ada ubat untuk adik.

Sampai harini badan adik panas lagi.suhu 37-38 tapi arini mencecah 39.adoi...risau ibu.tok lap badan adik dengan air asam jawa.Alhamdulillah,turun sikit panas tu tapi still suam lagi.Rasanya badan adiki suam sebab selsema air yg adik alami.Kalau ibu boleh gantikan tempat adik,ibu nak sangat.Ibu nak rasa apa yang adik rasa.Mata adik kuyu je.Dah tak ceria seperti hari2 biasa.dah kurang dengar adik ketawa.huhuhuhuh...pilu hati ibu.Dah la waktu siang ibu tak dapat jaga adik.Nasib baik tok ada.Ibu terpaksa bertungkus lumus mencuci opis selepasa dilanda banjir yang teruk.Lepas waktu kerja n malam je ibu dapat bersama adik.Ibu minta maaf adik.Tiap2 malam ibu nak peluk adik.

Ibu sentiasa doakan semoga adik cepat sembuh.Dapat bermain dengan kakak semula.Sayang adik.Muuuaaahhh....

1 comment:

>>EiN@>> said...

mmg sedey bila ank xsihat..aku dh kena ms bby dlm 18ari..san sgt dia..mkn muntah balik tp okla kuar kahak skali..puas p pakar sedut kahak tiap ptg lama gk baru ok...