Wednesday, October 27, 2010

Tahun1989

Apa yang nak dikongsikan disini pengalaman saya pada tahun 1989.umur masa tu 7 tahun.Kuatkan ingatan. Masih ingat apa yang terjadi pada masa umur ketika itu.eeeegeee...

Sebelum masuk tahun 1 lagi arwah abah dah syak sesuatu terjadi pada saya bila tengok badan saya kurus dan bila bernafas dada naik turun dengan cepat.Bila abah tanya pada nurse,nurse minta abah bawa saya ke hospital cepat tapi masa tu abah takut.Maybe takut apa2 terjadi pada saya.Syukur alhamdulillah,Allah memberi petujuk.Klinik kesihatan datang ke sekolah untuk memeriksa pelajar dan saya di tahan dari masuk ke kelas semula.Agak hairan kenapa saya tak boleh balik ke kelas.Akhirnya saya diberi surat untuk diserahkan kepada abah.Jujur tau masa tu.Tak buka surat hingga sampai ke rumah.hihihih...

Saya diminta rujuk ke Hospital Bukit Mertajam.Dan kemudiannya rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Hanya abah dan saya kot yang pergi.Mak kena jaga abg sebab abg sekolah.Di situ doktor memberi keterangan berdasar rekod kesihatan saya.Saya di sahkan sakit jantung.Tapi bukan jantung berlubang tetapi saluran darah ke jantung terlampau luas(tak tau bahasa saintific nyer apa).Sebab tu la darah banyak dipam masuk ke jantung menyebabkan jantung saya berdegup dengan cepatnya.Jika dibiarkan begitu lama dan tidak dibedah jantung saya akan berlubang.Nasib dapat dikesan dengan awalkan.So,kami diberi tarikh untuk kembali semula ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan saya akan ditahan di wad.

Saya kembali ke sekolah dan saya critakan pada kawan-kawan yang saya akan di operate.tau apa reaksi depa?Antaranya:"eh as,nanti masa doktor tu nak operate hg,depa pasang tv bagi hg ralit tengok sampai tertido" Geli hati bila teringat balik.Zaman kanak-kanak,main suka suki jer nak cakap apa.Pihak sekolah kutipkan derma untuk saya.Sampai skrg bila jumpa kawan,parent depa mesti kata,"ooooo....yang sakit jantung dulu kan.sekarang dah baik ka?"hehehhee.....saya senyum :)

Saya ditahan di Hospital Besar Kuala Lumpur selama sebulan.Kiranya proses membersihkan saya sbelum dibedah.Cabut gigi,matikan kutu dikepala.ooopppssss.....biasa la kecik2 dulu.heheheh....macam peristiwa aneh di hospital tu.nak masuk bilik air pun takut.Bayangkanlah umur sekecil ku dicritakan crita2 seram.huhuuhu....maunyer tak takut.pernah satu malam ade sorang makcik kurang siuman meninggal dunia.Mak saya pergi ke katilnya dan membaca yassin.tinggal la saya di atas katil terkontang kanting.ishh...ade kena mengena ka?bukan apa nak bgtau yg saya dulu berani.hahhahaha.....

Setelah saya disahkan betul2 sihat tanpa ada sebarang jangkitan kuman di badan,saya dipindahkan ke Hospital Klang untuk pembedahan.Naik ambulans dengan mak.hehehhe...yg tu nak habaq ka?Seminggu di situ,kami di beri tarikh untuk saya dibedah.Saya tak ingat bila tapi yang saya ingat saya dah berada di atas troli.Bersedia ditolak ke bilik pembedahan.Tak nangis ok.Bangga gila.huuhuh..padahal tak tau apa berlalu lepas tu.mak suruh saya baca 3Qul,alfatihah,ayat kursi.Saya ikut je.Mak tak nangis.Yang menangis,arwah makcik jiran sebelah rumah n abg saya.Saya tetap tabah.ehheheh.....Lepas diberi injection di *p....saya ala ala lali.Sampai dibilik menunggu di beri sekali lagi injection di pergelangan tangan.Terus saya tertido tak sedarkan diri.

Bila saya sedar,dah ramai orang di sekeliling saya,Mak,abah,abg.,pakcik,makcik,tok sebelah mak dan abah,semua ada.huhuhuhu...terharu.rasa macam dalam drama lak.heheheh...saya tak tau berapa lama saya di dalam bilik pembedahan.Kata abah hampir SETENGAH HARI!!!fuh!lamanya.kesian doktor2 tu.Besar betul jasa mereka.Dan mereka dikalangan doktor2 pakar.masa tu mana ada lagi IJN.

Lepas sedar suasana menjadi touching.Saya tak boleh mengeluarkan suara.menjadi orang bisu sementara waktu.Saya dahaga lalu tunjukkan isyarat pada mak yg saya nak air.Bergegas mak lari tanya doktor.Boleh ka saya minum.Doktor kata tak boleh.Saya tunjuk plak isyrat nak makan.,Lagi sekali mak berlari tanya doktor.Tak boleh jugak.Saya perlu berpuasa supaya saya tak muntah sebab banyak ubat masuk dalam badan saya.Malam baru boleh makan dan minum.Ya,pada masa tu baru saya tengok mak MENANGIS.......Menangis kegembiraan sebab melihat saya selamat dibedah.Alhamdulillah.Abis ubat bius,saya rasa pedih di belakang.Bagaikan pisau menghiris.sakit.huhuhuh...tak nangis tau.Nak tau saya menangis waktu bila?nanti la....hehehhee...

Hampir sebulan di Hospital Klang membuatkan saya bercita-cita nak jadi doktor.hehehhe...tapi tak kesampaian(tu la awat tak belajar rajin2).Saya selalu tolong nurse.kami diberi excersice supaya boleh berjalan dengan betul sebab tempat yang dibedah menjadi senget.faham ke?macam ni.Tempat bedah tu di belakang sebelah kiri.Jadi,bahu tertarik sedikit sebelah kiri.Latihan ni dibuat supaya kami boleh stabilkan diri.(pasti kawan2 yang kenal saya heran kenapa saya jalan sengit sebelah.Cacat ke saya?nanti saya crita)huhuuh...banyak tul penyakit ku.Ku redha.

Oh ya.Syukur jugak masa tu abah tak perlu membayar kos pembedahan sebab saya sudah bersekolah.Ada seorang pesakit budak cina macam saya jugak cuma yang beza saluran darah dia terlampau sempit.Dia perlu membayar kos pembedahan kerana dia belum bersekolah.Alhamdulillah....Kesian kat abah berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur.Walaupun tiket keretapi free sebab abah staf KTM,tapi penat lelah abah tak dapat saya bayar.Pengorbanan mak lagi tak terhitung banyaknya.Menjaga saya siang dan malam sehingga saya sembuh.huhuuhuh...touching ni.

Balik dari Kuala Lumpur,saya diberi sekian tarikh untuk dibuka jahitan pembedahan.Bukan nya panjang pun.sikit je sebab yang lain diklip.Ha...masa tu baru saya nangis.Tak kena lagi dah bayangkan sakit.huhuhuhu....siap kena marah dengan mak sebab menangis.padahal bukannya sakit pun.

Setelah beberapa kali buat check up di Hospital Kuala Lumpur,saya disahkan sudah sihat.Dah tak perlu buat check up lagi.Dah tak perlu ulang alik ke Kuala Lumpur lagi.Cuma doktor pesan kat abah,jaga permakanan saya dan bila saya mengandung nanti,kena inform kepada hospital.Sebab tu la 2 kali mengandung,saya diminta wat ultrasound untuk memastikan saya betul2 bebas dari sakit jantung.Dulu lepas balik dari Kuala Lumpur,abah selalu suruh saya buka baju tunjukkan jahitan tu dimana pada yg datang menziarah.huuhuhu...malu tau.

Sekian dulu pengalaman saya untuk dikongsi bersama kawan2.hhhehehehe....




No comments: