Wednesday, March 24, 2010

Tagged dari Eija

Mesti korang pelik tagged dari Eija?saya ke?taklah,sebenarnya tagged dari kwn lama halijah.kebetulan nick name sama.nak kena jawap ni soalan2 dari eija ni :)

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Seorang isteri dan teman baik buat suamiku Zurazman bin Noh.Ibu,teman rapat dan rakan bermain buat anak-anakku Nur Aqilah dan Muhammad Aqif. Serta seorang wanita yang perlu bijak menguruskan rumahtangganya :)


SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Seorang yang boleh berkongsi cerita,bergelak ketawa dan menangis dengan rakan-rakan.

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI
i) kalau boleh dah xmau bagi mak berniaga lagi.Kesian kat mak.dari kami kecik sampai dah berkeluarga,mak masih berniaga.kalau boleh nak mak abah tinggal dengan kami(parent selalunya ssh nak dok lama rmh anak2 sbb dok teringat rumah depa)
ii) mendapat pekerjaan yang lebih elok dan gaji yang setaraf dengan kelulusan.Bukan tak bersyukur dengan pekerjaan sekarang cuma nak memperelok kehidupan skrg.supaya anak-anak hidup dengan lebih selesa tp bukan berlebih-lebihan.
iii) menunaikan haji atau umrah.kalau boleh pergi bersama mak abah
iv) nak kereta MPV (huh...terlebih sudah)
v) nak menjalankan perniagaan.berangan nak berniaga nasi ayam resepi mak saya.sedap tau


SIAPA NAMA PASANGAN ANDA
Zurazman bin Noh a.k.a. man misai .hehehe....
CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN
i) seorang yang tenang (memang suami saya seorang yang tenang dari segala aspek.tak menggelabah kalau ada masalah.tak macam saya.hehehe)
ii) seorang yang sangat rajin membantu saya buat kerja rumah.memang ringan tulang en suami ni
iii) pandai jaga anak-anak.en suami pandai uruskan anak-anak dari segala segi.so mudah la kerja saya kalau nak memasak.anak-anak tak kacau.
iv) pendengar yang setia.sentiasa mendengar cerita,keluhan dan segala mcm la.tanpa jemu walaupun saya ni kuat berleter.hik3
v) suka makan apa saja yang saya masak dan tukang perabis makanan.(selalu mengeluh yang perutnya makin buncit.hik3)
vi) suka buat kami anak-beranak ketawa.walaupun masa tu saya tengah marah sangat
vii) rajin memujuk si isteri yang suka merajuk.hahahha..saya ler tu
*takpe ye eija kasi lebih dari lima :)

BILA TARIKH COUPLE
Tak berapa ingat.heheh..rasa2nya bulan puasa 2003.bulan Disember kot (berkat bulan Ramadan :) )

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Rasanya dah tak mau ingat kenangan pahit dulu.simpan dalam buku kemas2.kalau cerita, takut2 jadi kot lain

LAGU TEMA CINTA ANDA
Tak atau la tajuk lagu ni.tapi lirik dia macam ni :)
'biar cinta terhalang gunung dan lautan.aku tetap memegang janjiku padamu.kita bagai kumbang dan bunga.hatiku pasti, hatimu jua' huhuuhuu...tak ingat dah( ada sapa2 igt lagu ni x)

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Menjadi orang yang lebih berjaya dan lebih matang(en suami suka gelak kuat2.ish..xfaham betul)hehhee

4 comments:

~IZZAH~ said...

lagu tu 'JANGAN PISAHKAN'
hehhhee... smga impian menjadi kenyataan...

deqja said...

hehehe..tq izah
InsyaAllah...AMIN

ieja said...

tak tau plak ang ni suka berleter jugak no.....hehehehe.....

>>EiN@>> said...

klo xsilap..."biar cinta terhalang gunung dan samudera"...hehe yela kot...insyaallah sume impian tu bleh dikecapi cuma lmbt or cptje...
baik berniaga lg byk untunnnn dr mkn gaji mcm kami...teruskanje k.ija...mkn gaji cuma mampu dptla apa yg nak n selesala tp da limit jugak...klo berniaga mybe kita bleh dpt lebih tau...i like it...caiyok k.ija.....