Saya ni ssh nak berkongsi kisah sedih atau masalah saya kat sesiapa. Kalau kawan yg rapat dan biasa dgn saya, baru saya berkongsi.Itupn kalau dah tak tertanggung dek kesedihan.Lagipun saya tak pandai nak mengatur ayat2 yg best2.Ceh wah! Tapi dah ada blog sendiri,hentam sajalah. Asalkan ringan sikit beban yang tertanggung.
Kisah sedih saya ni berkenaan breastfeeding(BF). Dulu semasa mengandungkan anak kedua Aqif memang saya bercita2 besar untuk memberi sepenuhnya breastfeeding utk Aqif. Masa Aqilah dulu pn nak full BF tp tak banyak pengetahuan saya utk memperbanyakan susu.Pengetahuan hanya tertumpu pada kelebihan susu ibu. Ibu mana xmahu beri sepenuhnya BF sedangkan kita tahu banyak kelebihan pada susu ibu berbanding susu formula. Saya habiskan sebahagian duit bonus utk beli peralatan pam susu,botol susu dan beg susu. Hasrat saya moga2 saya lebih bersemangat utk memerah susu di atas pelaburan duit saya tu. Maklumlah sekarang ekonomi meleset. Saya juga bercita2 jika susu saya banyak, saya nak bagi kat Aqilah (umur 1tahun 4bulan)
Bermula hari sedih saya ketika umur Aqif mencecah 3minggu.susu badan saya kosong.Aqif sentiasa hisap dan bila dia tak kenyang sepenuhnya,dia akan menangis.menangis dan terus menangis.tak tahu apa nak buat.dan bermula detik itulah saya terpaksa beri dia susu formula ( umur dia sehari pn hospital dh bg dia susu formula sbb dia dok wad NICU) Saya tahu, tak elok utk usus baby yg belum cukup sebulan utk beri susu foirmula. Tapi saya terpaksa sbb baby saya tak kenyang. Hati ibu mana yang xsedih (rasa sebak masa taip n3 ni). Saya hanya beri susu formula bila perlu.saya teruskan jugak usaha saya.setiap 2jam saya perah susu.hasilnya hanya 2oz.sedangkan Aqif minum 4oz masa umur dia sebulan!setiap 2-3jam dia akan bgn dr tido utk minum susu.saya beri dia 2botol susu perahan (setiap botol ada 2oz) sehingga abis stok susu utk Aqif. Saya kecewa sgt.Abis pantang masa membataskan saya utk perah susu.Tak sempat nak buat stok utk Aqif.Kerja rumah dan Aqilah perlu di uruskan jugak.(masa ni terfikir2 utk beli pam elektrik.xmakan masa utk pam.Tp kena fikirkan kewangan jgk)Saya gunakan manual medela.jadi ia mengambil masa yg lama utk byk tp saya selesa perah dgn tangan sbb rasa lebih banyak yang keluar.Bermacam petua yang saya buat utk banyakkan susu.Minum air masak byk,holicks,milo,air longan kering,makan sayur sawi,kailan,lobak putih dan yang terakhir milkmead tea. Tapi ia tetap mcm tu jugak.kalau lama tak pam 4-5 jam,baru dapat 3-4 oz.
Saya kagum dengan semangat kawan saya.Tungging terbalik dia berusaha utk perah susu.Tahniah Izah!.Dan saya rasa sedih kalau ibu2 yg susu badan banyak semulajadi dan xperlu amalkan apa2 utk banyakkan susu tapi xsepenuhnya BF.RUGIKAN.
Yang terbaru saya petua dari mak saya.Mak berusaha tanya ustazah utk banyakan susu.Amalkan buah kurma.Saya akan cuba.Semangat tahun baru!Semoga dengan buah kurma, susu badan saya akan bertambah dan mencukupi utk hero saya.(buat masa sekarang saya campur BF dan susu formula)
Saya sedih bila org kata saya tak sungguh2 beri BF. Hanya suami saya yang memahami. Terima kasih abang kerana sentiasa bagi semangat utk sayang dan membantu sayang uruskan rumahtangga kita. Semoga kita sama2 dapat membesarkan anak2 menjadi yang terbaik. InsyaAllah.