Tuesday, January 11, 2011

Mampukah aku?

Mula2 nak panjatkan kesyukuran atas rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga.Alhamdulillah,suamiku berjaya menjadi salah seorang kakitangan kerajaan.Keputusan ni dah diberitahu sejak bulan Nov 2010 lagi tapi baru semalam surat pengesahan sampai.Sebelum surat sampai,tiap hari tunggu posmen sampai.Tak sabar nak tau en suami dapat posting kat negeri mana.

Tapi bila dah dapat surat,hati saya jadi sebak.Tambah2 lak bila kawan bagitau lepas lapor diri di Putrajaya,en suami akan 2minggu/sebulan di sana.Kemudian 6bulan dihantar ke Akademik Kuala Lumpur untuk berkursus. Lepas tu baru dapat tau posting ke mana.Waaaa.....saya menjadi terlalu sebak masa tu tapi saya cuba control agar en suami tak perasan.Saya tak mau en suami tengok saya lemah.Bila saya menghubungi teman rapat,air mata mula gugur.waaaa....memang dah xtahan.Masa wat entry ni pun air mata bertakung.

Orang luar boleh kata.alaaa...kejap je tu.pejam cilik pejam cilik dah 7bulan.Cakap memang senang tapi yang menanggung lebih merasainya.....SAYA.Bersama anak2 yg masih kecil.Yang kakak lebih rapat dengan abahnya.Saya mungkin akan lebih sebak bila menjelaskan keadaan sebenar pada kakak.TAK....TAK...saya tak boleh menangis depan anak2.

3tahun sentiasa disisi 24jam.Kali ni berjauhan agak lama.Dulu pernah berjauhan masa mula2 kawin.Masa tu belum ada anak lagi.Saya masih di universiti.seminggu sekali kami jumpa.Tapi itu dulu.hanya membawa diri sendiri.

InsyaAllah saya cuba menjadi kuat.Boleh atau tak,saya tetap kena boleh jugak.Bukan senang nak senang.Perlu hidup susah dulu.berkorban demi yang tersyg.Saya mohon agar Allah mudahkan segala urusan saya.Menguruskan anak2,rumahtangga,masalah di pejabat.Moga saya kuat menghadapi semua ni.

Saya juga perlu kata2 semangat dari kwn2 agar hati saya terisi dengan kegembiraan bulan kesedihan

No comments: