Sekarang ni di Perlis musim memancing ikan darat.Petang2 mesti ramai yg turun memancing.Tak kira la umur.Dari yang muda sampai la yang tua.Memang best.Dulu teringin sangat nak join makcik2 ni memancing tapi takda masa.Kalau lepas waktu pejabat memancing,tak cukup masa lak.Takkan nak memancing sejam je.
Last week bawa mak datang Perlis.Saya suarakan hasrat nak pergi memancing.Terus mak tersenyum gembira.Time lunch saya dengan suami pergi kedai jual alat memancing.Petang Isnin lepas ambil anak2 dari pengasuh,terus kami memancing.Hari pertama cumaa dapat 3ekor ikan puyu.Mak yang memancing.Anak2 sibuk nak keluar dari kereta.huuhuhuh...jenuh mengawal dua beradik ni.
Mak kata nak memancing lagi esok.kata mak ikan puyu lagi banyak time tengah hari sebab ikan2 ni lapar.Fuhhh...semangat betul mak nak memancing.Kalau nak tau,ni la hobi mak masa muda2 dulu.Seronok sangat tengok mak happy.Tak la mak bosan sangat asyik kena jaga cucu je.Seminggu mak di Perlis,seminggu tu la mak memancing.Pagi dan ptg.Tapi kalau ptg hujan,pagi je la.Hari kedua dapat 15 ekor.Siap boleh wat gulai ikan puyu.Memang sedaap.Tambah2 lak air tangan mak.Balik memancing terus mak masak.Memang tak kenal erti penat.Kagum dengan mak! Mak kata dah 20 tahun mak tak makan gulai ikan puyu.So bayangkan lah wajah mak ketika menikmati gulai ikan puyu.Memang puas.
hari seterusnya makin banyak sampai boleh buat ikan pekasam.Saya yang kebetulan mc sebab sakit mata pun join mak sekali memancing.Confirm la mak dapat lagi banyak dari saya.Saya ni perabih umpan blh la.hehehehe.....mak kata saya tak pandai memancing.huhuhuhu...sampai hati mak.tapi memang betul pun.hahhahahaa....
Bulan depan boleh ajak mak mai lagi.Kita memancing lagi.
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
1 day ago
No comments:
Post a Comment