Sunday, November 14, 2010

Future architect

muka letih arkitek

Saya dan suami tak paksa anak2 menjadi apa yang kami mahukan.kalau boleh saya nak Aqilah jadi doktor dan aqif jadi peguam supaya nanti bila sakit ada anak sendiri boleh tolong rawatkan.tak la kena rawat dengan nurse yang garang2 tu.hehhehe...
Tapi saya tak mahu memaksa.Biarlah anak2 ayng tentukan.Kami as a parent akan memberikan pendidikan yang terbaik buat anak2 dan sentiasa berdoa agar menjadi anak yang baik dunia dan akhirat.boleh mendoakan dan sedekahkan bacaan Al-Quran bila ibu dan abah tiada nanti.tiba2 mood sedu sedan lak.heheheh


Kadang-kadang kita tak dapat membaca fikiran anak2.Apa yang mereka imaginasikan.kata Aqilah apa yang dia buat ni adalah 'train' sambil buat bunyi train seperti barney kesayangan dia tu.'cha cha cha cha put put'.Cuba kawan2 sebut,ada bunyi macam train tak.hehehe...macam2 Aqilah ni.kadang2 macam2 soalan yang dia tanya.Setakat ni boleh jawab lagi la.hehhehe....

Ni adalah first hasil seni Aqilah di Tadika.Patut la asyik dok tulis n sebut no nine je.Sekarang bila tanya 'how old are you?' dia jawab two sambil menunjukkan jari dua yang tak berapa menjadi.hik3

Apa yang saya perasan tentang anak dara saya yang sorang ni,bila dengar apa2 lagu je tak kirala dalam kereta ke,kat supermarket ke,dalam tv ke dia akan ikut.huh...takut gak kalau dia tersalah dengar lagu yang bukan2.dan sekarang saya tengok Aqilah dah makin sayangkan adik n adik dah pandai main sama2 dengan kakak walaupun kadang2 tu bergaduh gak.Jangan tak tau,Aqif dah pandai lawan kakak balik.bukan guna tangan tapi guna kepala n gigi dia.adoi....kalau tak dikawal teruk tu.


Petang esok dah nak balik ke kg.Kuih semprit dah abis.nampaknya malam ni kena wat lagi sebab dah janji dengan mak nak bawa balik kuih semprit.huuhuhuh....tak sabar nak tunjukkan kat anak2 macammana hari raya korban dan tengok lembu2 kena korban(-_-)

No comments: