Thursday, November 11, 2010

Panduan menjadi wanita teladan dan isteri solehah

1 - Sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya daripada kemahuan dan kehendaknya sendiri.
ME : Setakat ni kemahuan dan keinginan kedua2nya seiring tapi lepas ni kena berubah!

2 - Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya,bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
ME : Selepas ni kena lebih bersopan santun.Ingat tu!

3 -  Sentiasa berhias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
ME : Memang selalu berhias depan suami sebab sentiasa di depan suami.Keja satu pejabat!heheheh

4 - Sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.
ME : No Komen (*_-)

5 - Sentiasa menjaga kebersihan kesihatan dan kesempurnaan diri,rumahtangga dan anak-anak suaminya.
ME : Alhamdulillah setakat ni.InsyaAllah akan diimprovekan.

6 - Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintai dan menyayangi keluarganya sendiri.
ME : Setakat ni alhamdulillah

7 - Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
ME : Alhamdulillah masih terjaga cuma kadang2 terlupa.Lepas ni berubah ok!

8 - Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.
ME : InsyaAllah

9 - Sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
ME : Selama ni memang setia cuma kadang2 je merajuk dan bebai sedikit bila kurang setuju dengan sesuatu perkara.huhuhuhu....

10 - Sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenunya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagian.
ME : Ok lagi setakat ni.Memang suami suka duduk rumah tapi kalau suami mengada2,kena layan jugak ka?hehhehe

11 - Sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya,demikian juga dengan maruahnya sendiri.
ME : Peringatan untuk semua isteri

12 - Sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
ME : Suami suka tanya pendapat saya dulu sebelum buat keputusan walaupun perkara kecik

13 - Sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'
ME : MESTI!

14 - Sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.
ME : MESTI!

15 - Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
ME : Selalunya suami la yang tenangkan saya bila dugaan menimpa.:)

16 - Sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
ME : Sekarang anak-anak yang sambut abah depa bila pulang.Tak leh jadi ni.

17 - Yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
ME : NEVER OK!

18 - Sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri,ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
ME : InsyaAllah

19 - Sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap
ME : Bila suami sedang bercakap memang diam tapi bila dia diam kita lak bercakap.heheheh...Lebih kepada berbincang

20 - Tidak meminta sesuatu yang lebih daripada suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.
ME : Jarang minta sesuatu walaupun masa tu tengah mengandung sebab tak mau susahkan suami jika perkara tu susah nak dapat.

PANDUAN UNTUAN SEMUA PARA ISTERI.......TERMASUK DIRI SAYA

No comments: