Pengalaman manis dan pahit pada tarikh tu.Tak pernah diduga kejadian 5tahun lalu kembali tapi 2005 saya n family belum menetap di Perlis. Cuma masa tu saya masih bergelar student di UITM Arau.Alhamdulillah masa tu saya takda di Arau dan rumah sewa tak dinaiki air.Tapi kesian kawan2 yang rumah sewa mereka masuk air.Jenuh menjemur buku2.
Kali ni saya dapat merasai keadaan banjir yang sebenar.Memang teruk dari 5 tahun lalu.Biar saya ceritakan dari awal2 banjir bermula
1/11/2010: Saya baru balik dari kg.Sampai di kangar pukul 5 ptg.Itu pun kami balik ikut jalan Alor Setar-Kangar sebab mak kata dalam berita bagitau kat changlun banjir.mesti tak boleh lalu highway changlun-jitra.Alhamdulillah,tekaan kami betul.masa tu masih hujan.Air dilongkang dah penuh tapi saya tak sangka boleh banjir seteruk ni.
10.00 mlm jiran call suruh alih kereta letak tempat yang lebih tinggi.Berdebar2 jugak masa tu.Kalau saya tau banjir nak seteruk ni,malam tu jugak saya lari balik kg.Lepas suami letak kereta di tempat yang selamat,air di kangar dah mula naik sikit demi sedikit.Sampai suami saya tak perasan ada longkang.Kedebuk!nasib baik longkang kecil.Saya dengan anak2 di rumah cemas gak menunggu suami saya pulang.Alhamdulillah,nasib baik longkang kecik.Malam tu suami saya tido dibawah.Bersiap sedia jika air masuk,barang2 perlu diselamatkan.Cuma peti ais tak dapat nak selamatkan.mana larat suami nak angkat sorang.Saya?mengawal anak2 di atas.
2/11/2010 : air di dalam rumah dah masuk.Memang saya tak sangka.Tapi masa tu tak la takut sangat sebab air baru paras buku lali.Lagipun hujan dah nak mula berhenti.Tiba2 elektrik diputuskan.Kata jiran takut shot.maybe malam nanti ada balik.So,xpa la kan.Biar xda intenet,jangan takda air n elektrik!
Petang air dah makin naik.Saya makin cuak.Mula Call hotel tapi tak berjawab.Akhirnya kami anak beranak tido dalam cahaya lilin dan bertemankan nyamuk.Kalau saya dan suami je,saya tak kisah tapi kesian anak2 saya.Mereka masih kecil!.Rasa nak menangis je masa tu.Tido macam xtido.Abis badan Aqilah dan Aqif kena gigit nyamuk.Keesokannya saya dah xtahan lagi.Kami perlu keluar cari bantuan.Keluar dari sini.Air di atas takda sebab bila elektrik xda,automatik pam air takboleh pakai.Air tak dapat dipam ke atas.Abis bekalan air maniral yang saya beli 12botol kecik untuk buat minum n basuh poo n pee anak2.Nak turun bawah ambil air,rasa macam air tu tak bersih je.Kat bawah rumah dah naik paras lutut!.Kat luar paras paha!
3/11/2010 : jenuh menalifon bantuan.Dari pukul 7.30,sampai bateri hp abis.Pukul 12 tengahhari baru bantuan sampai.Rasa nak menangis je.tapi masa tu suami takda cuma saya dan anak2.Suami p cari bantuan berjalan sampai 2km!Saya seorang diri bersama 2 anak kecil berpelukan dalam sampan.huuhuhuh.....tragis.pakat dok tanya mana suami.Saya tak tau suami saya pergi mana masa tu.Akhirnya saya n anak2 di bawa ke ipk Kangar.dari sana saya menunggu suami saya datang.Akhirnya abg2 polis tu jumpa suami saya dan kami di bawa dengan trak polis ke seriab sebab di sana belum air naik lagi.Sebelum tu dah call kawan sepejabat yg tinggal di Alor Star untuk ambil kami.Alhamdulillah kami selamat smpi.Syukur kepada Allah akhirnya saya sampai jugak dikg walaupun masa tu dah hampir senja.Anak-anak terus dibawa ke klinik untuk ambil ubat.Badan terasa lemah sekali.
Saya kongsi sedikit gambar2 semasa banjir
dihalaman rumah
diluar rumah.Lepas gambar ni diambil,air lagi naik
My lovely Office
Keadaan jalan diluar
Gambar didalam rumah tak sempat nak ambil.Rasa geli nak turun membayangkan air yang tersangat la kotor.Hanya en suami yang turun.
Alhamdulillah keadaan dah pulih seperti sediakala.Semoga tiada lagi mimpi buruk dimalam hari.Bila hujan lebat mula terbayangkan bencana alam ini.Terima kasih kepada yang membantu dan mendoakan keselamatan kami sekeluarga
1 comment:
syukur selamat walaupun ada brg2 yg terkorban..
Post a Comment