AL-FATIHAH
1 Julai 2010 jam 9.30pagi: Saya kol abah.Kami bergurau.Dah menjadi kebiasaan abah bergurau dan saya tak sangka pagi khamis tu adalah hari terakhir saya bercakap dengan abah.Hari terakhir saya bergurau dengan abah.
2 Julai 2010 jam 9pagi: Kak ipar kol bagitau mak suruh balik.Abah sakit.Saya terdiam.Semalam bersembang dengan abah ok je.petang khamis YM dengan abang, abang tak cerita apa2 pun.Saya kol mak tanya keadaan abah sebenarnya.Mak kata abah demam.baru mlm jumaat abah sakit.Badan lemah-lemah.Tak boleh nak bangun. Saya suruh abg bawa abah pi hospital.Saya risau kencing manis abah naik.Tapi abah berkeras tak mau p.Saya minta mak pujuk abah.Akhirnya abah bersetuju.lepas abg solat jumaat nak bawa abah ke hospital.Setiap satu jam saya kol mak tanya keadaan abah.Hati saya risau.Saya terikat dengan situasi. Tak dapat pulang awal. Saya positifkan diri.Selalunya kalau abah kena hujan,demam 2hari. Saya minta mak check kandungan gula dlm darah abah.alat tu tak dapat membaca keputusan.abg kol pakcik di kg tnya mcmmana kerana dia pernah mengalami keadaan yang sama mcm abah.Demam dan badan lemah2.Pakcik kata bagi minum air milo bergula.Alhamdulillah abah nak minum.mkn sepotong kek.Sekurang-kurangnya abah dah ada tenaga.
2 Julai 2010 jam 1.30ptg : saya kol mak lagi.saya bagitau saya balik lps man solat jumaat.Mak kata jgn susah hati.Abah dah mau minum milo.Cuma abah tido je skrg.Dalam hati saya, Alhamdulillah,abah dah nak beransur sht. Tak sabar nak jumpa abah.Mesti abah lagi cepat sembuh bila jumpa Aqilah.(Tokwan sayang kakak tau)
2 Julai 2010 jam 2.15ptg : kak ipar kol bgtau balik skrg.Abah dah mcm tak bernyawa lagi.Ya Allah!Hati saya berdebar2.Saya mohon pada Allah supaya dipanjangkan umur abah.
2 Julai 2010 jam 2.30ptg : Abg kol HP hubby.Hati saya berdebar2.Abah dah pergi meninggal kami buat selama2nya. Tanpa sebarang tanda.Tanpa sebarang pesanan terakhir buat kami.
Sebelum Arwah meninggal,hanya mak yang ada bersama abah.Ketika mak baca Al-Quran, mak pandang Abah.Abah nampak lain.Mak sempat mengajar Abah mengucap sebelum panggil abg naik ke atas.Abah pergi cukup mudah sekali.Manis senyuman abah.Kami redha dengan pemergianmu abah.
Semasa ambil Aqilah di Taska,Aqilah menangis kuat sekali.Mungkin Aqilah dapat rasa yang tokwan dah meninggal.Sepanjang perjalanan air mata cukup mudah mengalir.Saya teringatkan kenangan terakhir dengan abah. 2 minggu sebelum Arwah pergi,mak abah,saya sekeluarga dan abg sekeluarga pergi ke Taman Rama-rama,mkn durian balik pulau dan berkelah di Taman Rimba.Itulah kenangan terakhir dgn abah.Saya teringatkan gurauan abah ms last kol dulu.Teringatkan abah yg suka makan gulai udang yang saya buat.Teringat ketika abah tinggal dengan saya semasa mak mengerjakan umrah. Semuanya dah jadi kenangan.Abah sempat pakai sekali baju batik yg saya dan hubby belikan.
Sebelum abah dikafankan, itulah kali terakhir saya dapat cium abah.sejuk dahi abah.tenang hati saya tengok abah tersenyum.Saya tahan air mata ketika cium arwah.Saya tak boleh lupakan saat itu.Semasa arwah abah dikafankan, saya dukung Aqilah. Tanya tokwan mana.kakak tunjuk tokwan sedang dikafankan.kakak buat bubling mulut sebab tokwan suka buat camtu kat kakak.Suka main dengan kakak. Tapi Aqilah hairan kenapa tokwan tak balas. Saya tersentuh!!!
Abah pergi dengan mudah sekali.Orang kata abah tak mau menyusahkan anak2. Kalau hayat abah masih ada, saya sanggup jaga abah.Sungguh.Abah tak menyusahkan kami. Siapa yang kenal abah, mesti akan berkata, abah suka menolong orang. Semua orang selesa dengan abah. Menolong orang tak kira bangsa walaupun masa tu abah susah.Ikhlas menolong. Alhamdulillah, berkat abah menolong orang, semua orang mendoakan yang baik2 terhadap abah. Abah terbaring dengan senyuman. Allah permudahkan segala urusan.
Saya belajar dari arwah supaya kita sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan. Saya perlu tabah setabah mak. Saya tak lihat langsung airmata mak.Saya kagum dengan semangat mak.Kata mak, sebagai orang Islam, kita ada iman.Redha dengan ketentuanNya. Yang hidup pastikan akan mati.
Buat anak2 ibu, Aqilah dan Aqif.Bila kakak dan adik dah boleh membaca blog ibu ini,ketahuilah, tokwan sangat sayangkan kakak.Dalam seminggu berapa kali tokwan kol nak dengar suara kakak. Buat Aqif, Aqif mewarisi mata dari tokwan.kalau orang kata Aqif hensem macam siapa, macam tokwan tau. Sentiasa sedekahkan Al-Fatihah.Doakan arwah tokwan semoga rohnya dicucuri rahmat.
13Julai 2010 : 12hari sudah berlalu.Sekejap je rasanya.rasa macam baru semalam Abah pergi.kami sentiasa doakan abah. Saya simpan rapi2 kenangan bersama Abah.Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.AMIN.
7 comments:
takziah eja...bila baca n3 ni tersentu hati aku ni....teringat lagi..kalau tak kerana aruah abah ang rasanya sampai sekarang aku tak merasa naik keretaapi....jasa abah ang mmg tak terbalas sbb menhadiahkan aku satu memori yg sgt indah...moga roh abah ang dicucuri rahmat....aminnn
waaaa...aku nk nangis lg nih...aku bbrp kali p umah ija...so aku knal la ngan ayah ija tu...kira terasa gak la pemergiaan arwah ayah ija...moga roh abah ija dicucuri rahmat....aminnn
eija:thanks kerana mendoakan
wani:thanks kerna sudi menziarahi arwah dan mendoakannya
sedih adah baca blog akak ni.. tak dapat jmpe angah. las adah jmpe angah mse p perlis ari tu.. 1st time gak angah jmpe syfq.. b4 p perlis tu, angah da tnye adah bila nk kwin. angah soh kami kwin awal.. tp tak smpai jodoh kami lg agaknya.. tak de rezki angah tengok kami kawin..semoga roh angah dirahmati Allah.. amin
takziah deqja....mmg hampir bertahun baru kita dpt merasakan dia benar2 tiada...
takziah k.ija...semoga arwah tergolong dlm golongan yg dikasihi Allah...aameen...lots of love, intan
takziah k.ija...smoga arwah tgolong dlm golongan yg dikasihi Allah..aameeen...lots of love.-intan-
Post a Comment