Wednesday, July 28, 2010

Adik Aqif

Dah lama tak update citer tentang Aqif.dah 9bulan anak ibu ni.sekejap je masa berlalu.....

Dah lama tak update citer tentang Aqif ni bukan apa.Bulan lepas adalah bulan yang membuatkan ibu risau tentang adik.Ibu mana yang tak risaukan anaknya ye tak? Masa umur 8bulan adik masih belum boleh menyulur.nak meniarap lama pun adik tak larat tapi adik dah boleh duduk.syabas Aqif.

Alhamdulillah selepas berjumpa dengan pakar kanak2,doktor kata ini perkara biasa.Setiap perkembangan kanak2 tak sama.Yang best nyer....masa umur adik 7bulan,adik dah boleh sebut ibu walaupun 'bu' je yg keluar.dan adik boleh sebut abah dan milk dengan jelas.Satu perkembangan yang positf!!

Sekarang adik dah menyulur sikit2 dan boleh guling banyak2 kali sampai jatuh tilam dan sambung tido kat lantai.Aqif..Aqif...

Rasanya berat adik sekarang dah hampir 9kilo.makin mantap!dah tak larat ibu nak dukung sebelah tangan.tambah2 lagi masa abah tak de kat rmh.ibu kena tambahkan lagi kudrat ibu.

Ibu suka tengok adik ketawa,senyum (mula dah angau).tak sabar nak masukkan adik dalam contest baby ceria.hhahhaha...ibu yang lebih.(letih jugak masa fotography kat studio.baru tau ka!!)-gambar tak siap lagi

Bab makan Aqif paling suka.Lambat je suap,mula menjerit.Suka berebut2 makan dengan kakak.Sebab tu badan Aqif SIHAT!





1 comment:

~IZZAH~ said...

amboi, mkn bihun ke tu?

pandainya dah mula sebut perkataan2 ye...