Minggu lepas saya dan suami dilanda kerisauan.3hari berturut2 aqilah mengamuk tak tentu pasal.Jenuh mencari puncanya.Akhirnya hari ahad lps baru kami ketahui.Naik bintik2 merah besar dan berbisa pada seleruh badan Aqilah. Aqilah kena chiken pox!!
Hari Jumaat dah ada 2biji dibelakang badan tapi saya sangka hanya kudis sebab kebetulan Aqilah ada kudis di tangan.Letak krim,biji merah tu mengecut.Aqilah tetap merengek siang dan malam.Menguji kesabarn.
Hari sabtu timbul lagi biji merah.Merengek nyer....Ya Allah...menguji kesabaran saya dan suami.yang peliknya Aqilah tak demam.Sebab tu kami rasa Aqialh tak sakit cuma saya boleh buat andaian Aqilah sekarang manja sangat.nak tau kenapa? Abah dia la yang selalu manjakan dia.hehehehhe....
Hari Ahad timbul lagi banyak biji. Saya dah cemas.nak bawa ke klinik pakar kulit,kat perlis takda.Ada pun hari Ahad tutup.Adoi....camne niiiii.....Fikir punya fikir bawa Aqilah ke hospital.Hari Ahad kena kebahagian kecemasan sebab klinik tak buka.Lagipun saya rasa takkan timbul biji merah kena tahan kat wad kot.Yang best nyer...doktor tu kata Aqilah kena virus campak tapi bukan campak.tak akan berjangkit kat orang lain.hahahhahaa....logik ka.
Lepas balik dari hospital terus ke Alor Star.Hantar dokumen client.Kat dalam kereta,Masya Allah....Aqilah lagi la merengek.menangis je.Abah yang kuta sabar pun dah mula temper.Sampai saya dan suami terfikir nak bawa Aqilah jumpa orang yang pandai ilmu agama.Takut2 Aqilah kena gangguan.Tapi orang tu sakit pulak.Tak jadi jumpa.
Sampai rumah saya perati elok biji2 yang timbul.banyak bukan main.Kat kepala,badan depan belakang,muka,tangan,kat kaki je sikt.Rupa-rupanya campak besar.patutla Aqilah merengek sakan.bisa nak kuar dari badan.Sian kat kakak.Ibu dan Abah minta maaf banyak2 sebab marah2 kakak.Rupa2nya kakak tak sihat.Maaf sayang.
Malam tu baru Aqilah demam.Tapi cuma suam2 tak macam dia kena campak kecik dulu.Demam sampai 40c!
Lepas tu apa lagi kami suami isteri mula pergi cari air penawar untuk campak.belikan sup ayam.nak masak,mak n MIL kata kena pantang.tak boleh masak kat rumah tambah2 lagi yang menggunakan minyak.nasihat orang tua kena ikut.Bagi minum air kelapa. Cari daun bamboo(betul ke yg saya sebut ni.alaaa...daun yg orang India dok guna selalu tu) Alhamdulillah campak aqilah makin keluar dan Aqilah dah tak merengek lagi cuma menangis sekali sekala.Gatal kata dia.Biasa la budak2 nakkan berhatian.
Saya cuma dapat bercuti sehari selebihnya bawa Aqilah ke opis.(mcm la opis jauh sgt.hik3) Saya tak dapat cuti lama2 sebab dulu dah banyak ambik cuti.Alhamdulillah Aqilah ok di opis.kadang-kadang kacau ibu,kadang2 kacau abah.Macam2 kerja kakak buat.masuk dapur dok kung kang dengan kuali dan sudip ibu.pastu panggil 'abah makan'.hahhahaha...kakak masak apa pun tak tau.waktu petang dah ajak abah ambik adik.layan je la.Terpancar wajah kegembiraan Aqilah sebab tak perlu ke Taska.Bila tanya nak pi sekolah tak? dia jawap 'tak mau'.pi rumah maktok nak tak? 'tak mau' jgk.Abis tu nak duduk dgn ibu dan abah.Aqilah senyum.....Waaaaa......
Dah hampir seminggu kakak kena chiken pox.biji2 merah dah pecah dan nak kering.Semoga kakak cepat sembuh dan mudah-mudahan tak berjangkit kat adik ok.Adik STRONGER!!!!!
1 comment:
insyaAllah lama2 dia akan suka pi taska bila dah ada kawan.. sekarang je kena sabar pujuk supaya dia tetap pi bl dah sihat nnti. kalau dibiarkan lagi dia x nak pi dan selesa dengan mak abah je
Post a Comment