Cuti Krismas lepas saya join family trip sebelah suami ke Pulau Langkawi.Penglibatan di saat2 akhir.Berkumpul semua adik beradik di sana.Seronok tengok abah happy.Banyak kenangan pahit n manis.Tak mau crita yg pahit2,just crita yg manis2 je ok.Must enjoy the trip!
3 hari 2 malam kami di sana.Menetap di homestay pakcik Hamid.Boleh dikategori banglo kampung.Lengkap semuanya.Ada 7bilik,3bilik air,dapur,perkakas dapur,tv.Memang sesuai utk family trip.
25/12:naik feri dari jeti Kuala Perlis.Ikut jadual pukul 10 tp lewat 10.30.hmmm...standard la bila cuti2 sekolah ni.Masing2 seronok naik feri terutamanya anak2.Sampai sekarang kalau ke jeti Kuala Perlis,Aqilah akan cakap "kakak p Langkawi.naik feri" siap ajak p lagi.huuhuh.....Sampai di jeti Langkawi trus ke homestay Pak Hamid.Menyewa 2biji van.Tiba di homestay terus memilih bilik masing2.Setelah masing2 membersihkan diri,kami keluar mencari makanan bg mengisi perut.Bagi mengisi masa yang ada,kami ke Makam Mahsuri.Dah banyak perubahan di sana setelah 7 tahun tak menjejak ke sini.Last tahun 2003 bersama kawan2 Uitm.
di dalam van.ada lg rakyat yg belum msk :)
Lunch hari pertama di Pulau Langkawi
Di luar kawasan Makam Mahsuri.(bergambar sakan kat sini)
Pintu masuk pun dah banyak perubahan
Anak menantu Hj Noh.Tak cukup lagi sorang sebab anak tgh tido (yg duduk tu masih bujang =) )
Anak menantu Hajah Hamidah (ish dh nak sama size lak.xleh jadi ni.Abg...nanti kita g jogging nak x)
Anak2 dah mula letih
Aqilah: fish swimming
Aqif: ha tuuuu....
Kaunter tiket pn dah berubah
kakak meng'control' senyuman nya
saya suka gambar ni
Permandangan dalam kawasan Makam mahsuri jugak berubah
bila melihat tangga ni teringat masa ambil gmbar ensuami yg bergaya di atas tangga tu (masa tu baru blm ada bibit cinta)
di telaga Mahsuri
nak tunjuk muka baru lepas di basahi dengan air telaga Mahsuri :)
bergambar sebelum keluar
dirumah penginapan kami
cenderahati dari makam Mahsuri
di hadapan pintu gerbang Makam Mahsuri
Generasi Mahsuri
Makam Mahsuri
Cucu Hj Noh dan Hajah Hamidah
26/12 : 8.30 pagi bertolak ke Jeti yang menyediakan perkhidmatan bot ke 3 Pulau.Pulau Dayang Bunting,Pulau Pantai Basah n lagi satu Pulau dah lupa nama(pulau ni tempat helang berkumpul utk mkn)
Memang seronok sgt.Letih pun ada.Naik turun tangga ke tasik Dayang Bunting sambil mendukung anak.Melepaskan penat dengan merendam kaki di kolam ikan keli.Geli tul kena misai dia.Nasib baik ikan2 tu xmati akibat bau kaki2 kami.hehhehe.Kalau nak mandi di tasik tu rasanya biarla pakai life jaket wpun pandai berenang sebab kata abg ipar,ada tarikan graviti dibawah.30kaki dalamnya.Anak2 just saya bagi rendam sambil pegang tangan.Bahaya sangat.Di Pulau Pantai Basah kami tak mandi sebab masing2 dah letih nak bawa diri n anak2 ke pantai.Lagipun cuaca panas.menjaga kulit(piraaahhh!!!) Di pantai tu my MIL n SIL pakat naik banana split.hohoho....takut wei tengok.laju sgt.Pastu last2 dia jatuhkan kita dlm laut.kata kak rasa mcam lemas je tapi depa jatuhkan dah dekat2 kaki laut.sejam di situ kami ke satu Pulau yang mana burung helang berkumpul untuk makan.Sebenarnya bot2 yg datang ke situ yg beri burung2 ni makan.Jadi kita dapat tengok secara dekat burung2 helang ni.Sambar makanan sekelip mata je.Memang best!
menunggu bot
anak2 seronok bermain pasir
di dalam bot menuju Pulau Dayang Bunting
jgn menyalahkan angin jika muka anda begitu.huhuuhuh
suatu hari nanti kita nak kapal tu pulak ye adik
Aqif yg excited melihat air laut
kakak mula2 takut tap bila balik seronok je sampai tido kat kerusi bot
Subhanallah!ciptaan Allah.Pulau Dayang Bunting.Cantikkan.Macam perempuan mengandung
Dah sampai.bergambar bersama Amirah (anak kakti)
Jgn kata saya yg bunting.keadaan menyebabkan byk spare part di bdn
Tasik Dayang Bunting.Banyak sangat monyet di sini.Berhati2.jgn bawa makanan dlm plastik ke sini
setelah penat memanjat,merendam kaki di kolam air tawar bersama2 ikan
menunggu burung helang.sebelah sana bot FIL,MIL,BIL
Cenderahati dari sana
my hero
27/12 : Ke Beras terbakar.Beras yang terbakar tu just ditunjukkan di dalam balang kaca.Kalau nak membeli kain batik n tshirt langkawi boleh la beli di sini.Lepas tu kami ke Taman ular.Balik rumah kemas2 barang sebab nak naik feri pukul 4.00ptg.Memang penat sangat tapi best!InsyaAllah bila anak2 besar sikit,akan kembali ke sini.
di hadapan tapak beras terbakar
gambar selingan dengan Adam Putra (anak ida)
kusyuk menonton pertunjukan ular.seram sejuk tengok ular tedung tu
en suami dan ular tedung
berjalan menuju ke feri
gambar selingan.cm2 budak2 ni
byk x brg2 kami
dihadapan feri sebelum pulang
di dalam feri
Panjang lebar betul entry kali ni.Nak menyiapkan entry ni pun penuh cabaran.kejap broadband ok,kejap x.Ada ke nak membaca sampai abis?Xpala la,Saya tak ambik ati pun.ambik berat boleh x,hihiih....
yang penting kami ENJOY!!!!!
1 comment:
syoknya sesekali baya anak2 jln kan..aku ni tak tau la bila nak sampai plak..last pi pun masa berdua tahun 2008
Post a Comment