3 tahun berkenalan.Setahun bertunang terus buat majlis akad nikah.8 Disember 2006.Bertuah mak dan arwah abah masa tu.Dapat menantu dan cucu kedua sekali gus.hehehhehe
Teringat zaman bercinta dulu.hehehhe....saat perkenalan.Sebenarnya dah lama kenal tapi last semester baru menyulam cinta.hahaha...ayat tak blh blah.Takda tarikh tertentu kami berkenalan sebab suami xpernah proposed pun nak jadikan awek.Dalam tak sedar masing2 menyimpan perasaan.Cuma yang kami ingat first dating kat 'kulat' panggilan kafetaria kolej baru UiTM.Tapi tak ingat tarikh nyer.masuk semester akhir terus bercinta selepas sebulan berinteraksi melalui telefon semasa cuti semester.Kawan2 dah dapat syak hubungan kami sebab selalu sangat 'berdating'.hahahaha...bukan berdating cuma jumpa utk discus hal pelajaran je.(yer ke?) -kalau bawa anak2 ke UiTM Arau tak pulak terkeluar crita kat sini la tempat ibu ngan abah bercinta dulu.hehhehe.saya bagitau kat sini la ibu ngan abah sekolah dulu.yang tu akan dicritakan kemudian.
Banyak suka dan duka sepanjang perkenalan.Yang best nyer saya memberi sepenuh kepercayaan kepada suami ketika itu sebab saya percayakan suami. Ada yang megkritik dan ada juga yang memberi sokongan dengan hubungan kami. Apa2 pun masa tu saya yakin kebolehan suami. No body perfect! Alhamdulillah pilihan saya tepat. Kata orang tua biarlah si suami menyayangi kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab dia akan mengingati kita ke mana saja dia pergi.
4 tahun berlalu.Dikurniakan sepasang anak yang comel dan cerdik.Kehidupan kami tidak la mewah tapi kami cukup bahagia.Semoga kami diberi kebahagiaan dan kasih sayang bertambah erat.Semoga kehidupan kami bertambah baik dan dilimpahkan rezeki yang halal. Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaMu kepada ku.Kau panjangkan umur kami dan sihatkan tubuh badan kami agar kami dapat terus beribadah kepadaMu.
1 comment:
cepatnya masa berlalu, dah 4 tahun rupanya... ingat lagi kami pakat pi kenduri k.ija dgn KAU yani, sesat sampai kena pi balai polis n minta polis hantar. pastu terlajak nak masuk simpang dengan slamba ja yani reverse KAU dia... lawak, lawak...
nway, tahniah k.ija. 4 years of happiness.. smoga lebih bahagia dalam keberkatan. kemewahan bukan penentu kebahagian..
yang penting bersyukur dgn setiap pemberianNYA. anak2 juga rezki yg paling berharga, tak dpat beli dgn wang ringgit.
ish, melalut pulak.. bkn apa eksited smpena 4th anniversary k.ija.. heheee
Post a Comment