Monday, September 20, 2010

Corat coret Aidilfitri Episod 1

Bersemangat nak bercerita hal kami anak beranak semasa Aidilfitri.Tambah2 lagi dah blh transfer gambar dr hp ke laptop.Sebelum raya,berangan nak beli kamera baru kalau dapat bonus tapi belum ada rezeki.Bonus tak dapat,dapat duit raya je.huuhuhuh...Takpe la kan,rezeki jugak tu.Ada ler jugak duit nak kasi duit raya kat budak2.

Saya cerita dulu hal yang manis2.Cerita yang tak best tu tunggu di lain blog.Korang sudi baca tak nanti?hehhehehe....

Yang paling seronok,happy dan seangkatan dengannya, anak-anak la.Aqif mungkin tak faham apa2 lagi tapi Aqilah cukup excited.Tahun lepas dia pun macam adik gak,tak faham apa.ibu sarungkan baju raya,pakai je.Lagipun tahun lepas mak ke umrah.raya kedua baru dapat jumpa mak.Tapi tahun ni beraya tanpa abah.hmmmm...tak mau sedih2.Apa2 pun kenangan arwah tetap dalam ingatn saya dan mungkin juga dlm ingatan Aqilah.

Ramadhan lagi Aqilah dah menerai baju raya.Sekali sarung dah tak mau buka2.waaaa.....kes parah ni.nasib baik nak mandi dia buka jugak.Tema kami tahun ni kaler hijau.Melilau cari baju en suami yang sama kaler dgn kami.huhuhu...naik tension saya.menyusung anak2 dari kedai ke kedai.kalau yang ada sama kaler,saiz lak xde.last2 sampi rmh mak,jumpa baju melayu yang sama kaler dgn kami.baju arwah abah yang saya hadiahkan utk raya tahun lepas.en suami tak kisah.tahun depan,kita beli satu gulung kain,buat baju utk kita anak beranak.tak yah nak pening2 kepala cari merata kedai.biar upah mahal asalkan tak penat badan nak mencari.hik3
semasa menerai baju raya.tudung tak matching sbb blm beli tdg.

Di pagi raya.ikat sanggul dulu.tudung suka tak lekat kat kepala.huuhuh...insyaAllah Aqilah akan faham jugak nnt.Gaya tetap sama.perasan tak.hikk

Baju Aqif, tok ton yang jahitkan.Thanks to mak.Ceria betul Aqif ni

Macam tak kena je.baju hijau, lilit songkok pink.huhuuh....

Gambar sebelum rambut di potong.nasib baik Aqif duduk diam je masa uncle tu uruskan rambut adik

Sebelum ke kubur menziarahi kubur arwah abah,kami sekeluarga bergambar dulu



kadang2 teringin nak bergambar di studio tapi boleh ke anak2 beri kerjasama.tengok je la kat atas tu.ibu ngan abah je yang lebih.:)

Pagi raya pulang ke kg suami.berkumpul adik-beradik di sana.Alhamdulillah,semua ada.mula bergerak beraya kerumah saudara mara.malam balik ke rmh mak sebab esk pagi2 lagi abang dah nak blk ke kl.Saya sanggup tak beraya ke mana dari meninggalkan mak seorang diri melayan tetamu yang datang.Saya tak sanggup tengok mak wat keja sorang2.hmmmm....

sebelum keluar beraya

Raya ke lima kami di khabarkan berita gembira.Ada orang nak sewa rumah kami di Bertam.Alhamdulillah.Keesokannya balik ke rumah MIL.Bersemangat nak belajar rendang dan kuah kacang resepi MIL.Memang sedap.Bila dah jadi favourate suami,saya akan berusaha untuk belajar.Inilah hasilnya

Tahun ni anak-anak pun belajar main bunga api.tak pe ke upload gambar anak2 main bunga api.kena tangkap tak nanti.hhehhehe...Aqilah paling seronok.Kalau main sorang2,dia tak.Sampai dia panggil jiran sebelah rmh mak,ajak main bunga api sama2.lepas tu menyanyi lagu raya.yang dengar cuma selamat je.lepastu abah/ibu yang sambung.huhuhuh...


Aqif seronok memerhati sepupu2 main bunga api.bagi Aqif try pegang blh?

18/9/2010 paling best.Ada tiga rumah terbuka.first dapat jumpa FBI.baru tau adik2 dia kawan satu sek.huhuuh...


Bayangkan berapa kos FBI keluarkan untuk open house dia.duit raya untuk budak2 sorang RM3.order catering utk 1000 org makan.saya sampai pukul 2 dah nak abis menu.cuma tinggal nasi dan lauk daging.Ayam,udang,dalca semua dah abis.tu belum yang menu ringkas2.org dah serbu dari pukul 11.30 walaupun acara bermula 12tgh ari.

Lepas tu bergerak ke rumah kawan sepejabat.Ada majlis pertunangan.Alhamdulillah kenyang.Sedap sangat ayah Zahas masak. Bergerak pulak ke rumah kawan lama. Dah lama sangat tak jumpa.hampir 16 tahun.berdebar2 jugak nak jumpa.takut mengalir air mata.huhuuhuh...malu la wei....

nini masih kecik seperti dulu.macam model dua beranak ni.saya ni je makin bertambah2 isi di segala sudut.huhuhu...

sempat bergambar dengan anne yang sememangnya sepupu dengan nini.manis nyer anne.alangkah bagus nyer saya mendapat senyuman semanis anne.heheheh....anne memang tabah.senyuman sentiasa dibibir.mesti baby yang bakal lahir nnt semanis mama nya.

Disebabkan penat beraya sampai ke petang,terpaksa cancel balik ari sabtu.takut mengantuk sebab en suami kenyang sgt.huhuhu...pagi ahad bari bergerak pulang ke perlis.lepas ni Aqilah sunyi balik la.tak ada kawan2 di rmh.Nanti kita balik kg lagi yer kakak.

1 comment:

>>EiN@>> said...

wow,beraya sakan nmpk....