Wednesday, August 18, 2010

Epilog Ramadhan

Sedar tak sedar sudah 8 Ramadhan.Alhamdulillah,masih bertenaga menguruskan dua anak kecil yang masing2 sibuk jgk nak berbuka ketika ibu dan abah nyer berbuka :) (walaupun sudah makan sebelum ibu dan abah berbuka)

Rasanya bulan puasa ni lah waktu terbaeekk saya nak berdiet.hiiihii...Waktu berbuka hanya makan secukup rasa kerana tangan kanan dan kiri sibuk mengepung Aqif yang nak mencapai macam2.Sambil mengejar waktu untuk mandi dan solat.Makan lak tak boleh dimeja.Ala ala makan nasi sila.ekekkeke...nak sambung makan lepas solat dah tak boleh nak mausk dlm tekak.rasa kenyang lak.Lagipun anak2 masing2 dah nak tido(raya nanti camne?blh ke tgk je menu yg sedap2 tu.waaaaa!!!!!)

Alhamdulillah,sepanjang ramadhan kami belum membeli di bazar ramadhan untuk juadah berbuka. En suami lebih suka saya masak kerana katanya lebih puas makan.Kadang2 xtau nak masak apa.Hampir abis waktu pejabat baru terfikir nak makan apa. masa tu baru sibuk menekan dihujung jari cari resepi di internet.hahhaha...yang best nyer first try buat dah sedap....hahahhaa..angkat bakul sendiri.tapi bila suami puji tu mesti la ikhlas dari hati kan kan kan....

Minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kg utk berbuka bersama keluarga.Mula dirumah mertua di Sg Petani.Meredah hujan yg sgt lebat untuk sampai sebelum waktu berbuka. Dalam hati saya cukup berdebar2.Takut sangat. Sentiasa pesan kat suami supaya jangan bawa laju. Biar sampai lambat asalkan selamat.Yang best nyer, disebabkan sikap keterujaan suami nak balik makan bersama family, dia sampai terlepas susur keluar ke kampung nyer.hahahhaha...tak pasal2 kena patah balik.jadi lagi lambat.

Esoknya, biras lak ajak berbuka dirumahnya. Menu nasi tomato. Yang kena masak saya la.hahahha...macam la saya ni pandai sangat.setakat masak utk suami dan anak2 boleh la.kalau tak jadi pun,suami makan gak.hik3.  Tapi nak masak untuk family suami. FIL,MIL and ipar duai. masak banyak lak tu.lama jugak saya termenung memikirkan persetujuan untuk berbuka di sana.kalau nasi tomato tu sedap dan menjadi ok la kan tapi kalau sebaliknya???huhuuhu....malu nyer...tak tau nak letak mana muka ni.

Tapi orang kata kalau kita masak dengan ikhlas, mesti masakan tu jadi sedapkan. Alhamdulillah, menjadi ler jugak.nasi tak lembik n tak mentah.Nak kata sedap macam kat kedai tak la sgt.Kalau dah suami puji,sedap ler tu kan.hahahha...ulang lagi sekali.

Hari Ahad baru dapat berbuka dengan mak.Menu bihun sup. Saya hnya sempat rebuskan tulang yang lain mak yang buat.Aqif tak mau berenggang.Kesian kat mak. Alhamdulillah, rezeki banyak hari tu. Ada yang bagi kuih muih. Banyak yang dibualkan dengan mak. Saya tak sanggup tengok mak susah. Rasa sedih,geram dan macam2 lagi. Biar saya dan mak yang simpan.Kunci utama adalah sabar....erm...

Salam Ramadhan

nota deqja: harini menu bihun sup dan puding marble.menu favourate anak beranak
                  Rindu nak berterawih.Tahun ni tahun ke3 tidak dapat ke masjid berterawih.huhuhuhu





No comments: