Saturday, April 2, 2011

Banjir lagi......

Tak sampi 5tahun...malah 5bulan pun...dah banjir balik.huuhuhu....Semua ni kehendak Allah.Ujian dari Allah....

Hujan lebat bermula hari Isnin 28/3.Hujan yang sangat lebat berserta angin.Saya masa tu baru ambil kakak dari tadika.Dalam kereta buka vcd selawat sambil mulut terkumat kamit membaca kalimah bismillah smg saya dan Aqilah selamat sampai ke rumah pengasuh Aqif.Takut sangat ms tu.Dalam hati dok kata mcmmana la klu tgh drive tiba2 ada pokok tumbang.huuhuh....minta dijauhkan.Alhamdulillah selamat sampai gak rumah pengasuh.Tunggu hinga hujan reda,baru saya bw anak2 balik ke rumah.En suami masa tu blm balik dari keja.Dah jadi cekal lak sekarang bila tinggal dgn anak2 je.hihhiih

Hujan lebat 24jam berlarutan hingga keesokan nya.Hari selasa atas nasihat jiran,kami selamatkan barang2/sebelum habis waktu kerja,saya ngan kwn2 pjbt dh siap selamatkan dokumen n file ke tmpt yg lebih tinggi,Sementara tu saya selamatkan jugak barang2 rumah.Maklumlah...pejabat tu jugak rumah ku.hihiihi

Pagi Rabi sebelum hantar anak2 ke rmh pengasuh,hujan dah berhenti.Alhamdulillah,rsnya tak banjir kot.Tapi lepas hantar Aqilah ke tadika,Aqif ke rmh pengasuh,hujan lebat balik.Air dh mula penuh dijln.9.30 pagi,trs pergi ambil anak2.Dalam perjalanan ambil Aqif,dlm hati sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan saya.Semoga jalan masih blm ditutup.Takut masa tu hanya Allah saja yg tau.Sampai je di rumah,trs paking brg2 yg perlu.baju anak serba skt(kat rmh mak dh byk baju sepupu2 depa)pampers,susu.Memang kelam kabut sebab takut jalan keluar dari kangar akan ditutp sebab air nak mula penuh dijalan.Hal2 pejabat saya serahkan kepada staf utk kunci segala pintu dan tutup suis utama.

Alhamdulillah anak2 memahami.Saya kata kat Aqilah,kakak jg budak baik ye.sayang adik,duduk diam2.ibu nak drive.kita nak p kat abah.memang dia ckp memahami.Tido sepanjang perjalanan dan Aqif duduk diam di tempat duduk belakang sambil berselawat.Alhamdulillah...terharu sgt.rs nak menangis pn ada.Terasa berat beban yg dipikul ms tu.Alhamdulillah,dpt menjalankan tugas dgn baik.Memandu dlm hujan yg lebat dan akhirnya selamat jugak smpi ke tmpt kerja suami di Alor Star.Ya Allah...aku bersyukur kerana Engkau telah permudahkan segala urusanku.

Lepas en suami abis kerja,terus balik ke sebarang jaya.ke rumah mak saya.Hari sabtu balik ke Perlis tapi air masih lg penuh di jalan tp dirumah air dh surut.Tapi kereta tak boleh masuk ke rmh lagi sebab air masih paras betis lagi.Tak sesuai utk kereta comel kami lalu :) Kini menetap di motel shahab perdana,Alor star.Mungkin hari isnin air akan surut.InsyaAllah

Pengalaman yg memang tak boleh dilupakan.......Ujian dari Allah ni mengajarku menjadi lebih kuat....kuat utk menjaga amanah yg telah Engkau berikan kepadaku.

Wednesday, March 2, 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

Dah lama menunggu contest yang mcamni sebab dah lama simpan gambar Aqif yang ibu rasa sangat sesuai untuk menyertai contest ni.Jom sape2 yang berminat boleh la klik blog elissmie.com ataupun klik pada gambar ni





Ibu suka gambar ni



Kategori :Lelaki
Nama : Muhammad Aqif bin Zurazman
Umur : 1tahun 5bulan

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:



Diaper Cakes by ShilaShower









































Monday, February 28, 2011

Cuba menyesuaikan diri

Banyak sungguh hal berlaku baru-baru ni sampai nak update blog pun tak sempat plus mood yg kadang2 ok kadang2 tak.Banyak yg nak dikongsikan tapi bila nak update memerlukan masa untuk menulis.Bila mengalami tekanan jiwa baru la saya sibuk mencari blog kesayangan ni.tak baik kan!

Dah seminggu lebih en suami bekerja di tempat yang baru.Perlu travel jauh sejam dari rumah.Kadang2 malam baru balik (saat buat entry ni en suami masih belum balik)jam 12tgh mlm baru sampai rmh.Bila balik kesian tengok dia kepenatan.Nak minta tolong buat wat keje rumah pun kesian seperti tolong tgkkan anak sementara saya wat keje lain.So la ni semua atas bahu saya.

Seawal jam 5.30 pagi saya dah perlu bangun kejutkan en suami.bila en suami dh bangun tak isteri masih di ulit mimpi kan.macam mana nak jadi isteri solehah macamtu.heheheh....sediakan pakaian,kdg2 bekalkan sarapan kalau mood rajin memasak sampai,ekekkeke....

Saya pun dah mula sibuk.masuk je bulan 2 hingga ke atas banyak akaun yg sedang menanti.perlu keluar utk fieldwork.Saya rasa penat sangat.Perlu settlekan kerja ni dalam masa 2minggu.rasanya mulai hari ni saya perlu bekerja siang dan malam.Kadang2 tak rasa jam dah 5.30ptg.Keja banyak yang tak settle down.Perlu berkejar2 ambil anak2.Sampai rumah sediakan makan malam (kdg2 beli klu tak ada bahan di rumah).Anak2 saya suka makan nasi.Jadi menu tu perlu disediakan.

Saya cuba kuatkan semangat.Perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang.Kadang2 nak jugak minta dgn en suami kita dok rmh yg xda tangga blh tak?bila saya turun bawah,anak buat 'keje' di atas.kadang2 dalam bilik air,habiskan minyak rambut (kakak yang ketua),panjat kerusi ambil sunblock/krim ibu.abis disapukan ke muka adik.dah la putih maka bertambah2 gebu la si kecik tu.huuhuhuh.....

InsyaAllah selepas en suami berkursus maybe kami akan berpindah.tapi kena tunggu lagi 5bulan.huuhuhuh.....bersabar la wahai hati.belajar berdikari menjadi ibu dan abah sekali gus.belajar bagaimana menjadi SUPERWOMEN!!!!


nota deqja:saya dalam proses membuat blog baru yang dikhususkan hal masak memasak.semoga dapat berkongsi ilmu.nanti dah publish jgn lupa ye jd follower :)

Sunday, January 30, 2011

Hari-hari mencari mood

Sejak dua menjak ni selalu mencari mood nak menulis di blog tp selalu je takde mood.bila anak2 tido,dgn si ibu sekali tido.Bila anak berjaga sibuk berebut laptop dengan anak.motif?sama2 nak menaip.motif anak lebih kepada bermain.hohohoh....ni hak milik syarikat anak2 sayang.....

Hati saya dah berasa lebih lega bila melihat Aqilah ke tadika.dah terima apa yg ada dan belajar di sekolah.Dah tiada muka monyok bila lalu depan sek sblm buat u-turn.Sebelum masuk sekolah,salam ibu,salam abah n adik sekali.bila adik usik beg kakak,kakak: adik,kakak nak g school.Kata teacher Aqilah dah mula cakap banyak dalam kelas.Walaupun kadang2 tak faham apa yang dia cakap,dia tak marah.Seboleh2nya Aqilah akan bg kita faham.Klu tak fhm apa yg dia cakap,dia akan bg clue.Semakin bijak dan dah boleh diharap.


sama-sama belajar ABC

Bila ambil adik dari rumak BS,saya suka sangat tengok senyuman Aqif.Gelak ketawa dia.kenakalan mengusik kakak termasuk ibu ngan abah sekali.Sampai je rmh pengasuh terus dia ambil beg,salam dgn BS n terus bai bai.huh!kdg2 tak sempat nak bersembang dgn makcik.Suara Aqif punya la kuat mengalahkan budak umur 3tahun.Sekali tempik anjing yg tgh menyalak,trs anjing tu diam.

baru kena usik dgn kakak sikit dah meraung tp bila usik kakak sengeh je dia

my hero

time ni la ibu senang nak wat keja apa.kusyuk mendengar alunan zikir di channel oasis

Aqif la yg mula ajak kakak masuk dalam bakul tu

seronok dapat duduk di depan tanpa pakai tali pinggang.boleh bebas.huuhuhu...bahaya la adik

Hari2 saya sentiasa berfikir.macammana ye keadaan anak2 nanti bila sedar waktu malam abah takda menemani.Macammana ye keadaan ibu diaorg nnt bila abah tiada di sisi.ekekeke....Sentiasa think positif.Moga dimudahkan segala urusan.

Selama menetap di Perlis 3tahun baru kelmarin kami sekeluarga ke Gua kelam.Berkelah.Last min punya planning.Balik dari pasar tani en suami kata jom kita berkelah kat Gua Kelam.lepas bekfes kuih muih bersama air milo panas,Zaaasss....terus memasak.Yang simple je.Sambal belacan,tempe grg dan sup telur dicampur dengan su'un dan pucuk.

Alhamdulillah orang tak ramai.lagipun hanya dibenarkan berkelah.Tak dibenarkan masuk ke dalam Gua Kelam sebab tengah renovate.Banyak yang rosak akibat banjir dulu.Menelan kos 1/2 juta ringgit malaysia.

Sampai je terus merendam kaki dalam air terjun yg sejuk tu.Aqilah mula2 juai mahai tapi bila dah berendam dah takmau naik2.Aqif sentiasa excited dengan sesuatu.Akibat dia orang pertama yg terjun dalam air,dia la org pertama naik nak mkn.sejuk n lapar.hihihihi.....

Terisi jugak hujung minggu ni.balik dari Gua Kelam,ajak en suami jalan2 ke Wang kelian.dah lama tak ke situ.hampir 3 tahun jugak la.Naik pening jalan nak ke Wang Kelian.kalau kaki drift boleh la ke sini.Sekarang orang ramai dah boleh masuk ke Thailand tanpa guna border pass melalui Wang kelian hanya untuk membeli belah.Kalau orang yang tahan nak berjalan jauh n kaki shopping boleh la ke sini.Saya tak sanggup.Mengheret anak berjalan sejauh 2km lebih.kesian kat anak.Bagi saya lebih baik ke padang besar.Selesa dan banyak kemudahan.Dari segi harga hnya beza beberapa sen.


sejuk....

dah tak sabar nak terjun

orang yang mula2 takut nak turun.lps dh kena paksa trs tak mau naik.nak berendam je Aqilah tu

asyik....

semua dah berendam


ibu...lapar....

puas kakak swimming

hanya gambar ni je dpt di snap semasa di Wang Kelian sebab tak turun pun p membeli belah.
Akhir2 ni selalu pusing2 sekitar perlis.ke tempat2 yang tak pernah dikunjungi.macam nak meninggalkan Perlis je??????

Tuesday, January 11, 2011

Cabutan bertuah


Sungguh bermurah hati tuan blog myshopbello buat cabutan bertuah lagi.Cabutan bertuah kali ni sempena pembukaan blog barunya. http://duniabelibelah.blogspot.com/

So bagi sesiapa yg suka membeli blah secara online blh tgk blog ni.Jangan lupa join cabutan bertuah sekali.hadiahnya semestinya coklat dari myshopbello

Mampukah aku?

Mula2 nak panjatkan kesyukuran atas rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga.Alhamdulillah,suamiku berjaya menjadi salah seorang kakitangan kerajaan.Keputusan ni dah diberitahu sejak bulan Nov 2010 lagi tapi baru semalam surat pengesahan sampai.Sebelum surat sampai,tiap hari tunggu posmen sampai.Tak sabar nak tau en suami dapat posting kat negeri mana.

Tapi bila dah dapat surat,hati saya jadi sebak.Tambah2 lak bila kawan bagitau lepas lapor diri di Putrajaya,en suami akan 2minggu/sebulan di sana.Kemudian 6bulan dihantar ke Akademik Kuala Lumpur untuk berkursus. Lepas tu baru dapat tau posting ke mana.Waaaa.....saya menjadi terlalu sebak masa tu tapi saya cuba control agar en suami tak perasan.Saya tak mau en suami tengok saya lemah.Bila saya menghubungi teman rapat,air mata mula gugur.waaaa....memang dah xtahan.Masa wat entry ni pun air mata bertakung.

Orang luar boleh kata.alaaa...kejap je tu.pejam cilik pejam cilik dah 7bulan.Cakap memang senang tapi yang menanggung lebih merasainya.....SAYA.Bersama anak2 yg masih kecil.Yang kakak lebih rapat dengan abahnya.Saya mungkin akan lebih sebak bila menjelaskan keadaan sebenar pada kakak.TAK....TAK...saya tak boleh menangis depan anak2.

3tahun sentiasa disisi 24jam.Kali ni berjauhan agak lama.Dulu pernah berjauhan masa mula2 kawin.Masa tu belum ada anak lagi.Saya masih di universiti.seminggu sekali kami jumpa.Tapi itu dulu.hanya membawa diri sendiri.

InsyaAllah saya cuba menjadi kuat.Boleh atau tak,saya tetap kena boleh jugak.Bukan senang nak senang.Perlu hidup susah dulu.berkorban demi yang tersyg.Saya mohon agar Allah mudahkan segala urusan saya.Menguruskan anak2,rumahtangga,masalah di pejabat.Moga saya kuat menghadapi semua ni.

Saya juga perlu kata2 semangat dari kwn2 agar hati saya terisi dengan kegembiraan bulan kesedihan

Sunday, January 9, 2011

Minggu yang best

Minggu ni memang best.Sentiasa sibuk di dapur.Tido yang tak cukup hingga sakit kepala tapi tersenyum bila orang kata 'sedap'

Bermula Jumaat malam.Menyediakan 2 biji kek span perasa coklat n strawberi bertoppingkan coklat ganache khas utk besday party anak2 buah ku.Hannah dan Husin.Pukul 2pagi baru tido.Kesemua yang hadir kata sedap dan gebu kek ni(hilang ponat den ni).Tambah2 lak yg topping tu.Memang hingga menjilat jari jika makan dgn buat strawberi.Alaaa...mcm Datok K bagi kat Siti Nurhaliza dulu.Memang mabeles!Patut la siti sayang Datuk K.hehehhehe



Pagi sabtu ke kelas cup cake wani.Dah rasa mcm budak tadika dok menghias kek sambil main  fondant dan buttercream.hihiih...Alhamdulillah banyak yg saya pelajari.Masih dlm proses mengumpul ilmu dan kemahiran.


Sabtu malam saya terlalu penat.Niat dihati nak buat kek coklat moist utk adik ipar saya.Dia dh lama tak mkn kek ni.Ada request dari dia.So sempena besday dia bln ni saya buat utk dia.Tapi mata saya terlalu berat nak buka n badan terlalu berat nak bangun.huhuuhuh.....8.30 dah tido bersama2 anak2 yg tak tido ptg.Pagi nyer 6.30 Aqif dah kejutkan saya.Bangun terus ke dapur menyediakan kek coklat moist sebab ari Ahad nak balik ke Sg Petani.Jam 9 siap.Kek coklat moist bertoppingkan coklat ganache dan buah strawberi. Bila dapat pujian sedap,mula la tersenyum smpi ke telinga.hiihih...Saya rasa puas.Alhamdulillah....

berat kek 2kg

Nota deqja : Order dibuka untuk kek span,kek coklat moist n cup cake(for besday@hantaran)
                   Butiran selanjutnya boleh email ke deqja2282@yahoo.com