Monday, November 29, 2010

Ladang Anggur Tasik Beris

Last week ade kenduri kawin sepupu suami di Sik.Dah alang2 ke Sik yang jauh tu terus la ke Tasik Beris.15min je dari rumah pakchaq.Dah lama dengar pasai ladang anggur ni tapi baru2 ni berkesempatan sampai ke sana.

Memang best.Nyaman sangat kat situ.Permandangan Tasik Beris yang sejuk.Masuk je ladang anggur,terus kagum.Sekarang tengah musim anggur hitam.Kata pekerja di situ awal/pertengahan disember baru anggur ni masak.Kiranya kami hanya dapat menikmati anggur hijau.Kena beli la.Dilarang memetik diladang.Nak masuk ke ladang dikenakan bayaran RM2 dewasa dan RM1 untuk kanak2.Sebungkus anggur 1/2 kilo.Harga RM10.Memang manis dan tak ada biji.Tak rasa macam yang kita beli disupermarklet.

Jom layan gambar......

macam nak terjun je dua beradik ni dalam air tu

"adik nak..."

pandai kakak 'berlakon' konon nak petik buah.hehehhe

besarkan buah anggur ni.segar

tengok.dah terang2 tulis 'Dilarang memetik'

ambil angin di Tasik Beris

tragedi di Ladang Anggur.Aqif jatuh.Eksyen tak mau pegang tangan ibu.Sian kat adik.Takpa,hero

pantang nampak air pancut mesti nak tengok

bergambar dengan abah
model buah anggur (ni la baju raya Aqilah dan ibu.hehehhehe)

Sunday, November 28, 2010

Pesta memancing

Sekarang ni di Perlis musim memancing ikan darat.Petang2 mesti ramai yg turun memancing.Tak kira la umur.Dari yang muda sampai la yang tua.Memang best.Dulu teringin sangat nak join makcik2 ni memancing tapi takda masa.Kalau lepas waktu pejabat memancing,tak cukup masa lak.Takkan nak memancing sejam je.

Last week bawa mak datang Perlis.Saya suarakan hasrat nak pergi memancing.Terus mak tersenyum gembira.Time lunch saya dengan suami pergi kedai jual alat memancing.Petang Isnin lepas ambil anak2 dari pengasuh,terus kami memancing.Hari pertama cumaa dapat 3ekor ikan puyu.Mak yang memancing.Anak2 sibuk nak keluar dari kereta.huuhuhuh...jenuh mengawal dua beradik ni.

Mak kata nak memancing lagi esok.kata mak ikan puyu lagi banyak time tengah hari sebab ikan2 ni lapar.Fuhhh...semangat betul mak nak memancing.Kalau nak tau,ni la hobi mak masa muda2 dulu.Seronok sangat tengok mak happy.Tak la mak bosan sangat asyik kena jaga cucu je.Seminggu mak di Perlis,seminggu tu la mak memancing.Pagi dan ptg.Tapi kalau ptg hujan,pagi je la.Hari kedua dapat 15 ekor.Siap boleh wat gulai ikan puyu.Memang sedaap.Tambah2 lak air tangan mak.Balik memancing terus mak masak.Memang tak kenal erti penat.Kagum dengan mak! Mak kata dah 20 tahun mak tak makan gulai ikan puyu.So bayangkan lah wajah mak ketika menikmati gulai ikan puyu.Memang puas.

hari seterusnya makin banyak sampai boleh buat ikan pekasam.Saya yang kebetulan mc sebab sakit mata pun join mak sekali memancing.Confirm la mak dapat lagi banyak dari saya.Saya ni perabih umpan blh la.hehehehe.....mak kata saya tak pandai memancing.huhuhuhu...sampai hati  mak.tapi memang betul pun.hahhahahaa....

Bulan depan boleh ajak mak mai lagi.Kita memancing lagi.

Saturday, November 27, 2010

Apa tu?

Soalan tu Aqilah selalu tanya bila dia tgk sesuatu yang baru.Bila saya mula memasak,dia akan tanya itu ini.bila potong bawang mula la dia tanya "apa tu?".So saya bagitau 'onion'.Aqilah akan jawab..."ooooo....onion"dalm pelat dia.hehehhehe....mcama2 lagi la dia akan tnya.Macamni la kot rasanya bila anak dah pandai bertanya itu ini.best tau.heheheh

Kalau jalan2 kat luar dia akan sebut benda yang dia tau tapi benda yang dia tak tau dia akan tanya la."apa tu?" Kiranya tak diam la kat dalam kereta.Kalau abah bawa kereta laju sikit mula la bising."abah...baik2" ataupun "baik2 abah...."

*Dulu Aqilah berjalan masa umur dia 11 bulan.Adik plak jalan masa umur setahun stgh.kira ok ler kan.cakap pun  boleh skit.ade la kuar perkataan dari mulut adik tu.(abah,bu,kakak,milk,dadada,tatata.apa lg ntah ibu xigt.heheheh)

Monday, November 22, 2010

4th Convocation TMJC

21 Nov yang lepas adalah hari konvokesyen Tadika Minda Jaya Ceria yang ke 4.Aqilah pun dijemput hadir walaupun baru 2 bulan bergelar pelajar TMJC.Kata teacher,ada hadiah yang Aqilah bakal dapat.Konvo di adakan di Dewan Kayangan Hotel Putra Palance.Takla jauh sangat.Boleh jalan kaki tapi sebab malas...hehhehe...naik gak kereta.hahahaha...mengada2.Adik tinggal kat tok sebab risau adik tak tahan mengantuk memandangkan majlis sampi pukul 1ptg.Tahun depan ibu bawa adik sekali ok.

Rasa terharu tengok anak2 kecil menerima sijil.Rasa sebak pun ada.huhuhuh...emo betul saya ni.Macammana la bila Aqilah grad nanti.mengalirkah air mata saya?huuhuhuh....Saya lihat ibu bapa yang lebih excited dari anak.MESTI LA KAN.Saya pun macam tu.

Saya rasa hadirin yang duduk belakang Aqilah lebih tengok aksi Aqilah dari persembahan kawan2 dia di depan.Kawan2 sibuk nyanyi kat depan,dia pun sibuk menyanyi sambil menari di kerusi.tahun depan teacher nak Aqilah participate jugak. Seronok tengok budak menyanyi lagi 1 Malaysia.Bersemangat sungguh mereka.Balik rumah Aqilah asyik menyanyi lagu tu je.huuhuhu...

Teacher nak ambil,sombong.Mentang2 la ada ibu ngan abah.
Bila pengacara majlis panggil nama Nur Aqilah untuk hadiah The Best Subject in Bahasa Malaysia,saya wat dek je la.Ingatkan orang lain.rupa2nya memang anak dara ibu.Teacher suruh ke depan ambil hadiah.hahhahaa...macam tak caya je.Biar betul kakak ni.Sayang masa tu abah p toilet.Takde gambar yang di ambil.keadaan kelam kabut sebab terkejut.hihiihih....
seronok dapat hadiah

cantik princess ibu aritu.Selama2nya pun cantik.Ibu ngan abah sentiasa berbangga dengan pencapaian kakak.Sayang kakak

Sunday, November 21, 2010

FuNNy pHoTo




hahahhaha...release tension ibu tgk gambar kakak ni.hiihihih...

Monday, November 15, 2010

Rindu saat itu

Bila keluar jalan2 dan terlihat wanita2 yang sedang membuncit perutnya kerana membawa baby teringat masa saya preggey dulu.Indahkan saat itu.Kita akan rasa kita la paling cantik dan comel berbanding dengan model2 yang cun2 kat dalam majalah kan.hehehhee...angau tul/

Aik?teringin ke?memang teringin nak rasa baby tendang2 dalam perut.Rasa dia menggeliat sampai perut senget benget.hehehhe....RINDU.....Kalau suami saya tau rasa rindu ni maunyer dia tersenyum lebar.Suka sangat sakat saya untuk dapat anak ketiga.

TAPI.....oppppssss...nanti dulu ye.sabar dulu.Biarlah Aqif 3tahun dulu.Yang dua ni pun masih terkejar2 masa dan ruang untuk beristirehat.Biar Aqilah besar sikit.Boleh la tolong ibu jaga baby.Lagipun kena fikirkan kesihatan saya.masih ingat di bilik OT.Dan paling penting kena fikirkan ekonomi sekarang.Harga barang semakin naik.BIla bertambah ahli keluarga,belanja pun makin bertambah,so kena pertingkat dulu pendapatan ok.

Seronok tengok kawan2 yang preggy anak fst n anak kedua.Dan baru melahirkan baby,tahniah.Selamat menjadi ibu.Selamat menukar lampin bayi.Selamat menyusukan bayi anda dengan susu ibu.Susu ibu sangat baik untuk bayi anda.Saya mengaku saya gagal menyusukan anak pertama dan kedua saya dengan susu ibu sepenuhnya.Saya berjanji dengan sepenuh hati dan akan lebih bersemangat untuk anak ketiga nanti.InsyaAllah.Doakan saya dan sentiasa ingatkan saya dan beri saya semangat kerana saya mudah putus asa.

Sunday, November 14, 2010

Future architect

muka letih arkitek

Saya dan suami tak paksa anak2 menjadi apa yang kami mahukan.kalau boleh saya nak Aqilah jadi doktor dan aqif jadi peguam supaya nanti bila sakit ada anak sendiri boleh tolong rawatkan.tak la kena rawat dengan nurse yang garang2 tu.hehhehe...
Tapi saya tak mahu memaksa.Biarlah anak2 ayng tentukan.Kami as a parent akan memberikan pendidikan yang terbaik buat anak2 dan sentiasa berdoa agar menjadi anak yang baik dunia dan akhirat.boleh mendoakan dan sedekahkan bacaan Al-Quran bila ibu dan abah tiada nanti.tiba2 mood sedu sedan lak.heheheh


Kadang-kadang kita tak dapat membaca fikiran anak2.Apa yang mereka imaginasikan.kata Aqilah apa yang dia buat ni adalah 'train' sambil buat bunyi train seperti barney kesayangan dia tu.'cha cha cha cha put put'.Cuba kawan2 sebut,ada bunyi macam train tak.hehehe...macam2 Aqilah ni.kadang2 macam2 soalan yang dia tanya.Setakat ni boleh jawab lagi la.hehhehe....

Ni adalah first hasil seni Aqilah di Tadika.Patut la asyik dok tulis n sebut no nine je.Sekarang bila tanya 'how old are you?' dia jawab two sambil menunjukkan jari dua yang tak berapa menjadi.hik3

Apa yang saya perasan tentang anak dara saya yang sorang ni,bila dengar apa2 lagu je tak kirala dalam kereta ke,kat supermarket ke,dalam tv ke dia akan ikut.huh...takut gak kalau dia tersalah dengar lagu yang bukan2.dan sekarang saya tengok Aqilah dah makin sayangkan adik n adik dah pandai main sama2 dengan kakak walaupun kadang2 tu bergaduh gak.Jangan tak tau,Aqif dah pandai lawan kakak balik.bukan guna tangan tapi guna kepala n gigi dia.adoi....kalau tak dikawal teruk tu.


Petang esok dah nak balik ke kg.Kuih semprit dah abis.nampaknya malam ni kena wat lagi sebab dah janji dengan mak nak bawa balik kuih semprit.huuhuhuh....tak sabar nak tunjukkan kat anak2 macammana hari raya korban dan tengok lembu2 kena korban(-_-)

Aktiviti jam 9mlm 13 Nov 2010

Pada mulanya ingat nak buat tunggu anak2 dah tido.Tapi melihat mata masing2 sedang segar bugar,so apa salahnya ajak anak2 join buat kuih.Mesti bestkan.Memang BEST! pun.

Masing2 nak tolong pegang mixer.Ni lah namanya KERJASAMA.HIHIHIHI

Aqilah paling banyak membantu.dari buat adunan,potong ceri,tolong letak ceri atas kuih semprit sampai la kuih dah siap dibakar.tolong makan.heehe.





Memang saya tak sangka Aqilah pandai buh ceri atas kuih wpun umurnya baru 2tahun.Sekali ajar dah pandai.Siap puji diri dia sendiri bila dah siap.Dia kata 'kakak pandai'.Sejuk ibu tengok anak2 ibu dah pandai.Dah boleh diharap.heheheh...(sapa lagi nak puji kalau tak saya sendri)





Bila dah siap,boleh tahan la rasanya.Kira jadi ler jugak.First try.kira ok ler tu kan.hehhehee....

Thursday, November 11, 2010

Kejadian 2 November 2010

Pengalaman manis dan pahit pada tarikh tu.Tak pernah diduga kejadian 5tahun lalu kembali tapi 2005 saya n family belum menetap di Perlis. Cuma masa tu saya masih bergelar student di UITM Arau.Alhamdulillah masa tu saya takda di Arau dan rumah sewa tak dinaiki air.Tapi kesian kawan2 yang rumah sewa mereka masuk air.Jenuh menjemur buku2.

Kali ni saya dapat merasai keadaan banjir yang sebenar.Memang teruk dari 5 tahun lalu.Biar saya ceritakan dari awal2 banjir bermula

1/11/2010: Saya baru balik dari kg.Sampai di kangar pukul 5 ptg.Itu pun kami balik ikut jalan Alor Setar-Kangar sebab mak kata dalam berita bagitau kat changlun banjir.mesti tak boleh lalu highway changlun-jitra.Alhamdulillah,tekaan kami betul.masa tu masih hujan.Air dilongkang dah penuh tapi saya tak sangka boleh banjir seteruk ni.

10.00 mlm jiran call suruh alih kereta letak tempat yang lebih tinggi.Berdebar2 jugak masa tu.Kalau saya tau banjir nak seteruk ni,malam tu jugak saya lari balik kg.Lepas suami letak kereta di tempat yang selamat,air di kangar dah mula naik sikit demi sedikit.Sampai suami saya tak perasan ada longkang.Kedebuk!nasib baik longkang kecil.Saya dengan anak2 di rumah cemas gak menunggu suami saya pulang.Alhamdulillah,nasib baik longkang kecik.Malam tu suami saya tido dibawah.Bersiap sedia jika air masuk,barang2 perlu diselamatkan.Cuma peti ais tak dapat nak selamatkan.mana larat suami nak angkat sorang.Saya?mengawal anak2 di atas.

2/11/2010 : air di dalam rumah dah masuk.Memang saya tak sangka.Tapi masa tu tak la takut sangat sebab air baru paras buku lali.Lagipun hujan dah nak mula berhenti.Tiba2 elektrik diputuskan.Kata jiran takut shot.maybe malam nanti ada balik.So,xpa la kan.Biar xda intenet,jangan takda air n elektrik!
Petang air dah makin naik.Saya makin cuak.Mula Call hotel tapi tak berjawab.Akhirnya kami anak beranak tido dalam cahaya lilin dan bertemankan nyamuk.Kalau saya dan suami je,saya tak kisah tapi kesian anak2 saya.Mereka masih kecil!.Rasa nak menangis je masa tu.Tido macam xtido.Abis badan Aqilah dan Aqif kena gigit nyamuk.Keesokannya saya dah xtahan lagi.Kami perlu keluar cari bantuan.Keluar dari sini.Air di atas takda sebab bila elektrik xda,automatik pam air takboleh pakai.Air tak dapat dipam ke atas.Abis bekalan air maniral yang saya beli 12botol kecik untuk buat minum n basuh poo n pee anak2.Nak turun bawah ambil air,rasa macam air tu tak bersih je.Kat bawah rumah dah naik paras lutut!.Kat luar paras paha!

3/11/2010 : jenuh menalifon bantuan.Dari pukul 7.30,sampai bateri hp abis.Pukul 12 tengahhari baru bantuan sampai.Rasa nak menangis je.tapi masa tu suami takda cuma saya dan anak2.Suami p cari bantuan berjalan sampai 2km!Saya seorang diri bersama 2 anak kecil berpelukan dalam sampan.huuhuhuh.....tragis.pakat dok tanya mana suami.Saya tak tau suami saya pergi mana masa tu.Akhirnya saya n anak2 di bawa ke ipk Kangar.dari sana saya menunggu suami saya datang.Akhirnya abg2 polis tu jumpa suami saya dan kami di bawa dengan trak polis ke seriab sebab di sana belum air naik lagi.Sebelum tu dah call kawan sepejabat yg tinggal di Alor Star untuk ambil kami.Alhamdulillah kami selamat smpi.Syukur kepada Allah akhirnya saya sampai jugak dikg walaupun masa tu dah hampir senja.Anak-anak terus dibawa ke klinik untuk ambil ubat.Badan terasa lemah sekali.

Saya kongsi sedikit gambar2 semasa banjir

dihalaman rumah

diluar rumah.Lepas gambar ni diambil,air lagi naik

My lovely Office

Keadaan jalan diluar

Gambar didalam rumah tak sempat nak ambil.Rasa geli nak turun membayangkan air yang tersangat la kotor.Hanya en suami yang turun.

Alhamdulillah keadaan dah pulih seperti sediakala.Semoga tiada lagi mimpi buruk dimalam hari.Bila hujan lebat mula terbayangkan bencana alam ini.Terima kasih kepada yang membantu dan mendoakan keselamatan kami sekeluarga

Panduan menjadi wanita teladan dan isteri solehah

1 - Sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya daripada kemahuan dan kehendaknya sendiri.
ME : Setakat ni kemahuan dan keinginan kedua2nya seiring tapi lepas ni kena berubah!

2 - Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya,bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
ME : Selepas ni kena lebih bersopan santun.Ingat tu!

3 -  Sentiasa berhias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
ME : Memang selalu berhias depan suami sebab sentiasa di depan suami.Keja satu pejabat!heheheh

4 - Sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.
ME : No Komen (*_-)

5 - Sentiasa menjaga kebersihan kesihatan dan kesempurnaan diri,rumahtangga dan anak-anak suaminya.
ME : Alhamdulillah setakat ni.InsyaAllah akan diimprovekan.

6 - Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintai dan menyayangi keluarganya sendiri.
ME : Setakat ni alhamdulillah

7 - Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
ME : Alhamdulillah masih terjaga cuma kadang2 terlupa.Lepas ni berubah ok!

8 - Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.
ME : InsyaAllah

9 - Sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
ME : Selama ni memang setia cuma kadang2 je merajuk dan bebai sedikit bila kurang setuju dengan sesuatu perkara.huhuhuhu....

10 - Sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenunya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagian.
ME : Ok lagi setakat ni.Memang suami suka duduk rumah tapi kalau suami mengada2,kena layan jugak ka?hehhehe

11 - Sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya,demikian juga dengan maruahnya sendiri.
ME : Peringatan untuk semua isteri

12 - Sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
ME : Suami suka tanya pendapat saya dulu sebelum buat keputusan walaupun perkara kecik

13 - Sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'
ME : MESTI!

14 - Sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.
ME : MESTI!

15 - Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
ME : Selalunya suami la yang tenangkan saya bila dugaan menimpa.:)

16 - Sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
ME : Sekarang anak-anak yang sambut abah depa bila pulang.Tak leh jadi ni.

17 - Yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
ME : NEVER OK!

18 - Sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri,ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
ME : InsyaAllah

19 - Sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap
ME : Bila suami sedang bercakap memang diam tapi bila dia diam kita lak bercakap.heheheh...Lebih kepada berbincang

20 - Tidak meminta sesuatu yang lebih daripada suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.
ME : Jarang minta sesuatu walaupun masa tu tengah mengandung sebab tak mau susahkan suami jika perkara tu susah nak dapat.

PANDUAN UNTUAN SEMUA PARA ISTERI.......TERMASUK DIRI SAYA

Tuesday, November 9, 2010

Cepat la Sembuh sayang

Dah 4 hari badan Aqif suam2.Merap je.Hidung berair,batuk.Dah berapa kali Aqif muntah.Kesian tengok dia.Setiap kali muntah,akan keluar segala kahak dalam badan dia.bagus jugak.Bagus untuk dia supaya semua kahak akan keluar dan adik dah tak batuk lagi.

Dah 3 klinik ibu pergi.Biasanya kalau jadi macam ni ibu akan bawa adik ke klinik ECPI di Perlis tapi disebabkan banjir,ibu terpaksa cari alternatif lain.Mula balik kg badan adik suam2 je cuma kakak je demam tapi ambil jugak ubat utk adik.Tapi lepas tu adik jadi batuk lak.Terjadi nyer kahak.Demam tak xda.Hari sabtu badan adik panas balik.Pergi pulak ke klinik lain ambil ubat adik.Macam biasa,kalau ubat air memang laju je air mata adik.Sedih ibu tengok.Akhirnya hari Isnin dapat jugak ke klinik ECPI tapi bukan di Perlis.Tapi servis nyer tak seperti di Perlis.Xpa la asalkan ada ubat untuk adik.

Sampai harini badan adik panas lagi.suhu 37-38 tapi arini mencecah 39.adoi...risau ibu.tok lap badan adik dengan air asam jawa.Alhamdulillah,turun sikit panas tu tapi still suam lagi.Rasanya badan adiki suam sebab selsema air yg adik alami.Kalau ibu boleh gantikan tempat adik,ibu nak sangat.Ibu nak rasa apa yang adik rasa.Mata adik kuyu je.Dah tak ceria seperti hari2 biasa.dah kurang dengar adik ketawa.huhuhuhuh...pilu hati ibu.Dah la waktu siang ibu tak dapat jaga adik.Nasib baik tok ada.Ibu terpaksa bertungkus lumus mencuci opis selepasa dilanda banjir yang teruk.Lepas waktu kerja n malam je ibu dapat bersama adik.Ibu minta maaf adik.Tiap2 malam ibu nak peluk adik.

Ibu sentiasa doakan semoga adik cepat sembuh.Dapat bermain dengan kakak semula.Sayang adik.Muuuaaahhh....