Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah.......

Alhamdulillah.....masih ada rezeki untuk saya dan anak2.Rezeki untuk persiapan anak2.(-_-)

Mulanya ingat thn ni tak dapat jual kuih batang buruk.tak sempat nak wat promosi.busy dengan keja di opis.balik rumah dah kepenatan.Bersilat dengan hero dan heroin.Tapi alhamdulillah,kawan2 yang pernah rasa dan pernah order tahun lepas,depa order lagi tahun ni.takkan nak tolak rezeki.Saya cuba buat sedaya yang boleh.

So,berkesempatan ini saya nak promosikan kuih batang buruk hasil tangan saya.hik3.Sape2 yang berminat,boleh order.tak mahal.100biji RM10.Gerenti sedap.Santapan di Hari Raya.Kulitnya ranggup bila dikunyah dan isinya terus cair bila dilidah.selembut baldu.ehhehehe....

Gambar contoh tak sempat snap lagi.nanti saya letak dalam blog ni ok.

Selamat Berpuasa

Wednesday, August 18, 2010

Epilog Ramadhan

Sedar tak sedar sudah 8 Ramadhan.Alhamdulillah,masih bertenaga menguruskan dua anak kecil yang masing2 sibuk jgk nak berbuka ketika ibu dan abah nyer berbuka :) (walaupun sudah makan sebelum ibu dan abah berbuka)

Rasanya bulan puasa ni lah waktu terbaeekk saya nak berdiet.hiiihii...Waktu berbuka hanya makan secukup rasa kerana tangan kanan dan kiri sibuk mengepung Aqif yang nak mencapai macam2.Sambil mengejar waktu untuk mandi dan solat.Makan lak tak boleh dimeja.Ala ala makan nasi sila.ekekkeke...nak sambung makan lepas solat dah tak boleh nak mausk dlm tekak.rasa kenyang lak.Lagipun anak2 masing2 dah nak tido(raya nanti camne?blh ke tgk je menu yg sedap2 tu.waaaaa!!!!!)

Alhamdulillah,sepanjang ramadhan kami belum membeli di bazar ramadhan untuk juadah berbuka. En suami lebih suka saya masak kerana katanya lebih puas makan.Kadang2 xtau nak masak apa.Hampir abis waktu pejabat baru terfikir nak makan apa. masa tu baru sibuk menekan dihujung jari cari resepi di internet.hahhaha...yang best nyer first try buat dah sedap....hahahhaa..angkat bakul sendiri.tapi bila suami puji tu mesti la ikhlas dari hati kan kan kan....

Minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kg utk berbuka bersama keluarga.Mula dirumah mertua di Sg Petani.Meredah hujan yg sgt lebat untuk sampai sebelum waktu berbuka. Dalam hati saya cukup berdebar2.Takut sangat. Sentiasa pesan kat suami supaya jangan bawa laju. Biar sampai lambat asalkan selamat.Yang best nyer, disebabkan sikap keterujaan suami nak balik makan bersama family, dia sampai terlepas susur keluar ke kampung nyer.hahahhaha...tak pasal2 kena patah balik.jadi lagi lambat.

Esoknya, biras lak ajak berbuka dirumahnya. Menu nasi tomato. Yang kena masak saya la.hahahha...macam la saya ni pandai sangat.setakat masak utk suami dan anak2 boleh la.kalau tak jadi pun,suami makan gak.hik3.  Tapi nak masak untuk family suami. FIL,MIL and ipar duai. masak banyak lak tu.lama jugak saya termenung memikirkan persetujuan untuk berbuka di sana.kalau nasi tomato tu sedap dan menjadi ok la kan tapi kalau sebaliknya???huhuuhu....malu nyer...tak tau nak letak mana muka ni.

Tapi orang kata kalau kita masak dengan ikhlas, mesti masakan tu jadi sedapkan. Alhamdulillah, menjadi ler jugak.nasi tak lembik n tak mentah.Nak kata sedap macam kat kedai tak la sgt.Kalau dah suami puji,sedap ler tu kan.hahahha...ulang lagi sekali.

Hari Ahad baru dapat berbuka dengan mak.Menu bihun sup. Saya hnya sempat rebuskan tulang yang lain mak yang buat.Aqif tak mau berenggang.Kesian kat mak. Alhamdulillah, rezeki banyak hari tu. Ada yang bagi kuih muih. Banyak yang dibualkan dengan mak. Saya tak sanggup tengok mak susah. Rasa sedih,geram dan macam2 lagi. Biar saya dan mak yang simpan.Kunci utama adalah sabar....erm...

Salam Ramadhan

nota deqja: harini menu bihun sup dan puding marble.menu favourate anak beranak
                  Rindu nak berterawih.Tahun ni tahun ke3 tidak dapat ke masjid berterawih.huhuhuhu





Thursday, August 12, 2010

Season 4 - Cute Funny Eating Baby


Baru je lagi di dalam dunia blogging ni.Tengok2 Cute Funny Eating dah masuk season 4. Kali ni tak boleh lepas kan.Hadiah2....Fuh menarik tul.Waaallaaahhh!! So,sape yang berminat,yang ketinggalan.Klik di SINI. Due date 15 Ogos 2010 @ 2pm

Saya sertakan gambar dua orang anak-anak saya yang sedang asyik makan
*
*
*
*
*
*
*

Nama : Nur Aqilah binti Zurazman
Umur : 2 tahun (D.O.B: 1/9/2008)
*
*
*
*

Nama : Muhammad Aqif bin Zurazman
Umur : 9 bulan (D.O.B: 26/10/2009)

Penaja hadiah utama untuk Season 4 Cute Funny Eating Baby adalah Anje a.k.a Mama_Balqis....

"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWIN ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"


Syarat2 utama:
1) wajib menjadi follower : http://www.suziey.com/ , http://www.malinasiam.com/ , http://damiaqish.blogspot.com/ - DONE
2) Buat entry berkenaan contest ini and ada link balik. - DONE
3) Letak banner contest di side bar dan di dalam n3 contest - DONE
4) letak gambar anak yang paling lucu semasa makan.Letak nama dan umur anak - DONE
5) N3 contest hendaklah diakhiri dengan "GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWIN ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" - DONE
6) Summit link n3 pada comment box before 15 Aug 2010 - DONE

Thursday, August 5, 2010

RINDU

Saya rindukan abah.....
Tiada tempat saya nak luahkan perasan
Selain my hubby pada abah saya luahkan perasaan.
Hati saya terguris.Dulu pada abah saya luahkan.Abah seorang yang memahami.
Kini.........
Tiada lagi.....

Abah...adik rindukan abah
Al-Fatihah

Wednesday, August 4, 2010

Di dusun

Dah lama saya teringin nak ke dusun di Sik milik keluarga sebelah hubby. Tapi tahun ni buah manggis tak menjadi.Yang ada cuma rambutan dan durian. Tak kisahlah,rezeki jugak dapat makan buah-buahan tempatan ni.Puas sehingga menjilat jari.hik3

Aqilah tak pandai makan durian tapi favourate fruit dia skrg adalah rambutan.Pantang nampak mesti nak. Aqif just bagi rasa sikit2.Nanti dah besar sikit baru leh makan banyak2 tau.

Gaya orang penat selepas penat kutip buah.konon....hik3

with kak aliah

berkelah.Tak sempat nak snap gambar buah sebab masing sibuk.huhuu...

Ceria......

Saya suka main air
Saya suka time shower
Saya seorang yang CERIA!!!!

Giliran Aqif lak

Kini giliran Aqif lak kena campak.Kesian kat adik.kena sekali campak kecik dan besar.Penuh satu badan nasib baik kat muka tak banyak. Elok je kakak dah baik, adik lak yang kena.takpe,ibu tetap akan jaga adik.

Masa Aqilah kena campak,ibu dah prepare awal mental dan fizikal kalau adik berjangkit.Walaupun jaga adik dengan rapi supaya tak berjangkit,tapi bila dah terkena sikit pun pasti berjangkit. Takkan ibu tak bagi langsung kakak pegang adik. Nak terang satu persatu kat kakak supaya duduk jauh2 dari adik,kesian lak.So, ibu tawakal dan berdoa supaya adik tak berjangkit tapi kalau dah terkena, ibu terima ujian ni.

masa ni dah kering sikit campak adik

walaupun kakak demam campak,tp sibuk nak msk kat dapur

Nota deqja: kadang2 terfikir,apa gunanya cucuk campak kalau tetap jugak kena demam campak dan perlu juga ke cucuk campak kalau dah kena demam campak.termenung sebentar.....

Kerm's Kraft Giveaway

Dah lama tak join contest.Jom join contest ni.Cantik2 kraft dari cik Kerm ni.Senang je syarat dia.Bagi yang berminat,boleh click sini