Monday, April 26, 2010

Hari-hari CeRiA

Hari-hari ceria dengan anak-anak  - walaupun kadang-kadang menguji kesabaran ibu


Hari-hari ceria dengan en suami - walaupun kadang-kadang buat kita merajuk (boleh ke marajuk lagi.hik3)




Hari-hari ceria dengan kawan-kawan di opis  - walaupun kadang-kadang tension dengan keja yang menimbun dan karenah client yang macam-macam ragam


Kalau boleh nak tiap-tiap hari ceria.Tiap-tiap hari tersenyum.Mcam en suami, ada masalah pun boleh tetap tersenyum.TABIK la.hik3.sebab tu la dia sentiasa nampak muda.hehehe...statement membodek ni


huhuhu...nanti tengah hari mula la rindu bangat dengan anak-anak.
RINDU pada Aqilah yang sentiasa buat ibu tersenyum dan ketawa.
RINDU pada Aqif yang bam bam

Bowling@Kangar

Kangar dah ada tempat nak main bowling.huhuhuuh...setelah menunggu sekian lamanya.Rasa-rasa saya sejak saya ambik diploma dekat uitm Arau tahun 2004.Cuba kalian kira dah berapa lama projek ni tertangguh.

Bila siap je,kami seisi keluarga Hisham&Co perlis menyerbu pusat bowling ni.Pegi time rehat la.Makan tapaw makan kat dalam opis.hik3

ada gaya ke?

gaya seorang juara

ingat kami pandai posing je ke?main pun pandai tau

with my sweetheart

sib baik xnampak result tu.kalau x.....hehehhe....malu la nak habaq sapa yang menang dan sapa yang kalah.huhuhuhu....

Nota: boleh tahan la tempat baru ni.kasut je yg baru.Yang lain semua second hand punya barang.tmpt cashier pun blm siap sepenuhnya.scrin cuma ada kat atas.kat bawah xda.sebab tu gambar kabur.tak boleh nak zoom(kamera hp)
Kalau just nak fun,boleh la main kat sini tapi kalau nak kepuasan lebih baik main kat jitra. Kiranya ada la tempat2 untuk student Uitm,Unimap dan seangkatan boleh lepas boring kat sini. Daripada takda,kira ok la kan

Solid food Aqif

Dah lama nak cerita keterujaan saya nak buat moi untuk aqif. Masa Aqilah dulu jarang buat moi sebab aqilah tak suka makan moi.nasi lembik makan la.Untuk aqif saya cuba dulu.Alhamdulillah,Aqif makan.kata orang, nak mengajar anak makan kena banyak bersabar

Saya nak berkongsi bagaimana saya sediakan moi untuk Aqif

Bahan: carrot,epal hijau, ubi kentang, buah kurma dan beras

Beras perlu dibasuh dan dikeringkan dulu sebelum diblend sampai halus.Orang dulu-dulu keringkan kat bawah mataharikan.tapi saya keringkan kat dalam kuali je.hik3

Beras yang telah diblend.boleh tahan sampai seminggu


Carrot, epal hijau, ubi kentang dan kurma perlu direbus terlebih dahulu tapi jangan rebus sekali tau. Asing-asing. Lepas tu baru boleh blend satu persatu. Air rebusan jangan buang.Blend sekali dengan bahan rebusan.

Setelah diblend boleh la disimpan dalam bekas ais kuib. Simpan dalam peti ais yang atas sekali.Simpan dalam bekas ais kuib senang sikit.bila nak masak, just keluarkan dalam peti ais je.

Tadaaaa....moi telah siap dimasak.cukup semua.yummy...

Nota:Teruja Aqif makan moi ni.sama macam ibu yang teruja nak menyediakannya

Sama tapi tak serupa

Dah nama adik beradik mesti ada persamaan kan.tapi kawan-kawan cuba tengak gambar-gambar ni.Sama tapi tak serupa :)


Gaya Aqif tido


Gaya kakak Aqilah tido















Ada sama tak?(kena tido jauh-jauh.kalau tak kaki kakak naik kat kepala adik.huhhu...yang ditengah?tentula ibu :)

Thursday, April 22, 2010

KPLI @ DPLI ?

Tahun lepas saya ada memohon utk jadi cikgu kpli @ dpli. masa tu pun apply curi2.xbagitau en suami. Tapi bila kita dah biasa xpernah sorok apa2 dari en suami,mula raya bersalah.bagitau jgk la tp ms tu en suami krg bersetuju.muncung mula la pnjg.hik3.

Tapi slps dapat berita yang saya mengandg,en suami trs berubah fikiran.terus benarkan saya apply mana2 kerja di sektor kerajaan atau bdn berkanun.swasta saya krg berminat sbb gaji mybe lebih krg kat sini.lagipun kena tukar enviroment.

Alhamdulillah,mungkin rezeki anak, saya dapat mtest utk dpli dan seterusnya interview.walaupun saya tau pemohon yang mengandung tak mungkin dapat dpli. saya sejukan hati.takpa, ambil pengalaman.

Tahun ini saya pohon lagi.walaupun hati ni berat nak meninggalkan anak2 kalau dapat.(perasan sebentar kalau2 dpt.hik3) masa tu mula fikir mcm2.
boleh ke saya berjauhan dgn anak2?(berjauhan dgn abah nyer ok lg)
boleh ke saya study dgn aman?
cekal ke hati saya?
kalau kementerian benarkan anak2 tinggal sekali,saya la orang yang paling gembira :) huhuuh...mimpi dulu
tetapi kali ni kedua2nya saya gagal.Adoi...frust saya.bukan rezeki saya lagi.selain dari akaun dan audit saya lebih berminat nak jadi pendidik.saya nak didik anak2 bangsa kita termasuk anak2 saya sekali.

Moga2 ada sinar baru untuk saya dan anak-anak.AMIN...

Sunday, April 4, 2010

BeKaLaN

Teringat masa zaman kecik2 dulu.mak buat bekalan untuk dibawa ke sekolah.Sekarang diri sendiri dapat merasai bagaimana menyediakan bekalan untuk anak2 pulak.Bangun awal2 tu memang wajib la kan.Tapi kadang2 terbabas gak dari buat bekalan untuk Aqilah.hehheh...jawabnya pagi tu beli nasi lemak je la untuk Aqilah.

Bila sampai tahap kerajinan,memang ibu kepada dua orang anak ni memang bangun awal.buat nasi goreng,mee goreng dan segala apa yang mudah la.tapi boleh dikira dengan jari tahap kerajinan tu.ekekkee...

Pagi ni goreng tempe untuk Aqilah.untuk abah?kita beli roti canai je la bang.hehehe..xsempat nak masak apa2
tempe sudah sedia dibawa ke rumah maktok

'Ibu,bekalan untuk Aqif xda ka?' tanya Aqif dalam hati.Agak2 Aqif tanya camtu ke.hehhehe..
Mesti la ada.Tapi bukan tempe tau.Aqif kena minum susu ibu dulu.dah cukup 6bulan baru boleh ibu sediakan moi.(harap2 tahap kerajinan ibu bertambah demi anak2)
Ni bekalan untuk Aqif. Susu ibu.Hasil perahan semalam.Alhamdulillah,rezeki susu ibu untuk Aqif hari ini.perahan hari ini adalah bekalan untuk esok.Harap2 rezeki akan semakin bertambah..

*atas meja yang penuh dengan barang2.hehehe...

dah siap sedia di dalam beg medela.

Thursday, April 1, 2010

Menjelang 6 bulan

Rasa macam sekejap je umur anak teruna saya dah nak menjangkau 6 bulan.6 bulan dengan berat lebih kurang 8kilo.mak oiii...mesti org kata berat nyer.Alhamdulillah,berkat minum susu ibu walaupun tak sepenuhnya tp Aqif tetap dapat. Moga2 menjadi anak yang pintar dan tubuh badan yang sihat.

Sampai terteleng kepala tu bila abah nak ambik gambar.

Tapi yang merisaukan saya,Aqif masih belum meniarap sepenuhnya.Hanya separuh.Sebab utama mungkin badannya berat.MUNGKIN.Itu pendapat bagi seorang ibu.Tapi pendapat pakar saya tak tau pulak.Hari isnin ni boleh tanya pakar.Aqif ada follow up dengan pakar.Moga2 tak berlaku apa masalah.

Saya dah makin tak sabar nak menyediakn solid food untuk Aqif.Kesian kat dia bila just tengok kami anak beranak makan.Sabar ye adik.Tunggu adik 6 bulan.Dah tak lama lagi.

Nanti saya cerita macammana saya sediakan solid food untuk Aqif.Sangat mengujakan!!!hehehhee...


hwuaaaa...ngantuk nyer.pagi2 dah nak kena bangun.