Thursday, January 21, 2010

MOTIVASI

Sebenarnya ni untuk motivasi saya sendiri.Pagi tadi sms kwn lama kot2 dia nak let go spektra 3.nak beli skrg xmampu lagi.alih2, dia yg call saya balik.Pagi ni dapat motivasi percuma.Katanya,dia dulu pun susu xbanyak.sekali pam dapat 1oz lbh je.(kiranya saya lg beruntung dpt 3oz kan.bersyukur) Dia pun  sampai p jumpa pakar laktasi.Beruntung saya sekali lagi sbb xperlu jumpa pakar laktasi sbb kwn dh bg motivasi dan berkongsi pengalaman dia.Yang penting, kita perlu motivasi diri sendiri.
So, azam saya :
1) Rajin pam susu.Setiap 3jam
2) Sentiasa yakin dengan diri sendiri
3) Jangan fikirkan kuantiti tp bersyukur susu tetap ada.
4) Amalkan petua-petua untuk banyakkan susu
5) Kumpul duit nak beli spektra 3 (skrg guna dulu yg manual.ekonomi xberapa bgs skrg)

CAIYOK! CAIYOK!

Sunday, January 17, 2010

RiSau....

Pada mulanya saya tak berapa risau sgt bila Aqilah masih blm blh bercakap byk perkataan. Tapi skrg umurnya dh nak mencecah 1 1/2 thn hanya beberapa perkataan saja yg keluar dr mulut dia seperti abah,egg,burger,nak,mama(w/pun panggilan utk saya ibu),ooo(utk orange) dan lain2(kebanyakannya bunyi je lebih).Nak kata kami sebagai parents tak byk cakap,selalu jer cakap dgn dia. Dan Aqilah pun bukannya budak pendiam.Adakah disebabkan bahasa campur (malay&english) Aqilah menjadi keliru?
Saya selalu berdoa agar anak dara saya cepat bercakap. Cepat la bercakap.jangan buat ibu risau....

Friday, January 15, 2010

MOBS & Lollietots CUTEST SMILE Baby Contest



My name : Hasliza binti Mothar
Baby's name : Nur Aqilah binti Zurazman
Baby's age : 1 year 5 month
Gender : Girl
Email address ; deqja2282@yahoo.com


Thursday, January 14, 2010

HAPPY FACES AT PLAYGROUND

Kali ni kakak pulak nak join contest.Contest gambar Aqilah kat playground.Contest ni dianjurkan oleh mama shafi.Hadiah pulak ditaja oleh little world gallery. Thanks to both of you kerana memberi peluang seperti ini. So,kawan-kawan yang teringin nak join contest ni boleh klik di sini.

Ni gambar Aqilah kat playground Pengkalan Asam,Kangar, Perlis.Nilah aktiviti Aqilah waktu cuti



Nama : Nur Aqilah binti Zurazman
Pertalian : Ibu
Umur : 1 tahun 5 bulan
Tarikh lahir : 1/09/2008

Pretty Zaza Baby Face Contest

Sebenarnya saya teringin nak masuk contest yang dianjurkan kawan2 blog.Akhirnya tercapai buat kali pertama :) Rasa excited lak.Kawan saya yang mempekenalkan blog ni.Kepada kawan-kawan,jom la join contest ni.Just klik kat sini
Jadi saya letak gambar anak kedua saya untuk contest ni

Nama saya : Muhammad Aqif bin Zurazman
Umur saya : 2bulan (DOB : 26/10/2009)
Jantina : BOY



Wednesday, January 13, 2010

Anak Dara Ibu

Anak dara ibu ni dh pandai 'mengemas','menyapu','memasak','membasuh'.Moga2 dah besar nanti blh tlg ibu ye.

'MEMASAK'



'MENGEMAS'


'MENYAPU'


'MEMBASUH'

'BERDANDAN'


Monday, January 11, 2010

Aktiviti waktu cuti

Weekend memang hari yg seronok buat Aqilah dan Aqif.Boleh main sama2 dgn ibu dan abah.Plus kakak dpt main kat playland.seronok betul tgk Aqilah. Tapi Aqif xblh main lagi.Sabar ye adik.nanti dh besar sikit blh la main dgn kakak.xsabar nak tunggu next weekend lak.parent lak yg excited.




Panjat papan longsor


Abah je dpt teman kakak main.Ibu pegang adik


hari kedua di playland.hari pertama xdpt main puas2 sbb smpi lmbt


dpt kwn baru

Sunday, January 10, 2010

SmiLe....

Muhammad Aqif ni bangun dr tido jer trs nak sembang.sembang lama plk tu.hmmm...ni mesti ikut abah sbb ibu pendiam.(betul ke statement saya ni)hik3

smile to ibu n abah


hahhaha...abah buat lawak



faham x Aqif cakap apa :)

New Staff




Aktiviti Aqilah di ofis.seronok la dia dpt dok ofis xyah g rmh maktok.Sebenarnya saya masih confius nak antaq Aqilah kat mana.Buat masa skrg Aqilah dok kat ofis sbb skrg saya xbyk keja.Tapi nanti kena antaq Aqilah p rmh maktok gak sbb keja dh menimbun dan Aqilah pn dh mula KACAU!!!

tgh busy ni.jgn kacau

alamak kantoi..kantoi...tgh tgk barney.cpt tutup monitor

'Tolong' ibu buat keja


rehat sat kat tangga sambil mkn pisang.penat buat keja

mkn buah oren lak.org blm lunch lagi la Aqilah

ya ka?xpa,Aqilah bos.hik3 (ish3 anak sapa comot ni)

Wednesday, January 6, 2010

SOTO

Mak saya cukup terror buat soto ni.kalau makan, fuh! sure terangkat.tiap kali raya mesti org minta buat.tapi dulu saya tak terdetik pun dlm hati nak belajar buat soto ni padahal suka makan gak.
Tiba2 ari selasa lps teringin nak makan soto plus teringat suami pun suka makan.nak beli kat luar, kang mkn xpuas.lagipn tgh budget skrg.hik3.saya ni cukup jaga perut suami.sayang suami la katakan....hhehehe...
Tepon mak dalam kul 11pagi.tengah hari trs wat.Man ler yg tolong beli brg.maklumlah,rmh sekali dgn office.sure ada dapur.kuang..kuang...
waktu petang makan ramai2 dgn kawan2 pejabat.rasanya?fuh!sedap...mcm yg mak wat jugak.kembang saya.yerlah pertama kali buat terus jadi.cayalah.Suami saya?toksah dok kata la.2mangkuk.hik2.Aqilah pn suka mkn.yerlah,budak2 kan suka makan sup.
Saya pun tepon mak bagitau yg saya buat soto.menjadi!mak kata 'mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi' (perasan seketika)hahahahha....biaq pi la kan.perasan dalam blog sendiri.hehehe
Saya kongsi resepi soto dgn kawan2.
Bahan2 utk buat sup:
Buah keras (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Lengkuas (tumbuk)
asam keping (sikit jer)
sup bunjut
kiub ayam
garam
ayam (rebus dlm sup.kemudian angkat dan goreng.racip2 halus2 bila nak mkn soto)

Penyediaan utk makan:
nasi himpit/ketupat nasi (semestinya)
so'un (goreng dgn minyak yg panas)
kacang goreng
daun bawang,sup
bawang goreng
begedil (kalau nak la)

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 5, 2010

Sekadar Luahan

Saya ni ssh nak berkongsi kisah sedih atau masalah saya kat sesiapa. Kalau kawan yg rapat dan biasa dgn saya, baru saya berkongsi.Itupn kalau dah tak tertanggung dek kesedihan.Lagipun saya tak pandai nak mengatur ayat2 yg best2.Ceh wah! Tapi dah ada blog sendiri,hentam sajalah. Asalkan ringan sikit beban yang tertanggung.
Kisah sedih saya ni berkenaan breastfeeding(BF). Dulu semasa mengandungkan anak kedua Aqif memang saya bercita2 besar untuk memberi sepenuhnya breastfeeding utk Aqif. Masa Aqilah dulu pn nak full BF tp tak banyak pengetahuan saya utk memperbanyakan susu.Pengetahuan hanya tertumpu pada kelebihan susu ibu. Ibu mana xmahu beri sepenuhnya BF sedangkan kita tahu banyak kelebihan pada susu ibu berbanding susu formula. Saya habiskan sebahagian duit bonus utk beli peralatan pam susu,botol susu dan beg susu. Hasrat saya moga2 saya lebih bersemangat utk memerah susu di atas pelaburan duit saya tu. Maklumlah sekarang ekonomi meleset. Saya juga bercita2 jika susu saya banyak, saya nak bagi kat Aqilah (umur 1tahun 4bulan)
Bermula hari sedih saya ketika umur Aqif mencecah 3minggu.susu badan saya kosong.Aqif sentiasa hisap dan bila dia tak kenyang sepenuhnya,dia akan menangis.menangis dan terus menangis.tak tahu apa nak buat.dan bermula detik itulah saya terpaksa beri dia susu formula ( umur dia sehari pn hospital dh bg dia susu formula sbb dia dok wad NICU) Saya tahu, tak elok utk usus baby yg belum cukup sebulan utk beri susu foirmula. Tapi saya terpaksa sbb baby saya tak kenyang. Hati ibu mana yang xsedih (rasa sebak masa taip n3 ni). Saya hanya beri susu formula bila perlu.saya teruskan jugak usaha saya.setiap 2jam saya perah susu.hasilnya hanya 2oz.sedangkan Aqif minum 4oz masa umur dia sebulan!setiap 2-3jam dia akan bgn dr tido utk minum susu.saya beri dia 2botol susu perahan (setiap botol ada 2oz) sehingga abis stok susu utk Aqif. Saya kecewa sgt.Abis pantang masa membataskan saya utk perah susu.Tak sempat nak buat stok utk Aqif.Kerja rumah dan Aqilah perlu di uruskan jugak.(masa ni terfikir2 utk beli pam elektrik.xmakan masa utk pam.Tp kena fikirkan kewangan jgk)Saya gunakan manual medela.jadi ia mengambil masa yg lama utk byk tp saya selesa perah dgn tangan sbb rasa lebih banyak yang keluar.Bermacam petua yang saya buat utk banyakkan susu.Minum air masak byk,holicks,milo,air longan kering,makan sayur sawi,kailan,lobak putih dan yang terakhir milkmead tea. Tapi ia tetap mcm tu jugak.kalau lama tak pam 4-5 jam,baru dapat 3-4 oz.
Saya kagum dengan semangat kawan saya.Tungging terbalik dia berusaha utk perah susu.Tahniah Izah!.Dan saya rasa sedih kalau ibu2 yg susu badan banyak semulajadi dan xperlu amalkan apa2 utk banyakkan susu tapi xsepenuhnya BF.RUGIKAN.
Yang terbaru saya petua dari mak saya.Mak berusaha tanya ustazah utk banyakan susu.Amalkan buah kurma.Saya akan cuba.Semangat tahun baru!Semoga dengan buah kurma, susu badan saya akan bertambah dan mencukupi utk hero saya.(buat masa sekarang saya campur BF dan susu formula)
Saya sedih bila org kata saya tak sungguh2 beri BF. Hanya suami saya yang memahami. Terima kasih abang kerana sentiasa bagi semangat utk sayang dan membantu sayang uruskan rumahtangga kita. Semoga kita sama2 dapat membesarkan anak2 menjadi yang terbaik. InsyaAllah.